Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberitahu pilihan raya umum boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja dan ia tidak berikat kepada keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) mengenai penambahbaikan pilihan raya.
Namun katanya, kerajaan akan cuba melaksanakan sebarang cadangan penambahbaikan yang dibuat oleh jawatankuasa itu sebelum pilihan raya umum.
"Kami akan cuba, pasti ada sesuatu yang boleh dilakukan dengan kadar segera, sesuatu yang mungkin akan mengambil sedikit masa. Jadi, apa yang kita boleh lakukan dengan segera, kita akan lakukannya dengan segera," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato'Onn semalam.
Najib yang juga presiden Umno berkata bentuk-bentuk penambahbaikan pilihan raya akan dibincangkan dan ditentukan oleh semua wakil parti-parti politik yang menyertai jawatankuasa tersebut.
Najib juga memberitahu, jawatankuasa itu hanya akan diketuai oleh parti majoriti dan bukannya pembangkang.
Beliau juga berkata pengagihan jumlah wakil jawatankuasa secara sama rata seperti yang dituntut oleh pembangkang juga tidak akan dipertimbangkan kerana ia bergantung kepada kekuatan sesuatu parti.
Minggu lalu, Pakatan Rakyat mengemukakan tujuh syarat untuk menyokong jawatankuasa itu antaranya ia mestilah diketuai oleh parti pembangkang.
Pengarah Stretegi PKR, Rafizi Ramli berkata, tujuan utama Pakatan mahu meletakkan wakilnya untuk mengetuai jawatankuasa mengenai reformasi pilihan raya itu adalah untuk mengelakkan sebarang manipulasi oleh parti pemerintah.
“Kalau jawatankuasa itu diketuai oleh Umno atau orang yang rapat dengan pimpinan kerajaan sekarang, sudah tentu ada risiko (iaitu) agenda jawatankuasa tersebut disalahguna untuk melengah-lengahkan dan juga memberi kelebihan (kepada Umno-BN),” katanya ketika dihubungi Tv Selangor minggu lalu.
Menurut Rafizi, kesangsian terhadap ketelusan Najib semakin meningkat apabila perdana menteri itu gagal mengotakan janjinya terhadap tuntutan rakyat untuk berkumpul di Stadium Merdeka ketika himpunan Bersih 9 Julai lalu.
Malah beliau turut menyatakan kekhuatirannya sekiranya jawatankuasa ‘dwi-partisan’ itu nanti hanya bertujuan untuk meredakan kemarahan rakyat yang sedang memuncak terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) walhal berniat melengah-lengahkan reformasi pilihan raya.
“Rakyat mahukan jawapan dan tindakan daripada mereka (kerajaan). Jadi saya rasa Najib sekurang-kurangnya perlu memberi tindakbalas. Tapi tindakbalas yang bagaimana? Kalau ianya hanya pengumuman, kemudian tidak ada tindakan konkrit dan melangkah ke pilihan raya umum tanpa melakukan perubahan yang dituntut oleh Bersih.

No comments:
Post a Comment