Cikgu Mala: 'Saya tidak masuk Umno'
Normala Sudirman menjelaskan laporan yang mendakwa beliau menyertai Umno.
  
Saya tidak pernah berniat untuk masuk Umno. Saya berjuang dalam Pas untuk mencari keredaan ALLAH SWT." Demikian kata bekas calon Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, Normala Sudirman.

Normala yang lebih dikenali sebagai Cikgu Mala berkata, tindakan penulis blog yang memfitnah dirinya dengan mengatakan beliau kecewa dengan Pas dan membuat keputusan untuk masuk Umno adalah keterlaluan.

"Saya menafikan dakwaan blogger yang mengatakan saya berniat untuk jadi ahli Umno.
 
 
 NI SEDIKIT TULISAN YG AKU CILOK DARI BLOG PENCACAI TU....AKU AMAT BENCI NAK MASUK BLOG DIORG NI .....
 
 
Laporan sumber dalaman yang boleh dipercayai, ada sedikit perselisihan antara bekas cikgu tersebut dan Pas Negeri dalam menawarkan dana bantuan kewangan yang dijanjikan sebelum ini selepas beliau tewas bertanding di Tenang.

Pelbagai janji ditaburkan kepada bekas cikgu tersebut setelah beliau secara sah meletakkan jawatan sebagai guru untuk menjadi calon,kerana tidak tahan disebabkan janji yang tidak tertunai, cikgu Normala tekad meninggalkan Pas dan berjanji akan mendedahkan beberapa janji yang di tawarkan oleh Pas kepada umum.