Politik Baru Pakatan Rakyat bukan menentukan siapa yang akan diangkat menjadi pemimpin, tetapi ia suatu politik yang mempunyai agenda tersendiri yang telah dipersetujui bersama, iaitu menumbangkan BN dalam pilihanraya umum akan datang.
Tindakan pemimpin BN yang turut menamakan dan menonjolkan tokoh-tokoh tertentu dalam Pakatan Rakyat dengan tujuan 'memecah belahkan' pemuafakatan Pakatan Rakyat adalah permainan 'Politik Lama'.
Umno, MCA dan kerajaan Barisan Nasional sengaja memainkan sentimen perkauman bagi menakut-nakutkan rakyat di negara ini.
Adu domba BN telah lama diamalkan, antaranya, MCA cuba menakutkan rakyat terhadap PAS agar orang Cina tidak memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.
Umno pula sering mengulang-ngulang kenyataan supaya orang Melayu berhati-hati, kerana nanti orang Melayu akan hilang PM dan Cina pula jadi PM, merupakan taktik BN cuba mengelirukan rakyat
Rakyat kini ramai yang telah sedar dan tidak akan 'terpesong' dengan akibat propaganda 'murahan' Umno-BN berunsur perkauman.
Pakatan Rakyat telah memberi jaminan, dengan persetujuan parti-parti bergabung, menandatangani dasar-dasar yang sama, yang akan berlaku adil terhadap semua bangsa, merupakan satu pakatan politik yang bersih dan ikhlas.
Antara pemimpin BN yang 'gatal' mulut menamakan Perdana Menteri Pakatan Rakyat, sekiranya diberi mandat memerintah Malaysia ialah Presiden MCA Chua Soi Lek.
Chua mendakwa Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak akan dipilih sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13, akan datang.
Kenyataan Chua menunjukkan kebanyakkan pemimpin Barisan Nasional (BN) tidak faham, muafakat Pakatan Rakyat.
Perjuangan Pakatan Rakyat bukan bagi menentukan siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri, Menteri-menteri serta wakil rakyat.
Justeru itu, pemimpin Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS, DAP dan PKR harus fokus kepada kerja masing-masing kerana senario politik kini menunjukkan rakyat mempercayai pakatan 'politik baru ini.
Pakatan Rakyat boleh bersatu serta menjanjikan sesuatu yang lebih baik dan telus.
***Ulasan Diatas adalah Intipati Ucapan Pengarah Strategik PKR yang juga Ahlli Parlimen Batu, Tian Chua, ketika menyampaikan ceramah di Bukit Payung, 31 Julai lalu
SAHABAT2 SEPERJUANGAN
Followers
Thursday, August 5, 2010
POLITIK BARU PAKATAN RAKYAT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment