Artis yang menjadi pengacara Malaysia Hari Ini di TV3 tersebut juga dilihat telah mempersoalkan sama ada anak-anak Menteri didalam negara bersekolah di sekolah kerajaan. Kenyataannya itu segera dibidas oleh anak perempuan Timbalan Perdana Menteri, Najwa Muhyidin yang menyatakan beliau serta adik beradiknya semua bersekolah di sekolah kerajaan.
Ini menyebabkan Wardina bertanyakan sokongan peminatnya dan segera menyeru supaya semua anak Menteri wajib masuk ke sekolah kerajaan dan Universiti tempatan.
Kenyataan artis ini juga telah menjadi bahan utama blog-blog penyokong kerajaan untuk mengkritiknya. Blog empayar-pemuda.blogspot.com menyifatkan tindakan Wardina itu adalah signal untuk artis berkenaan bertanding di pilihanraya umum yang akan datang. Beliau turut mempersoalkan tindakan Wardina yang sering mengeluarkan kenyataan yang sering menghentam kerajaan.
Manakala blog yuseriyusoff.blogspot.com pula menyindir Wardina dan menasihatkan personaliti berkenaan supaya cermin diri sendiri dahulu sebelum membuat kenyataan yang bersifat provokasi terhadap pihak-pihak kerajaan. Penulis tersebut juga mengingatkan Wardina agar berhati-hati sebelum membuat sebarang kenyataan.
Sebelum ini, Wardina juga pernah dikritik hebat didalam blog-blog politik apabila gambarnya didalam satu program ceramah Pakatan Rakyat tersebar di internet. Akibatnya, artis tersebut terpaksa "bercuti" selama hampir 2 minggu dari ke udara di rangkaian televisyen tempatan.
P/S: Biasa le puak2 umnopro ni,kalau ade artis2 atau selebriti yg buat ulasan dari mengampu puak2 bn ni mula le deme kate macam2,mulalah dibuka kisah lama2 dulu ...asyik nak mengaibkan org je lah keje umno ni.Kalau wardina bagi ulasan yg memuji2 kerajaan aku ingat wardina pasti cepat dapat gelaran datuk atau pingat kebesaran...
Memang betul lah kate wardina tu ,aku pun sokong gak,berape kerat le sangat anak2 menteri tu yg sekolah kerajaan,mana idaknya deme bukannya cerodik pun,malu le nak sekolah kat malaysia ni,tu yg anto anak2 belajo jauh2,bodoh pun kan org tau...dak gitu....
No comments:
Post a Comment