Adik Ustaz Misbahul Munir, Dewi Murni kini berada di Hospital Specialist Ipoh,untuk menerima rawatan setelah dipindahkan dari Hospital Tapah pada pukul 1.30 petang tadi.Kami menerima kiriman sms pada awal pagi dari Ustaz Misbah yang mengatakan adik beliau kini tenat di Hospital Tapah.Seawal pagi lagi ramai kenalan,sahabat dan keluarga terdekat telah berada di Hospital setelah mendapat berita tersebut.
Keadaan beliau amat membimbangkan dan pihak Hospital kerajaan tidak mahu menerimanya lagi,ditambah dengan hanya menggunakan bantuan pernafasan sahaja . Akhirnya Ustaz Misbah membuat panggilan ke Specialist Centre dan mereka bersedia menerimanya.Marilah kita panjatkan doa kehadrat ILLAHI semoga beliau sihat kembali. Kepada mereka yang berada di kawasan berhampiran bolehlah menziarahi beliau disana.
No comments:
Post a Comment