SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Wednesday, October 5, 2011

PENAMBAHBAIKAN LAGI PROSES DEMOKRASI

Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) diseru agar ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam melakukan penambahbaikan proses demokrasi dan pilihanraya dinegara ini.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata Malaysia harus mencontohi negara-negara lain diseluruh dunia yang melakukan perubahan dalam kaedah pilihanraya mengikut keperluan perkembangan masa dan keperluan.

"(PAS) mengharapkan kesungguhan kerajaan dan keikhlasan melakukakn islah pebaikan sepenuhnya sebagaimana yang berlaku dalam negara-negara seluruh dunia,

"yang terus mengalami perubahan cara pilihanraya mengikut perkembangan masa, keperluan zaman dan masyarakat,"jelasnya ketika membahaskan usul penubuhan Jawatankuasa Khas Penambahbaikan Proses Pilihanraya.

Pada Isnin, 3 Oktober, dalam Mesyuarat ketiga, penggal keempat Parlimen, kerajaan Umno/BN mencadangkan penubuhan jawatankuasa terbabit ekoran tekanan pelbagai pihak setelah BERSIH 2.0 turun ke jalanraya 9 Julai lalu.

Menurut Ustaz Hadi yang juga anggota parlimen Marang, sistem demokrasi memberikan rakyat kuasa untuk meilih atau menghukum kerajaan, manakala Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah badan yang mengendalikan penghakiman rakyat.

Katanya SPR mestilah menguruskan pilihanraya secara saksama agar rakyat boleh menjatuhkan parti dan pemimpin yang lemah supaya mereka berupaya memulihkan diri mereka.

Beliau berkata, perubahan demokrasi mestilah selaras dengan perkembangan kerana sistem itu lahir melahir melalui tamadun manusia.

Katanya, demokrasi purba mengalami perubahan pada zaman tamadun Islam dan tamadun Barat.

"bermula dengan demokrasi pada '18th the great' sebelum masehi, kemudian demokrasi (purba) mengalami (perubahan dalam) tamadun Islam dan tamadun Barat,

"tamadun Islam telah berjaya mengujudkan satu sistem yang memberi hak kepada rakyat, selepas wafatnya Nabi Muhammad SAW, umat Islam telah mengemukakan tiga calon, Abu Bakar, Ali dan Sa'ad Ibn Ubadah,"jelasnya.

Kegemilangan 'demokrasi' tamadun Islam telah dibukukan oleh para ulamak dalam karya-karya mereka seperti buku feqah politik Islam, Muqaddimah Ibn Khaldun, al-Ahkam al-Sultaniyah dan Siyasah Islamiyah.

Beliau mendakwa, tamadun Barat mengenali demokrasi moden melalui kajian 'orientalis' yang mendapat pengetahuan melalui pembacaan mereka daripada buku-buku Islam

Justeru, beliau menegaskan, penambahbaikan pilihanraya mestilah mestilah melibatkan semua perkara termasuk daftar pemilih, undi pos, undi berulang kali dan penentuan tarikh pilihanraya

No comments:

Related Posts with Thumbnails