SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Monday, July 18, 2011

PERGINYA 'MUTIARA ' INI


SAF KEPIMPINAN DEWAN MUSLIMAT PAS TAPAH MENGUCAPKAN SALAM TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAMAH DR LO' LO' ATAS PEMERGIAN BELIAU KE RAHMATULLAH.MOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ROHNYA.MARILAH KITA MENERUSKAN PERJUANGAN BELIAU .


Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali yang menerima rawatan kerana kanser di Hospital Selayang meninggal dunia malam ini.

Perkara itu disahkan oleh Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

“Ya, saya pun baru dimaklumkan mengenai berita ini. Tapi saya belum ada butiran lanjut,” kata seorang lagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Wakil rakyat penggal pertama itu meninggal dunia kira-kira 10.13 malam tadi, kata seorang anggota keluarga menerusi khidmat pesanan ringkas atau SMS.

Jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan esok, kata anggota keluarga itu.

“Jenazah akan diuruskan pagi esok, akan dibawa ke Masjid Al-Akram, Datuk Keramat,” katanya.

Maklumat daripada ibu pejabat PAS menyebut jenazah akan diuruskan sekitar 8 pagi esok.

Sejak tengah hari tadi, khabar angin mengatakan Dr Lo’ Lo’ yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat telah meninggal dunia disebarkan melalui khidmat pesanan ringkas SMS dan laman sosial Facebook dan Twitter.

Bagaimanapun ia dinafikan oleh pemimpin-pemimpin kanan parti yang secara kebetulan mengadakan mesyuarat di Ampang pagi tadi.

Dr Lo’ Lo’, 54, sebelu ini berada dalam keadaan kritikal kerana kanser yang dihadapinya dan dirawat di Hospital Selayang.

Dr Lo'Lo juga adalah anak perempuan kepada bekas mufti Perak, Datuk Mohd Ghazali Abdullah.

Beliau sangat aktif dalam Dewan Muslimat PAS tetapi sejak 8 Mac 2008 dan banyak menumpukan perhatiannya kepada parlimen Tititwangsa, yang dimenanginya apabila menewaskan calon Barisan Nasional(BN), Aziz Jamaluddin Mohd Tahir dengan majoriti 1,972 undi.
Beliau juga merupakan wakil rakyat kelima dari PAS meninggal dunia selepas pilihan raya umum 8 Mac 2008.

Sebelum ini PAS kehilangan Ahli Parlimen Bukit Gantang dan disusuli Adun Permatang Pasir, Manek Urai dan Galas.

Kekosongan kali ini tidak akan membawa kepada pilihan raya kecil.

No comments:

Related Posts with Thumbnails