SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Wednesday, October 12, 2011

INKUIRI AWAM BERSIH 2.0 DIMULAKAN

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) telah memulakan inkuiri awam berhubung dakwaan pelanggaran hak asasi manusia sebelum dan semasa perhimpunan haram di ibu negara, 9 Julai lepas.

Inkuiri itu, yang dipengerusikan Naib Pengerusi Suhakam Prof Datuk Dr Khaw Lake Tee, dengan dibantu oleh Pesuruhjayanya Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi A. Majid dan Detta Samen, telah menemubual tiga saksi, termasuk seorang wartawan sebuah portal.

Ia dijalankan di pejabat Suhakam di sini yang turut dihadiri enam pemerhati terdiri daripada empat peguam Majlis Peguam dan dua pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pegawai Suhakam, Ammer Izyanif Hamzah berkata siasatan awam diadakan berikutan Suhakam menerima aduan dan memorandum daripada orang awam dalam bentuk kenyataan, dokumen dan rakaman video berhubung dakwaan berlaku perlanggaran hak asasi manusia sebelum dan semasa perhimpunan itu.

Ameer berkata hasil inkuiri nanti, Suhakam akan membuat syor mengenai langkah-langkah yang perlu diambil agar pelanggaran hak asasi seumpama ini tidak berlaku lagi.

Beliau berkata setakat ini Suhakam tidak dapat memastikan jumlah saksi yang akan dipanggil
untuk inkuiri tersebut dan juga tempoh untuk diadakan.


No comments:

Related Posts with Thumbnails