SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Monday, October 10, 2011

SEMUA MEDIA NI SAMA JE.....

Dari dulu dah dibagi tau jangan terlalu percaya sangat kat suratkabo sinar ni.tapi ahli2 PAS percaya sakan dengan sinar ni,setiap kali ada program PR di daearah masing2 dok pakat contact wartawan sinar ni...aku memang tak caya dari dulu lagi dah,suratkabo deme ni same je dari utusan meloya,berita hairan dan yg sewaktu dengannya.

Mula2 memang le dia bagi kita yg elok2 je,tambahan le pulak ni dah dekat pilihanraya jangan harap le kita ada peluang nak nunjuk muke kat suratkabo deme ni....sekali dia spin tengok le...harap2 lain kali berjage2 le...sekarang ni byk musuh dalam selimut...fikir2 le


Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chaw hari ini menafikan dengan sekeras-kerasnya berita yang menyatakan DHPP enggan menyokong PAS jika hudud dilaksanakan.

Beliau juga menafikan membuat ancaman untuk tinggalkan PAS sebagaimana yang disiarkan oleh akhbar Sinar Harian hari ini (gambar).

"Sebagai salah seorg pengasas kelab penyokong PAS yang kini menjadi DHPP, tidak ada sebab saya buat demikian.

"Ia umpama rumah yang dibina dengan duit, masa dan tenaga saya tiba-tiba dibakar oleh saya sendiri atas sebab bocor sikit di dapor," kata beliau kepada Harakahdaily.

Akhbar Sinar Harian hari ini menyiarkan di muka depannya laporan kononnya 20,000 ahli DHPP akan keluar meninggalkan PAS jika hudud dilaksanakan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails