SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Thursday, May 13, 2010

BATAL SEGERA LESEN JUDI PIALA DUNIA 2020

http://buletinonline.net/images/stories/berita25/xjudibola.gifKemaskini - Pemuda PAS Wilayah Anjur Demo
Berikutan tindakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional yang menguasa kerajaan Pusat mengeluarkan lesen judi bolasepak piala dunia, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) akan mengadakan satu demonstrasi aman bagi menyaurakan bantahan.

Pemangku Ketua DPPWP, Herman Shamsudin membuat makluman demikian kepada semua media dalam satu kenyataannya yang dikeluarkan malam ini, 12 Mei.
Demo tersebut akan diadakan pada
14 Mei 2010 / 29 Jamadilawal 1431 (JUMAAT), Perkarangan Masjid Jamek Kg. Bharu, Kuala Lumpur, sebaik selesai menunaikan solat Jumaat.


Tindakan Kerajaan Umno/BN Di Selar


Dewan PEMUDA PAS Pusat (DPPP) menyelar tindakan Kerajaan Malaysia yang telah meluluskan lesen perjudian sempena Bola Sepak Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung di Afrika Selatan bulan depan

Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan telah melulus serta mengeluarkan lesen judi tersebut dan secara rasminya telah meng’anugerah’kan kepada Kumpulan BERJAYA semalam.


Perkara ini amat dikesali kerana memandangkan sebelum ini banyak bantahan telah dibuat namun kerajaan seolah-olah sengaja mengambil sikap tidak peduli serta memandang lekeh pandangan yang telah dikeluarkan oleh bukan sahaja daripada golongan rakyat biasa malah turut disumbang oleh ahli agama.

DPPP amat kesal dengan sikap yang ditunjukkan oleh kerajaan yang sebelum ini kononnya menjuarai isu arak dan moral ketika berkempen di Hulu Selangor pada Pilihan Raya Kecil P094 yang lalu. Dimanakah pendirian mereka yang sebelum ini begitu galak berdemonstrasi memperjuangkan kalimah ‘ALLAH’.

Jelas Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh UMNO/BN hanya menggunakan agama demi untuk kepentingan politik dan kononya mahu mendaulatkan Islam di Malaysia ini hanyalah sekadar retorik semata-mata.


Oleh itu, DPPP mendesak agar kerajaan segera mengambil tindakan tegas dengan membatalkan lesen yang di keluarkan. DPPP juga menggesa supaya kerajaan lebih prihatin dengan umat Islam di Malaysia dengan membuat penyelidikan sebelum meluluskan sesuatu lesen.


USTAZ. AZMAN SHAPAWI ABD.RANI

Timb. KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

1 comment:

Hasrul Nizam said...

Salam ziarah,

BILA PEMIMPIN SESAT, ULAMA TUNJUKKAN JALAN,
KALAU PEMIMPIN BUTA, ULAMA BAGI TONGKAT,
KALAU PEMIMPIN TERSILAP, ULAMA TOLONG INGATKAN,
KALAU PEMIMPIN LEKA, ULAMA BAGI NASIHAT.

Tapi mane yee ulama2 terutama yang dlam kerajaan senyap je? pelik3...

Related Posts with Thumbnails