SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Wednesday, April 14, 2010

MARI GEMPUR HULU SELANGOR

KUALA LUMPUR, 14 April: Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad (gambar) menyeru seluruh jentera Pakatan Rakyat khususnya anggota dan penyokong PAS untuk memberikan fokus sepenuhnya bagi menggempur Parlimen Hulu Selangor.

PAS, katanya mahu setiap anggota parti, sama ada ahli biasa, pimpinan, para penyumbang dana, blogger, penceramah bebas dan sebagainya memberikan bantuan sepenuhnya kepada calon dari Parti Keadilan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim.

Menurutnya, pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor adalah peluang terbaik untuk menegur kelemahan pentadbiran kerajaan serta membongkar kezaliman BN.

“PAS berharap agar jentera Pakatan turun ke setiap rumah-rumah pengundi untuk menyampaikan maklumat sebenar terhadap situasi negara kini, di samping mendengar sendiri luahan hati rakyat yang dizalimi BN selama ini.

“Peluang pilihan raya kali ini juga harus dimanfaatkan oleh jentera PAS untuk menyampaikan dakwah Islam serta memberikan kesedaran kepada rakyat untuk lebih mendekati Islam yang sebenarnya,” ujarnya.

PAS juga, katanya menyeru seluruh jentera yang turun di Hulu Selangor agar dapat menunjukkan komitmen dan akhlak yang baik, di samping mengelakkan provokasi yang boleh memburukkan imej Pakatan.

“PAS yakin Hulu Selangor akan kekal di tangan Pakatan dan para pengundi wajib mengambil peluang ini untuk keluar mengundi calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim,” ujarnya lagi.

No comments:

Related Posts with Thumbnails