SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Friday, July 13, 2012

PUTERI SOKONG HUDUD LE.....


no preview


Wahhh...pergerakan puteri umno sokong hudud le....bagus le tu....lepas ni jng le ada yg senteng2 lengen atau yg tak nak menutup aurat lagi...setakat nak sokong tapi tiada yg nak dipraktikkan ,baik tak payah cakap....





















Pergerakan Puteri Umno Malaysia memandang positif cadangan pelaksanaan hukum jenayah syariah - hukum hudud - tetapi menegaskan ia perlu dilakukan dengan teliti dan sempurna.

Ketuanya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, beliau melihat desakan pembangkang dan sesetengah pemimpin Umno yang mahu melaksanakan hudud dengan matlamat memurnikan akidah umat Islam sebagai langkah yang baik.

“Kita harus bersedia ke arah kesempurnaan pelaksanaan hudud dan berusaha memberi kefahaman jelas terhadap masyarakat majmuk di negara ini kerana ia adalah hukuman yang memiliki banyak cabang.

“Bagaimanapun, teori dan pelaksanaannya perlu diperhalusi. Kita tidak mahu pelaksanaannya tidak sempurna kerana ini soal hukum Allah SWT,” katanya dipetik oleh akhbar Sinar Harian hari ini.

No comments:

Related Posts with Thumbnails