SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Friday, July 31, 2009

PENGHABISANNYA.................

Setelah diturunkan dua hari yang sudah ,tengahari tadi dinaikkan semula,tapi dengan nama yang lebih baik dan sedap disebut.

Akhirnya,termaktublah sudah nama dewan ini,balik dari Sungai Tiang maka telah terpeteri dengan nama baru yang sepatutnya.Kalau dulu naiknya tengahari jumaat,maka naiknya juga tadi tengahari jumaat juge.Deme tahu jugak nak ambik berkat hari jumaat ya......Naiknya waktu siang tapi bila diturunkan' jangan bagi orang nampak'......dalam gelap le. Malu le tu.

ADIK USTAZ MISBAH MUNIR MENINGGAL

ASSALAMMUALAIKUM.....

Adik ustaz Misbahul Munir, Raden Dewi Murni Bt Masduki telah kembali ke Rahmatullah pukul 4.00 pagi tadi. Jenazah beliau akan di bawa ke kampong halamannya di Sungai Tiang Darat , Bagan Datok.
Bersamalah kita mendoakan semoga ditempatkan bersama para sholehin.ALFATIHAH..

Thursday, July 30, 2009

AKHIRNYA IA DITURUNKAN JUGA....

Gambo pagi tadi,tingge pakunya aje....


Gambo tige minggu lalu.......


Berikutan berita yang aku sajikan di blog ini dua tiga minggu yang lepas dan mendapat 'respon' dari masyarakat khasnya UMNO maka papan tanda di atas telah diturunkan.Setelah hampir sebulan tergantung dengan gahnya,maka ia telah diturunkan kelmarin.Apa yang menjadi musykilnya,ia diturunkan pada sebelah malam,waktu orang tak nampak,tak de berita lagi makhluk mane yang memanjat malam-malam bute dan membukenya.

Aku masih tak dapat berita dari 'sb-sb' aku kat sini lagi,sape yang menurunkannya,tapi yang sahih ia memang diturunkan waktu malam,deme malu orang nengok. Memang deme ni suka buat koje dalam gelap le....kira macam nak menurun jugak le.

Maka tamatlah kisah papan tanda ni,lepas ni kite tengok le tanda apa pulak yang naik.....BULAN LE PULAK KOT

Wednesday, July 29, 2009

ADIK USTAZ MISBAHUL MUNIR DI SPECIALIST CENTRE,IPOH.

Adik Ustaz Misbahul Munir, Dewi Murni kini berada di Hospital Specialist Ipoh,untuk menerima rawatan setelah dipindahkan dari Hospital Tapah pada pukul 1.30 petang tadi.Kami menerima kiriman sms pada awal pagi dari Ustaz Misbah yang mengatakan adik beliau kini tenat di Hospital Tapah.Seawal pagi lagi ramai kenalan,sahabat dan keluarga terdekat telah berada di Hospital setelah mendapat berita tersebut.

Keadaan beliau amat membimbangkan dan pihak Hospital kerajaan tidak mahu menerimanya lagi,ditambah dengan hanya menggunakan bantuan pernafasan sahaja . Akhirnya Ustaz Misbah membuat panggilan ke Specialist Centre dan mereka bersedia menerimanya.Marilah kita panjatkan doa kehadrat ILLAHI semoga beliau sihat kembali. Kepada mereka yang berada di kawasan berhampiran bolehlah menziarahi beliau disana.

Tuesday, July 28, 2009

PAS TAPAH : CERIA 2

Ape yang direnung jauh tu En Din.....yang tu Din jugak, jadi DJ sebelah petang lak.

Jamuan tengahari disediakan untuk pengunjung yang datang,kari ayam rendang daging,jelatah semuanya sedap......tambah dah lapo main dengan ayo ujan.

Hadiah-hadiah cabutan bertuah memang hebat,barangan elektrik pensonic kome,hadiah utamanya basikal.

Tak de deme ni tak jadi acara sukan le,Nisa Tapah kalau suruh 'posing' mau aje .........

Pameran juga diadakan tentang aktiviti dan sejarah Pas Tapah, dua orang lelaki India ini sedang melihat dan membaca fakta-fakta yang dipamerkan.

Antara para pengunjung yang hadir,menanti dengan sabar dari pagi lagi.

Ini acara isi air dalam botol untuk para ibu.Abih lenjun deme berebut ayo....


Hari keluarga Pas Tapah yang berlangsung pada hari Ahad lalu telah berakhir dengan baik dan jayanya. Walaupun hujan telah turun awal pagi lagi, program tetap dijalankan juga dibawah khemah yang disediakan.Semangat yang tinggi dan kegigihan para urusetia wajar diberi pujian.

Perasmian telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya Pas Perak Ustaz Hj Abu Bakar b.Hussien pada sebelah paginya. Paginya aku tak dapat hadir, kerana menyiapkan urusan yang lain dahulu,namun aku dimaklumkan Saudara JJ wartawan Harakah ada membuat liputan pada pagi itu. Pada sebelah petangnya Akhbar Sinar juga membuat liputan.

Alhamdullilah,semua telah berjalan dengan baik ,maka selesailah acara tahunan gilang gemilang Hari Keluarga Pas Tapah untuk seisi 2009 ini. Insyaallah diizinkan Allah tahun hadapan kita akan bersua kembali dan akan buat yang lebih 'grand' lagi.Kepada semua yang bersama membantu dari segala segi,baik kewangan,tenaga,pengiklan ,sokongan dan cadangan kami mengucapkan jutaan terima kasih. Hanya ALLAH SWT yang dapat membalasnya.

JANGAN BUAT ROMBONGAN........NANTI TAK SAMPAI

1 Ogos bakal menjelang beberapa hari lagi,satu lagi lakaran sejarah akan tercipta kat negara Malaysia yang di katakan aman makmur,kata raya dan berbilang bangsa ni. Maka seantero negeri pun dah bersiap siaga nak turun dengan gerombolan -gerombolan yang akan memakai pakaian merah hitam,tentu gelap le kat ibu negara Malaysia nanti.

Banyak persiapan yang bakal dibuat nanti,siapkan sepanduk,banner-banner dan tentunya yang penting bekalan 'garam' yang akan menjadi alat penting dalam nak buat perhimpunan yang beso-beso macam ni. Kalau yang dah ade topeng muke tu,elok le di bawa lagi senang nak berarak,tak yah nak lari-lari bila kena sembor nanti.Kan ape ,ni sebagai cadangan aje,untuk persiapan,kan' topi merah ' sentiasa akan bersedia bila diarah nanti,jadi kena le sedia ape yang patut.

Lagi satu ni penting juge,jangan le datang nanti buat rombongan lak,inilah yang terjadi kat perhimpunan PPSMI dulu,yang mana satu bas dari Tapah kena 'blok' kat Jalan Duta dan dibawa ke Balai polis untuk di soal siasat. Diharap tak de yang nak 'sponsor' bas lagi,warga Tapah diharap beringat le,dulu orang dah selesai berdemo baru deme ni dilepaskan dan semuanya kelaparan sampai ke petang tidak diberi makan,jadi ingat-ingat le ye. Ape-ape pun kita naik bas biasa aje le,ambik tiket dari sekarang boleh kot.

Monday, July 27, 2009

PAS TAPAH : CERIA 1

Steady aje DJ kite ni..........tabik dengan cikgu Jamal


Hebat YDP tu....nampak ke bolanya tu
Ini bukan jerebu ye,acara tiup tepung cari coklat.

Kejo dan rembat





Tengok le hebat muslimat buat roti canai,kalah le kome..... roti terbang satu.....


Tiup belon bukan sampe pecah dik,tapi sape paling beso.....dia le menang


Acara pancing botol,perlu kesabaran dan kekuatan tangan......sabo kak oi.....

Thursday, July 23, 2009

HARI KELUARGA PAS TAPAH 2009

HARI KELUARGA PAS KAWASAN TAPAH 2009

26HB JULAI 2009(HARI AHAD)

TEMPAT: PASAR AL-QAMAR BATU 3,TEMOH

MASA: PAGI

PELBAGAI AKTIVITI DIADAKAN SEPERTI

PERTANDINGAN MELUKIS

JUALAN PRODUK

SUKAN RAKYAT

PAMERAN

PEMERIKSAAN KESIHATAN

CERAMAH UMUM

SEMUA GOLONGAN DIJEMPUT HADIR

Tuesday, July 21, 2009

DOAKAN KESEMBUHANNYA BERSAMA KAMI.

Salam perjuangan kembali,agak lama meninggalkan blog ini tanpa pesanan dan' posting' hampir seminggu lebih ini. Banyak cerita dan berbagai kisah sedih dan tragis berlaku sejak seminggu ini. Aku mengambil masa yang sekejap untuk menjenguk bloggers PR yang banyak menceritakan berita yang sama,kematian yang tidak kita jangkakan,yg membuat kita semua dibaluti kesedihan jua. Harapan kita semua nanti semoga akan berakhir dengan berita yang akan memuaskan hati dan menghilangkan gundah gulana.

Dengan banyak cerita dan pendedahaan itu membuat aku leka membaca dan memikirkan kesahihan yang dipaparkan para bloggers,ada juga cerita yang masuk akal yang macam aku juga fikirkan.Kesibukan seminggu yang lepas juga tidak ada peluang untuk aku disini,menyelesaikan kerja yang diminta rakan untuk program yang besar juga membuat aku sedikit 'tension',namun Alhamdulillah semuanya telah selesai dengan jayanya hujung minggu yang lepas,tapi biasalah setiap majlis pasti akan ada cacat celanya selepas itu.Namun begitu tugasku telah selesai dan kini tumpuan ku banyak kepada program parti yang akan meniti setiap minggu. Bersiaplah untuk program yang besar hujung minggu ini.

Bila sesuatu perkara yang yelah diamanahkan untuk kita laksanakan,maka perlu kita jalankan juga walau penat ,letih dan ada tugas yang lain juga menunggu.Tak dapat untuk menolak bila disuruh membantu,itulah kelemahan aku yang sangat suami aku tak berapa suka. Aku selalu mengabaikan kesihatan sendiri namun bila diminta membantu aku akan terus membuat kerja-kerja tanpa mengira hal-hal lain. Memang aku sendiri tak dapat menyangkalkannya,itulah kelemahan aku,sesiapa sahaja yang datang meminta petolongan apa jua bentuk pun,selalunya dalam program kemasyarakatan(kecuali program umno) aku yang akan menyediakan segalanya.Mungkin aku kena memikirkannya semula nanti.

Bagi aku dalam memperluaskan pengaruh dan mengekalkan ikatan sesama insan ini.setiap kita kena tahu dan cuba mencari ruang untuk lebih terkedepan. Bukan untuk mencari 'glamour' atau publisiti namun banyak cara yang perlu kita lakukan untuk meraih sokongan dari masyarakat,jangan kita hanya berada dikelompok kita sahaja,keluar mencari idal-ideal yang lebih berkesan untuk berada dipuncak kejayaan yang lebih islamik.

Bila memikirkan diri sendiri tak berupaya membuat kerja, kesakitan yang kekadang datang menjengah kembali yang memerlukan aku lebih berhati-hati dalam tugasan ,yang sentiasa berbekalkan ubatan dan 'supplement' namun untuk lari dari perjuangan yang aku dokongi selama ini tidak sekali-kali. Masih ramai lagi diluar yang hidup dalam keadaan lebih kritikal dan kronik,namun mereka masih meneruskan tugas harian dan perjuangan mereka.Semuanya dalam ketentuan ILAAHI. Perjuangan ini tentu sekali bukan hanya untuk diri sendiri tapi untuk umat sejagat,selagi ISLAM belum ditempatnya.

Semalam aku sempat menziarahi sahabatku adik kepada setpol Hj Nizar,Ustaz Misbahul Munir yang sudah 4 bulan sakitnya. Luluh dan hiba benar hati ini melihat keadaanya kini,hampir jatuh air mata ini namun aku tahan jua dari menitik kepipi,melihat ketabahan dan ketenangannya.Itu pada zahirnya kita lihat ,namun bagi ku jauh dilubuk hatinya tentu sekali dia amat pilu.Anak-anaknya yang masih kecil,yang memerlukan kasih sayang seorang ibu kini tidak mampu untuk menguruskannya lagi. Ibu mertuanyalah yang sentiasa berada disisinya membantu dalam urusan rumahtangga kini.Penyakitnya pun tiada kepastian yang sebenarnya pun.Beliau telah banyak berubat dan masih berusaha namun kini belum ada nampak yang sesuai dan serasi lagi.

Aku mengajak para pembaca semua untuk bersama kami mendokan kesejahteraan dan kesembuhan sahabatku Ustazah Raden Dewi Murni bt Hj Masduki,semoga dia akan sihat seperti biasa dan menjadi seorang ibu seperti dulu,dan meneruskan kerjayanya mengajar semula.

Sunday, July 12, 2009

GAMBAR TU KAT BIDOR LE........


Disebabkan banyak respon telah diterima dari jiran tetangga,penduduk kampong,seluruh mukim Bidor dan kini di seluruh negara maka hari ni dikeluarkan kembali kisah yang sedang hangat kat Bidor ni.Disebabkan banyak tertanya-tanya kat mane dewan ni maka aku post kan lagi sekali kat sini. Puak-puak umno dah heboh dan berperang sesama deme tentang papan tanda ni,kecoh le dua hari ni ngape lak di bubuh dewan umno,tak pernah dengo pun,yang ade dewan orang ramai atau serbaguna.

Berita terbaru diterima papan tanda ni diarahkan supaya diturunkan oleh YB kerana akan menjejaskan lagi orang umno kat kampong ni,yang ada 4 cawangan dan 11 yang menagih belas untuk dilantik menjadi ketua kampong. Masing-masing kini nak cari publisiti dan akibat bodoh yang tak boleh di ajo maka semua orang ramai punye hak kome aje......

Insyaallah kalau papan tanda ni dah diturunkan aku akan post kat blog ni lagi,tunggu aje le.....

Friday, July 10, 2009

HARTA RAKYAT DAH JADI HARTA UMNO......

Apa yang dipaparkan disini baru aje berlaku tengahari tadi apabila papan tanda ini telah dinaikkan di dewan orang ramai.Dewan yang memang tak ada papan tanda sejak didirikan agak lame ini,telah bertanda tengahari tadi.Ape yang menjadi tanda tanya orang kampung,ngape lak dewan umno namenya,setahu kita ini dewan serbaguna atau orangramai.

Oleh kerana kampong ni dah ada 4 cawangan umno dan sekarang ni 11 orang telah berebut nak jadi ketua kampong,maka dewan ini dah macam harta mak bapak deme.Agaknya siape le punya ideal bodoh ni,YBnya ke atau antara yang 11 yang sedang berlumba cari publisiti murahan?

Wednesday, July 8, 2009

KEMPEN BULAN SOLAT DMP TAPAH


PROGRAM 1 : KLINIK SOLAT

TARIKH : 12 JULAI 2009 (AHAD)

MASA : 2.00-6.00 PETANG

TEMPAT : SURAU BUKIT TEMOH

MODERATOR : AF USTAZ AHMAD MUHAIMIN B.ABDUL MALEK

ANJURAN : NISA' TAPAH





PROGRAM 2 : CERAMAH ISRAQ MIKRAJ


TARIKH : 18 JULAI 2009(SABTU)

MASA : 3.00 PETANG

TEMPAT : PASTI BATU 3,TEMOH TAPAH


PENCERAMAH : AF USTAZ DAHLAN B. ISMAIL
SU LAJNAH TARBIYAH BADAN PERHUBUNGAN PERAK

ANJURAN : LAJNAH TARBIYAH DMP TAPAH

Tuesday, July 7, 2009

HARI KELUARGA -SIRI 2

Adik ni juara mengutip sampah terberat 2 kilo lebih,jangan main-main,kutip sampah pun ade hadiah ,hamper lagi...
Geng ni tak ingat namenya,tapi semuanya orang India,sporting deme ni.....dapat nombor tiga.
Juara tarik tali,Geng Sg Gading,mane tak menangnya deme ni ahli Unit Amal Tapah,ngelat deme ni.
Adik-adik Nisa Tapah memang sporting,ringan tulang deme ni,terima kasih bebanyak ya,siap posing,sebab deme tau nak masuk blog le tu.....
Acara berbasikal paling lambat,ramai bebudak suke....
Naib johan tarik tali Geng Dragon....deme ni abang bomba,dah biasa tarik paip ayo yang beso-beso,hadiah disampaikan oleh NYDP TAPAH Ustaz Malek.

Sunday, July 5, 2009

TARIK TALI TEAM IMAM VS SG GADING

HARI KELUARGA PAS BUKIT INDAH,TAPAH PAGI TADI -SIRI 1

Pendaftaran para peserta mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat setempat dan berbilang kaum.
Gubahan dari telekung amat menarik dan kreatif.
YDP Tapah Saudara Rahim Nordin sedang memberi ucapan aluan dan Perasmian .
Kesihatan perlu diutamakan untuk meneruskan perjuangan ini.....
Pemeriksaan kesihatan dan derma darah dari Hospital Tapah mengambil bahagian dalam program Hari Keluarga.
Banyaknya hadiah,semuanya berbaloi weh......
Kaunter daftar pengundi baru pun dibuka......mari,mari,mari
Ibu-ibu lak cari anak,jangan ngelat ye nanti anak pun ngelat.
Futsal dalam bendang,hujan pagi ni....namun semangat deme ni,acara ni akan berlanjutan sampe petang ni sebab ramai beno pasukannya,ni pasukan osama laden...dengan belia Bukit Indah.
Acara bapa mencari anak,jangan ambik anak orang dah.......
Related Posts with Thumbnails