Umno sekarang bukan aje susah hati tapi gelisah tak tentu hale dah...sejak kes PTPTN ni di gembar gembur oleh Pakatan Rakyat,deme dah meracau2.....Aje melampau beno pun kerajaan BN ni pun deme ngambik untungnya...tengok kat bawah ni
Menteri Umno kata negara akan bangkrap kalu PTPTN di hapuskan..ngo2 bukan main nyokong jugak ya..yang kome rampas berjuta2 tu idak pulak ke bangkrap,bisnes lembu entah kemana,duit kome kebas....rakyat juga yang menderita....Umno ingat rakyat bodoh belaka....yg tak reti apa2 tu memang ramai le jugak,deme nengok tv3 suku, baca utusan meloya dan berita hairan... memang otak dah jadi beku dan tak boleh nak berfikir...........
Dan dengonya ada perhimpunan nak diadakan pada 14 April ni...........moh nengok bawah ni,kalau begitu bekas2 pelajar yang telah dibebani hutang2 ,turun le rame2 bagi membantah isu PTPTN ni..
Maka Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mensasarkan 5,000 mahasiswa dan ‘mangsa’ hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan turun berhimpun menuntut pemansuhan pinjaman itu bulan depan.
Perhimpunan itu akan diadakan pada 14 April ini di Dataran Merdeka bermula jam 2 petang.
Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi SMM Muhamad Safwan Anang ( kanan ) dalam sidang medianya di Kuala Lumpur pagi ini.
“Ia sebagai satu simbolik kepada kerajaan, bahawa mereka tidak lagi dipercayai, untuk membawa agenda pendidikan percuma dan mansuhkan PTPTN,” katanya.
Turut hadir dalam sidang media itu wakil Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Muhammad Afiq Asyraf, penggerak “Kelab Mangsa PTPTN” bawah Parti Sosialis Malaysia (PSM) Mandeep Singh dan Setiausaha Agung Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia Mohammad Hafizudin Abdul Mukti.
Sementara itu, Mohamad Hafizudin berkata perhimpunan itu juga bagi menuntut kerajaan memberikan pendidikan percuma kepada rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama, bermula tadika sehingga PhD.
Katanya saban tahun, semakin ramai graduan yang menganggur dan dibebani dengan hutang akibat pinjaman dan faedah yang ditetapkan oleh PTPTN.
“Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan hasil kutipan cukai dan hasil sumber ekonomi yang kain seperti petroleum, balak dan sebagainya.
“Melalui hasil cukai sahaja, rakyat berhak mendapat pendidikan percuma daripada peringkat tadika hinggalah PhD,” katanya sambil menambah ia tidak mustahil dilakukan seperti diamalkan oleh beberapa negara.
Hafizudin mendakwa kerajaan terlalu boros berbelanja atas keperluan lain yang sia-sia termasuk dakwaan rasuah yang berleluasa sehingga menyebabkan negara rugi dan menanggung hutang berbillion ringgit.
No comments:
Post a Comment