SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Sunday, December 4, 2011

NAK BERDALIH APA LAGI LEPAS NI??

Kementerian Kesihatan mengesahkan bahawa sejumlah 13 jenis produk yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) tidak menepati spesifikasi Peraturan Kawalan Makanan 1985 dan tindakan telah diambil untuk memastikan ia dikeluarkan daripada rak-rak jualan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong berkata, produk-produk itu ialah susu segar, susu sejat, susu pekat manis, sos tiram, jem buah-buahan, kari ayam tin, kordial mangga, minyak sapi, kacang tanah, mentega kacang berkrim,mentega kacang ranggup, sardin tin, dan soso tomato.

Katanya, produk-produk ini juga tidak menepati spesifikasi penglabelan, komposisi produk dan tidak menepati aspek keselamatan makanan.

Liow juga berkata, ekoran dari itu, pihak kementerian turut menjalankan pemeriksaan ke atas 30 kilang yang membekalkan makanan-makanan berkenaan ke kedai KR1M.

Beliau menyatakan pihak kementerian juga telah mengambil 93 sampel dari 43 produk makanan yang dijual di KR1M untuk tujuan analisis.

Katanya lagi, Kementerian Kesihatan akan terus memantau kualiti makanan yang dijual di kedai KR1M dan konsumer yang mempunyai maklumat ke atas sebarang produk yang meragukan supaya menghubungi pihak berkuasa dengan serta merta.

Isu mengenai kualiti produk yang dijual di KR1M yang tidak mematuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh kementerian telah dibangkitkan oleh ahli parlimen DAP, Tony Pua baru-baru ini.

Dalam hubungan ini, kata Liow tindakan Tony Pua mengumumkan tentang perkara tersebut secara terbuka telah menjejaskan pihak berkuasa menjalankan siasatan kerana apabila pemeriksaan dilakukan sebahagian daripada produk yang meragukan itu telah pun dikeluarkan dari rak jualan.

Bagaimanapun Liow berkata, pihak kementerian telah berjaya mengesan siapakah pihak yang mengeluarkan produk-produk makanan itu.

Tambah beliau dari Januari hingga Ogis tahun ini, 125,709 barangan yang dibawa masuk ke Malaysia telah diperiksa di bawah Sistem Maklumat Keselamatan Makanan.

“Hasil siasatan dan ujian mendapati, 1.1% daripada barangan ini didapati melanggar Akta Makanan 1983 dan Peraturan Kawalan Makanan 1985,” ujarnya.

Untuk produk tempatan pula, 41,518 sampel telah diambil dari Januari hingga September tahun ini dan daripadanya 4.9% telah didapati melanggar Akta Makanan 1983 dan Peraturan Kawalan Makanan 1985.


Ambik kau Ismail Sabri...kata produk2 1M bagus le ,dapat permintaan tinggi....parti pembangkang dengki le,buat fitnah....tup tup dah kena tarik barang2 tu di kedai...apa macam nak kelentong lagi....


alt

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri membidas tindakan Pakatan melalui tuduhan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua yang memfitnah kandungan produk makanan yang dikeluarkan melalui Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).

Beliau yang ditemui hari ini mendakwa, Tony Pua membuat tuduhan yang tidak berasas sama sekali dan palsu semata-mata.

"Laporan daripada Kementerian Kesihatan melalui Menterinya telah mengesahkan produk-produk barangan yang dituduh Tony jelas tidak seperti yang didakwa."

"Saya percaya tujuan Tony Pua adalah untuk mencemar imej Kedai Rakyat 1Malaysia dan mahu rakyat tidak membeli produk tersebut," kata beliau ketika disoal wartawan selepas meninjau Bilik Media yang disediakan bersempena Perhimpunan Agung UMNO Malaysia di sini, hari ini.

Beliau turut berpandangan bahawa DAP dan rakan-rakan politik mereka sudah mulai bimbang dengan sambutan yang diberikan rakyat terhadap Kedai yang diilhamkan Perdana Menteri tersebut lalu cuba membuat pertuduhan yang tidak masuk akal.

Ismail Sabri yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia menjelaskan beliau menerima respons positif daripada rakyat dan semakin ramai permintaan pengguna agar Kedai Rakyat 1Malaysia diperbanyakkan lagi agar mereka dapat menikmati hasil keluaran produk yang jauh lebih berpatutan.

Ditanya mengenai tindakan undang-undang yang bakal diambil ke atas beliau, Ismail Sabri menyebut ianya tidak diperbincangkan lagi namun ianya tidak mustahil bakal diperhalusi jika tuduhan mengenai perkara ini berterusan.

Semalam Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hassan Abdul Rahman dalam satu kenyataan telah mengesahkan bahawa Produk Susu Tepung 1Malaysia tidak mengandungi kandungan Vitamin A melebihi 15000 IU.

No comments:

Related Posts with Thumbnails