Salam perjuangan kembali,agak lama meninggalkan blog ini tanpa pesanan dan' posting' hampir seminggu lebih ini. Banyak cerita dan berbagai kisah sedih dan tragis berlaku sejak seminggu ini. Aku mengambil masa yang sekejap untuk menjenguk bloggers PR yang banyak menceritakan berita yang sama,kematian yang tidak kita jangkakan,yg membuat kita semua dibaluti kesedihan jua. Harapan kita semua nanti semoga akan berakhir dengan berita yang akan memuaskan hati dan menghilangkan gundah gulana.
Dengan banyak cerita dan pendedahaan itu membuat aku leka membaca dan memikirkan kesahihan yang dipaparkan para bloggers,ada juga cerita yang masuk akal yang macam aku juga fikirkan.Kesibukan seminggu yang lepas juga tidak ada peluang untuk aku disini,menyelesaikan kerja yang diminta rakan untuk program yang besar juga membuat aku sedikit 'tension',namun Alhamdulillah semuanya telah selesai dengan jayanya hujung minggu yang lepas,tapi biasalah setiap majlis pasti akan ada cacat celanya selepas itu.Namun begitu tugasku telah selesai dan kini tumpuan ku banyak kepada program parti yang akan meniti setiap minggu. Bersiaplah untuk program yang besar hujung minggu ini.
Bila sesuatu perkara yang yelah diamanahkan untuk kita laksanakan,maka perlu kita jalankan juga walau penat ,letih dan ada tugas yang lain juga menunggu.Tak dapat untuk menolak bila disuruh membantu,itulah kelemahan aku yang sangat suami aku tak berapa suka. Aku selalu mengabaikan kesihatan sendiri namun bila diminta membantu aku akan terus membuat kerja-kerja tanpa mengira hal-hal lain. Memang aku sendiri tak dapat menyangkalkannya,itulah kelemahan aku,sesiapa sahaja yang datang meminta petolongan apa jua bentuk pun,selalunya dalam program kemasyarakatan(kecuali program umno) aku yang akan menyediakan segalanya.Mungkin aku kena memikirkannya semula nanti.
Bagi aku dalam memperluaskan pengaruh dan mengekalkan ikatan sesama insan ini.setiap kita kena tahu dan cuba mencari ruang untuk lebih terkedepan. Bukan untuk mencari 'glamour' atau publisiti namun banyak cara yang perlu kita lakukan untuk meraih sokongan dari masyarakat,jangan kita hanya berada dikelompok kita sahaja,keluar mencari idal-ideal yang lebih berkesan untuk berada dipuncak kejayaan yang lebih islamik.
Bila memikirkan diri sendiri tak berupaya membuat kerja, kesakitan yang kekadang datang menjengah kembali yang memerlukan aku lebih berhati-hati dalam tugasan ,yang sentiasa berbekalkan ubatan dan 'supplement' namun untuk lari dari perjuangan yang aku dokongi selama ini tidak sekali-kali. Masih ramai lagi diluar yang hidup dalam keadaan lebih kritikal dan kronik,namun mereka masih meneruskan tugas harian dan perjuangan mereka.Semuanya dalam ketentuan ILAAHI. Perjuangan ini tentu sekali bukan hanya untuk diri sendiri tapi untuk umat sejagat,selagi ISLAM belum ditempatnya.
Semalam aku sempat menziarahi sahabatku adik kepada setpol Hj Nizar,Ustaz Misbahul Munir yang sudah 4 bulan sakitnya. Luluh dan hiba benar hati ini melihat keadaanya kini,hampir jatuh air mata ini namun aku tahan jua dari menitik kepipi,melihat ketabahan dan ketenangannya.Itu pada zahirnya kita lihat ,namun bagi ku jauh dilubuk hatinya tentu sekali dia amat pilu.Anak-anaknya yang masih kecil,yang memerlukan kasih sayang seorang ibu kini tidak mampu untuk menguruskannya lagi. Ibu mertuanyalah yang sentiasa berada disisinya membantu dalam urusan rumahtangga kini.Penyakitnya pun tiada kepastian yang sebenarnya pun.Beliau telah banyak berubat dan masih berusaha namun kini belum ada nampak yang sesuai dan serasi lagi.
Aku mengajak para pembaca semua untuk bersama kami mendokan kesejahteraan dan kesembuhan sahabatku Ustazah Raden Dewi Murni bt Hj Masduki,semoga dia akan sihat seperti biasa dan menjadi seorang ibu seperti dulu,dan meneruskan kerjayanya mengajar semula.
No comments:
Post a Comment