SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Saturday, November 28, 2009

UCAPAN YDP PAS TAPAH SEMPENA AIDILADHA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang,
Assalamualaikum wrt. wbt.

UCAPAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA EIDUL ADHA DAN SELAMAT MELAKSANAKAN IBADAH HAJI DAN QURBAN

Kepada semua saf kepimpinan PAS Kawasan Tapah, Urusan Ulama, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat, Ketua & AJK Cawangan-cawangan, semua ahli-ahli PAS Kawasan tapah, Semua warga Parlimen Tapah, Anak-anak Tapah diperantauan muslimin muslimat yang dirahmati Allah sekelian.

Bersempena dengan hari raya eidul adha ini saya mewakili saf kepimpinan PAS Kawasan Tapah mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Adha dan Maaf Zhahir Dan Batin kepada semua warga Parlimen Tapah dan mohon keampunan sekiranya ada salah dan silap kemaafan jua yang kami harapkan.

Kepada mereka yang menunaikan haji ke baitullah kita mendoakan semoga diberi Allah akan Kekuatan, Kesihatan dan dapat menunaikan ibadah haji dengan sempurna dan mendapat haji yang "mabrur" dan selamat kembali ketanah air insyaallah. Kepada mereka yang menunaikan ibadah qurban pula semoga ianya diterima allah sebagai amal soleh dan diberi ganjaran didunia dan diakhirat akan fadhilat dan pahala dari ibadah qurban yang hukumnya sunat muakkad dan amat digalakkan oleh Islam.

Muslimin dan muslimat sekelian,

Ummat Islam dari seluruh dunia berkumpul dan bersatu di tanah suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji. Simbolik dari penyatuan ini menghendaki supaya ummat Islam bersatu dengan mentauhidkan Allah dengan mengenepikan perbezaan negara, bahasa, kaya atau miskin semuanya hamba Allah dan mulia disisi Allah ialah mereka yang bertaqwa. Simbolik daripada ibadah haji ini juga adalah mewajibkan kita" berjamaah" untuk meneruskan perjuangan Nabi Muhammad untuk menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran ( Amal Maaruf Nahi Mungkar )

Pengajaran peristiwa besar pengorbanan Siti Hajar yang tabah dan taat akan perintah Allah yang ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim ditengah padang pasir bersama anaknya Nabi Ismail merupakan model muslimah yang wajib dicontohi. Manakala kesediaan Nabi Ibrahim untuk melaksanakan perintah Allah untuk menyembelih ( Qurban) anaknya Nabi Ismail merupakan model Agong kaum muslimin untuk berjihad dan berjuang yang sanggup mengorbankan anaknya sendiri demi melaksanakan perintah Allah. Atas ketaatan dan pengorbanan tinggi itulah Allah menggantikan Nabi Ismail itu dengan seekor kibas yang menunjukkan hingga ketahap optimum iman dan taqwa barulah datang pertolongan Allah. Begitulah kita yang berjuang untuk menegakkan Islam dimuka bumi Allah ini.

Kesanggupan Nabi Ismail yang bersedia untuk disembelih oleh Nabi Ibrahim hanya semata kerana melaksanakan perintah Allah juga boleh menjadi model kepada golongan remaja dan pemuda kita dewasa ini. Inilah contoh pemuda yang perlu kita lahirkan untuk kemenangan Islam dewasa ini. Allah telah mengatakan agar kita persiapkan segala kekuatan yang termampu untuk berhadapan dengan musuh-musuh Islam Yahudi dan Nasrani yang menyerang ummat Islam diseluruh dunia dari segenap sudut.

Mudah-mudahan dengan sambutan perayaan eidul adha kali ini, pengajaran ibadah haji, pengobanan dan ketaatan Nabi Ibrahim, Siti Hajar, dan Nabi Ismail akan dapat merangsang semangat dan keimanan kita untuk melipatgandakan usaha serta kerja buat untuk melebarkan lagi dakwah islamiah dalam Parlimen Tapah ini dengan menambah keahlian,cawangan, pendaftaran pemilih, sokongan dan dokongan dari semua pihak dan bagi memungkinkan kita mencapai kemenanangan dalam pilihanraya ke 13 di Parlimen Tapah, DUN Cenderiang dan DUN Ayer Kuning InsyaAllah.

Sekian. Terima Kasih.

Saudaramu dalam Islam,

ABDUL RAHIM BIN MOHD. NOORDIN
Yang DiPertua PAS Kawasan Tapah.

No comments:

Related Posts with Thumbnails