SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Wednesday, May 25, 2011

DAP LANCAR ROKETKINI

Dalam usahanya untuk menonjolkan imej sebagai parti untuk semua, DAP hari ini melancarkan portal berita bahasa Melayu - Roketkini.

Portal yang memfokuskan kepada berita dan analisis itu khusus untuk menarik sokongan pengundi Melayu, yang selama ini dianggap anti-DAP.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang juga setiausaha agung parti itu, melancarkan portal berita itu dan mengumumkan Wan Hamidi Hamid sebagai editornya.

Lim memberitahu wartawan bahawa Roketkini akan menjadi wadah untuk menyampaikan dan membetulkan isu-isu yang dieksploitasi oleh pembangkang untuk memburukkan imej DAP.

Beliau mendakwa, media BN telah berjaya memanipulasi persepsi palsu bahawa DAP anti-Melayu,.

"Kita terima bahawa mereka telah berjaya...jadi kita mengambil usaha untuk memperbetulkan perspektif tersebut.

"Ini adalah satu usaha untuk membuktikan bahawa perjuangan DAP adalah untuk semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum dan agama," kata Lim.

No comments:

Related Posts with Thumbnails