Semasa zaman pemerintahan Khalifah Abbasiyah dahulu ada seorang lelaki yang mempunyai ramai musuhnya. Setiap hari lelaki itu sentiasa di buru oleh musuhnya. Pada suatu hari lelaki itu telah menyamarkan dirinya agar tidak dikenali oleh orang ramai. Kemudian dia melarikan diri ke sebuah bandar yang bernama Kufah. Apabila dia sampai di bandar itu dia telah ternampak sebuah rumah besar serta luas halamannya.Dengan memberanikan diri lelaki itu pun masuk ke dalam rumah itu untuk menumpang bermalam dalam sehari dua.
Setelah dia masuk dan bertemu dengan tuan rumah itu lantas dia pun memberitahu akan tujuan kedatangan nya ke bandar itu.Dia memberitahu akan tujuan kedatangannya ke bandar itu. Dia memberitahu tuan rumah itu bahawa nyawa dia sedang terancam kerana ada orang yang hendak membunuhnya.Tanpa soal selidik tuan rumah itu terus membenarkan lelaki itu tinggal di rumahnya kerana dia begitu kasihan memandangkan nasibnya. Lelaki itu beruntung dapat berlindung di rumah yang besar itu.
Semasa dia tinggal di situ lelaki itu berasa hairan melihat gerak geri tuan rumah tersebut. Dia tidak faham mengapa tuan rumah itu keluar pagi dan pulang lewat malam.Tuan rumah itu seolah-olah sedang mencari sesuatu yang masih belum ditemuinya lagi.
Setelah beberapa hari kemudian dia berasa tidak sabar untuk bertanya kepada lelaki itu kenapa dia bersikap seperti itu. Dengan memberanikan diri dia pun bertanya kepada lelaki itu kenapa dia bersikap seperti itu.Dengan tenang lelaki itu berkata:
" Sebenarnya aku keluar rumah dari pagi hingga ke malam adalah kerana aku hendak mencari seorang lelaki yang telah membunuh ayahku"
Sebaik saja dia mendengar kisah tuan rumah itu,serta merta air mukanya berubah.Dia kelihatan begitu pucat.Dia sedar dia adalah orang yang sedang di cari oleh tuan rumah itu. Apakah yang harus dibuatnya sekarang? Patutkah dia merahsiakan perkara itu atau mengaku saja bahawa dia adalah orang yang dicarinya itu?
Dengan perasaan berdebar lelaki itu berkata:
"Tuan yang budiman,budi baik tuan yang sangat tinggi itu telah mencegah saya dari merahsiakan tentang diri saya.Sebenarnya sayalah orang yang tuan cari itu. Sekarang saya rela untuk menerima apa saja hukuman dari tuan. Budi baik tuan sangat besar terhadap saya"
Mendengar pengakuan dari lelaki itu,tuan rumah itu begitu terkejut kerana dia tidak menyangka bahawa orang yang diberinya perlindungan itu adalah orang yang telah membunuh ayahnya yang disayangi.Maka dengan perasaan yang amat berat tuan rumah itu berkata:
"Hai orang yang membunuh ayahku. Aku tidak menyangka sama sekali bahawa engkau adalah pembunuh ayahku. Kalau aku tidak mengenangkan kejujuran engkau sudah tentu aku akan pancung lehermu sekarang juga.Walaupun aku bersedia memaafkan engkau adalah lebih baik engkau keluar dari rumah aku ini sebelum aku berubah fikiran"
Dengan perasaan takut lelaki itu terus berlari keluar dari rumah itu.
No comments:
Post a Comment