SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Monday, November 23, 2009

MAJLIS IHTIFAL MTI SG GADING










Tarikh : 21 November 2009
Masa : 09.30 pagi
Tempat : Dewan Madrasah Islamiah Sg. Gading
Perasmian oleh : Abdul Rahim Bin Mohd. Noordin ( Yang Dipertua PAS Kawasan Tapah )
Pengerusi MTI : Tn. Hj. Ahmad Othman Maseri
Setiausaha : Cikgu Danian B. Hamid
Mudir : Ustaz Taufiq B. Mohd. Yusof
( Ucapan Aluan Mudir )
1) Mengucapkan terima kasih pada pengerusi, perasmi , ibubapa, guru-guru, kakitangan murid-murid dan semua yang hadir majlis ihtifal
2) Beliau menyatakan sudah hampir 22 tahun MTI ditubuhkan dan Alhamdulillah dapat terus istiqamah hingga hari ini. Maahad Tahfiz Al-Quran juga baru ditubuhkan dan memerlukan sumbangan dan sokongan semua pihak. Seterusnya beliau mengucapkan terima kasih pada semua penderma dan yang terlibat menjayakan majlis ihtifal 2009 ini.

Aturcara Majlis : Alunan Wahyu ( Adik Abu Hasan )
Ucapan Aluan Mudir ( Ustaz Taufiq B. Mohd. Yusof )
Ucapan Perasmian oleh Sdr. Abdul Rahim B. Mohd. Noordin
( YDP PAS Tapah )
  • Beliau membacakan satu hadith yang bermaksud sebaik-baik umat ialah yang belajar Al-Quan dan Mengajarnya.
  • Mengucapkan terima kasih pada MTI kerana sudi menjemput beliau untuk merasmikan Majlis Ihtifal MTI 2009 ini.
  • Beliau mengingatkan kembali akan susahpayah Pengerusi dan Pengasas MTI Tn. Hj. Othman Maseri untuk membangunkan MTI ini.
  • MTI banyak berjasa melahirkan pimpinan Islam khususnya di negeri Perak apabila mereka kembali ke khariah masing-masing setelah melanjutkan pelajaran menengah dan universiti.
  • Beliau melahirkan rasa insaf akan sumbangan dan pengorbanan pengerusi, mudir, setiausaha , guru-guru dan semua kakitangan yang membangunkan MTI.
  • MTI banyak jasanya dalam perkembangan dakwah Islam dan harakah islamiah khususnya di tapah ini.
  • Beliau menyarankan agar PIBG ditubuhkan.
  • Selain Penekanan kepada Penguasaan Bahasa Arab, Bahasa,Inggeris, Mandarin (Cina), tamil dan sebagainya perlu diteroka untuk meluaskan medan dakwah kepada bangsa lain.
  • Tarbiyah Islamiah perlulah dimulakan dengan pendidikan Fikrah, Pemikiran kerana proses menerima maklumat adalah melalui otak manusia. Pemikiran mestilah Islamik yang bersandarkan pada Al-Quran dan As-Sunnah dan tidak mudah diserang oleh pemikiran barat yahudi dan Nasrani yang menyerang Islam melalui pemikiran.Ada maklumat mengatakan zaman internet ini dalam 1 saat lebih kurang 1000 trilion maklumat tersebar di internet. Bayangkan bagaimana kita hendak proses informasi ini jika tidak dengan pemikiran yang Islamik yang tahu membezakan halal dan haram yang benar dan yang salah. Ramai diluar sana yang bijak pandai tetapi mereka belum tentu cerdik. Orang yang cerdik ialah mereka yang bersama dengan perjuangan Islam dan berjuang supaya Al-Quran memerintah bukan Al-quran diperintah. Selain itu tarbiyyah Fizikal dan Rohani perlu ditekankan. Allah suka pada mereka yang kuat dan menyuruh ummat islam mempersiapkan segala kekuatan yang termampu untuk menghadapi musuh islam. Semua potensi perlu digembelingkan dan dimenafaatkan. Beliau mengingatkan agar berhati-hati dengan bahan makanan yang banyak bercampur dengan bahan yang tidak halal seperti gelatin babi dan sebagainya. Beliau juga memberi peringatan kepada semua murid supaya taat guru-guru, ustaz dan ustazah supaya mendapat keberkatan belajar. Syabas pada semua dan teruskan perjuangan. Dengan lafaz Bismillah................. Majlis Ihtifal MTI 2009 dirasmikan.
Persembahan Pelajar : Nasyid Perempuan
: Nasyid Lelaki
Pelajar Terbaik : Aishah Bt Jali.
Ketua Pelajar : Mohd. Najib B. Mohd. Johar

Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang, Pengawas tahun 6, Penyampaian Sijil Tamat Belajar Tahun 6 ,Cenderahati kepada Pengerusi, Perasmi, Tenaga Pendidik dan Kakitangan Sekolah, Tandatangan Buku Rekod, Jamuan Dan Bersurai.

No comments:

Related Posts with Thumbnails