SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Tuesday, March 2, 2010

MALAM CNY GALA NITE: BERSAMA PIMPINAN PAKATAN RAKYAT


Pimpinan PR berada dipentas mengucapkan Gong xi Fa Cai dan acara seisi bergambar .
Dato Seri Nizar dalam ucapan yang penuh bersemangat mengharapkan agar semua yang hadir memastikan Perak akan diambil semula oleh PR dan mengharapkan keharmonian yang dicetuskan oleh PR selama 11 bulan memerintah dulu akan terus dikecapi oleh rakyat negeri Perak.
Dato Ngeh Koo Ham sedang menyampaikan ceramah dimajlis itu,beliau mengharapkan rakyat Perak terus bersatu demi mempertahankan demokrasi yg kini dicabuli oleh pemerintah sendiri,iaitu BN yang akan tumbang di PRU 13 nanti.
Ketibaan Dato Seri Nizar di sambut dengan tarian singa dan diberi tepukan dan sorakan yang meriah dari mereka yang hadir.
AJK Dewan Harian DMP Tapah yang juga di jemput untuk bersama dalam majlis ini.
Sempat juge bergambar dengan Dato Seri Nizar,YB Chang Lin Kang dan YB Leong Mee Meng,kat sebelah aku tu winnie member PR dari DAP Chenderiang.
Antara VVIP yang hadir......
Dua meja khas disediakan untuk masyarakat orang asli.....tu deme le tengah menjamu selera.

Ramai yang hadir pada malam itu,meja juga diletakkan diluar dewan bagi memenuhi permintaan rakyat untuk makan dan mendengar amanat dari pimpinan.YB Janice Lee sedang berucap.
Antara para tetamu yang hadir,mereka sentiasa sporting bile disuruh pose....begitu harmoni dan banyak kesepakatan yang dapat kita terjemahkan dalam himpunan yang sebegini.
Meja AJK PAS Kawasan,PKR berhadapan pentas utama.
Masyarakat orang asli juga memberi tumpuan dan perhatian terhadap ucapan oleh Dato Seri Nizar.
Antara pimpinan PAS Kawasan dan Pemuda yang hadir....ni kire semua dah kenyang le ni..Encik Din kite ni tak sediakan dessert kat deme ni kot....buah limo aje dibaginya...
Unit Amal yang sentiasa beramal...bile dah buat koje..memang patut le deme ni kite jamukan dengan ikan beso tu...makan...makan jangan malu ye..yg tengah tu pun tak lame lagi nak jadi pengantin..jadi kene mancho ckit makan tu...lagi handal deme ni dengan botol cili sekali deme sental..
Dah terang meja ni..menu seterusnya belum sampe lagi kite anto sms dulu le...
Sambil mendengar ucapan,tetamu juga menjamu selera...banyak juadah yg disediakan....keme punya menu dari Din Cat Caterer je...tomyam,ayam goreng ,ikan talapia bercili ,kari daging power dan buah2an....sedap2 belaka terima kasih s idaun keladi....kalau sudi jemput le kami lagi....

No comments:

Related Posts with Thumbnails