SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Thursday, October 13, 2011

BUKU SESAT KELAB TAAT SUAMI

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menyekat pengedaran buku “Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia” yang diterbitkan oleh Kelab Taat Suami kerana didakwa mengarut dan memalukan.

Muka belakang buku kontroversi “Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia” terbitan Kelab Taat Suami.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk seri Jamil Khir Baharom berkata perbincangan mengenai hubungan seks dalam buku berkenaan walaupun secara halal antara suami dan isteri adalah tidak wajar kerana ditonjolkan dengan cara tidak beradab dan boleh mengundang tanggapan negatif.

“Apatah lagi apabila membicarakan mengenai khayalan yang Allahyarham Asaari Muhammad atau Abuya (bekas pemimpin Al-Arqam) sedang melayari hidup di alam sendiri dan akan menguruskan isterinya untuk dibawa ke alam roh, ini hal karut,” katanya.

Kelab itu mencetuskan kontroversi apabila pelancarannya diumumkan awal Jun lalu.

Jamil Khir menambah, “kita akan siasat dengan teliti kandungan buku ini dan melihat sejauh mana tindakan yang boleh diambil, termasuk kepada Kelab Taat Suami yang diketuai Hatijah Aam (isteri Asaari) ini.”

Buku itu dilaporkan mengulas mengenai seks suami isteri secara terperinci.

Buku 115 muka surat yang dikatakan panduan kepada isteri dan pengantin baru untuk melayan suami di ranjang, turut menyiarkan gambar Hatijah atau lebih dikenali sebagai Ummu Jah, yang mendakwa ketika dunia menyangka Abuya sudah meninggal dunia, pengikutnya kini bangkit memperjuangkan seks Islam.

Sementara itu bekas pengikut Al-Arqam Mohd Zawawi Aman berkata buku berkenaan yang diterbitkan di Pasir Puteh, Kelantan kira-kira dua bulan lalu hanya dijual kepada ahli dengan harga RM50 senaskhah.

No comments:

Related Posts with Thumbnails