SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Monday, February 1, 2010

PAS TETAP KEKAL DALAM PAKATAN RAKYAT.

KUALA LUMPUR, — Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata soal parti itu akan meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) tidak timbul meskipun wujud krisis membabitkan pemimpin komponennya, yang terbaru antara PKR dan DAP.

“Perkara ini tidak timbul. Kami ada berbincang mengenai ini semalam dan kami diberi penerangan tentang perkara ini dan perkara ini dirujuk kepada jawatankuasa disiplin PKR,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Mustafa ditanya sama ada pertelingkahan antara DAP dan PKR di Pulau Pinang akan menyebabkan PAS mengkaji semula kedudukannya dalam PR.

Krisis terbaru tercetus ekoran kenyataan Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim yang melabelkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebagai diktator dan berfikiran komunis.

Ekoran kenyataan itu mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat PKR semalam memutuskan untuk merujuk Zahrain kepada lembaga disiplin.

Zahrain didakwa mengetuai sekumpulan ahli Parlimen PKR untuk menyertai Barisan Nasional (BN), yang membolehkannya memperoleh majoriti dua pertiga di Parlimen.

Minggu lalu PKR memutuskan untuk merujuk Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin kepada lembaga disiplin kerana membuat laporan polis terhadap Khalid Samad dari PAS agar disiasat di bawah Akta Hasutan kerana meminta enakmen agama Islam Selangor dipinda.

Mengenai jawatankuasa disiplin PR, Mustafa berkata ia hanya akan memainkan peranan sebagai ‘penasihat’ buat peringkat ini.

“Terma rujukan belum digariskan tetapi ada garis panduan untuk memberi nasihat kepada kes-kes yang ada,” katanya.

Mengenai dakwaan Exco Pemuda PAS Pusat, Abdullah Karim bahawa parti terlalu ‘dingin’ dalam menangani kes-kes disiplin, Mustafa berkata beliau masih mengkaji laporan yang dikemukakan oleh Abdullah.

“Saya akan memanggil beliau dalam sehari dua ini,” kata Mustafa.

Kes-kes disiplin akan dirujuk kepada setiausaha agung sebelum dipanjangkan kepada jawatankuasa disiplin.M/I

No comments:

Related Posts with Thumbnails