SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Monday, July 30, 2012

ABBY DAN TUDUNG.....


 

Dunia makin menghampiri kiamat,keadaan begini sudah banyak berlaku...kalau nak buat perkara2 yang baik tentu banyak yang mencemuh apalagi dicaci dan di hina.

Sejak menjadi ahli PAS Abby makin di asak,berbagai kecaman dari rakan2 artis dan masyarakat menghina Abby sebab terjebak dalam kancah politik PAS.

Hari ini pulak Abby ditamatkan dari menjadi duta tudung...begitulah kehidupan di Malaysia ,yang nak buat baik berbagai tekanan di terima.....sabar dan istiqamah aje lah 
Abby..inilah perjuangan yg akan kamu lalui dan akan banyak lagi rencah2 kehidupan yang akan kamu jalani untuk bersama jemaah Islam seperti PAS ini....

Rezeki ada dimana2,ALLAH yg memberi dan manusia kena berusaha.....



"4 Julai 2012 - Kontrak saya sebagai duta kepada tudung mereka terbatal secara rasminya.

"Saya terima dengan hati terbuka & saya minta maaf kerana terlibat Pakatan Rakyat," tulisnya di laman Twitter pagi tadi.

NONESementara itu, pelakon dan penyanyi terkenal itu yang kini aktif berceramah - ketika ditemui Malaysiakini Jumaat lalu - menyifatkan penyertaannya ke dalam parti itu merupakan sebahagian daripada langkahnya mendekati agama.

Menurut Abby, ia bukanlah satu penghijrahan politik seperti yang dianggap ramai pihak.

"Saya tak pernah terfikir nak guna istilah penghijrahan itu sebab saya terlibat secara tak sengaja," katanya sewaktu ditemui di Shah Alam.

Menurut Abby, perubahan dirinya yang kini bertudung dan mula mendekati agama dilakukan sebelum beliau mula mendekati PAS lagi.

"Hidayah atau penghijrahan ini kita dah dapat semua sebelum masuk PAS," kata Abby.

No comments:

Related Posts with Thumbnails