Mamat yg dah terbuang ni ingat penyokong2 Pakatan Rakyat macam penyokong BN ke??
Penyokong BN boleh le korang jamu dan tamu macam ayam daging,siapkan makan pagi dan tengahari,duit poket lagi,baju free lagi,bas pun free...kalau nak mengampu pun agak2 le.....
Penyokong2 PR semua keluar duit sendiri untuk pergi setiap program parti,bayo duit bas ikut jauhnya perjalanan,makan sendiri tanggung,baju sendiri beli kalau idak pakai apa yg patut...
Aku dah selalu tanye kat budak2 yg pergi program BN, diorang kate duit minyak moto dapat,duit poket ada,baju pun dapat...tu yg pergi join tu...lepas tu kami pi le ronda tempat lain...sepatutnya diorg boleh dpt rm 50,yg rm20 lagi selalu org tengah kebas...tu lah nasib anak2 muda yg selalu dipergunakan oleh BN...yang tua pun sama gak...dah senja pun tak sedo2kan diri lagi...
Kanak-kanak sekolah, penyokong anti Barisan Nasional (BN) dan peserta yang dibayar adalah peserta penyokong perhimpunan Bersih 3.0, kata Datuk M. Kayveas, menambah, 99 peratus yang menyertai perhimpunan itu tidak mengetahui tujuan perhimpunan tersebut pada 28 April.
Kayveas, ketua Parti Progressif Penduduk (PPP), kata mereka telah menutup mata mereka terhadap kebaikan BN, dan berniat menyalahkan kerajaan atas kegagalan mereka dalam hidup.
Beliau menjelaskan, dirinya berasal dari keluarga miskin dan hidup di kawasan setinggan selama 25 tahun, namun masih menyokong BN atas jasa yang mereka lakukan di negara ini.
“Kerana apa yang BN telah buat sejak 50 tahun lalu saya mampu menjadi diri saya sekarang. Tapi ada yang membesar dengan saya masih di sana ... mereka tidak pernah keluar dari kawasan berkenaan.
“Mereka ini menyokong pembangkang, mereka merungut dan memberi alas an untuk setiap kegagalan mereka untuk mengubah diri mereka. Mereka salahkan orang lain, atau cari orang lain untuk disalahkan,” katanya kepada The Malaysian Insider dalam satu temuramah baru-baru ini.
“Saya selalu berkata — dilahirkan miskin bukan satu dosa, untuk kekal miskin itu berdosa.”
“Penyokong buta” ini, tambah Kayveas (gambar), adalah mereka yang berada di jalanan untuk melanggar undang-undang kerana mereka tahu pemimpin mereka akan mempertahankan mereka di Parlimen.
Bekas timbalan menteri dan Ahli Parlimen Taiping ini menjelaskan penyokong ini juga sanggup “memukul polis” dan “memusnahkan kenderaan polis”, merujuk kepada keganasan yang muncul ketika perhimpunan Bersih, apabila polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan perusuh.
Namun, Kayveas turut menuduh pembangkang merupakan pihak bertanggungjawab mengarahkan penyokong mereka menentang BN dan melanggar undang-undang untuk menyebarkan maklumat falsu melalui media sosial.
“Mereka mencipta kumpulan yang menyokong mereka membuta tuli, tanpa menyedari kebenarannya,” tambahnya.
“Pembangkang mengajar itu. Bangun pada waktu pagi dan arah orang di Internet. Jika kamu tidak berjaya, kemudian turun ke jalanan.
“99 peratus mereka yang berhimpun dengan Bersih tidak tahu mereka di mana. Kamu berikan baju kuning, beberapa ratus ringgit dan mereka di sana.
“Ada pelajar sekolah ... apabila ditanya, mereka kata ibu bapa yang arahkan mereka pergi,” katanya.
Kayveas turut menyelar gerakan menuntut pilihan raya adil dan bersih, Bersih 2.0, kerana tindakan mereka yang dilihat tersasar daripada matlamat asal.
“Isunya pilihan raya adil dan bersih. Bukan Dataran Merdeka. Tapi kamu menegaskan untuk Dataran Merdeka jadi ia jelas menunjukkan natlamat utama telah tersasar, memutlakkan perkara yang salah, dan menidakkan perkara yang benar,” katanya.
Ribuan rakyat Malaysia turun ke jalanan pada 28 April untuk Bersih 3.0 duduk bantah.
Pembangkang menyokong perhimpunan tersebut, yang aman pada mulanya, namun bertukar ganas menjelang jam 3 petang apabila perusuh merempuh kawasan halangan yang didirikan pihak berkuasa.
No comments:
Post a Comment