Assalammualaikum,buat semua ibu-ibu di Malaysia,aku mewakili AJK DMP Tapah ingin menyampaikan ucapan Selamat Hari Ibu buat semua wanita yang bergelar ibu.
Sesungguhnya tiada yang lebih bernilai dan istimewa bagi seorang wanita bila ianya bergelar ibu.Didunia ini berbagai jenis ibu ,ada ibu yang begitu menyanyangi anak-anaknya,ada ibu yang tak kisah dengan anaknya,ada ibu yang terlalu manjakan anaknya,ada ibu yang tak ambil tahu pun anaknya.
Walaupun begitu mereka-mereka ini masih ada juga naluri keibuannya,walaupun kekadang dari mata kasarnya ada ibu yang tak menunjukkan kasih sayangnya secara terus terang terhadap anak-anaknya.
Seorang ibu mudah tersentuh dengan segala percakapan anak-anaknya,hati mereka mudah terdetik dan kekadang cepat benar tersinggungnya.Sebagai anak fahamilah,bahawa suatu hari nanti ,bagi yang wanita akan merasai bagaimana hati seorang ibu.
Pada mereka yang masih punyai ibu,janganlah diabaikan ibu anda,lindungi mereka,ziarahi,lawati dan sentiasalah beri kasih sayang yang tidak berbelah bagi.Selagi mereka masih ada,taburilah mereka dengan setulus kasih ,hamparkan mereka segunung sayang,uliti mereka dengan secangkir haruman rindu yang tidak akan padam selamanya.
Bagi aku,hari ibu tidaklah seindah insan lain lagi, sudah tujuh tahun ibu meninggalkan aku,perginya tiada penganti,perginya ibuku satu kehilangan yang terlalu perit dan pedih untuk aku ingati.Tiada lagi teman berbicara,bercerita tentang anak cucunya,tiada lagi celoteh dan ingatan untuk aku lagi dalam mengharungi kehidupan ini.Namun ,semua pengajarannya pada aku tetap aku ingati dan aku kenang sampai kini.
Sesungguhnya ibu bukan hanya ratu hati,ianya penawar hati yang gundah ketika diri sedang sarat dengan masalah diri.Ibu tempat mengadu ,ibu juga tempat curahan diwaktu kehibaan.
Sayangi ibu anda,sebagaimana dia menyanyangi dan mendambakan hidupnya kepada kita sejak dalam kandungan hingga kini.
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
No comments:
Post a Comment