SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Thursday, June 13, 2013

BLOGGER MANE YANG BERANI???

 Rase2nye dalam hal ni sape yg berani??Blogger PR atau blogger pro Umno???Kalau suka buat fitnah dan buat cerita2 tak betui memang le tak berani nak dedahkan nama atau gambor sebenar.....

Apa2 pun kita tengok aje le tindakan selanjutnya....adakah benar penguatkuasaan akan berlaku terhadap para blogger2 yg 'anonymous'..ni..

Apa yg aku tahu aku tetap aku....dulu dan selamanya tak pernah main sorok2 muke....berani kerana benar...berani buat berani tanggung le...

Dan yg paling aku tunggu adalah nak nengok sangat muke blogger2 umno yg suke menulis dan buat cerita2 busuk...


Kuala Lumpur: “Tiada lagi penulis ‘anonymous’ dalam media sosial sama ada blog atau portal dibenarkan seperti yang ada sekarang ini apabila kerajaan menguatkuasakan peraturan semua pemilik blog dan portal mesti meletakkan maklumat serta identiti sebenar,” tegas Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri menegaskan, langkah itu bagi memastikan maklumat yang disampaikan tidak mengandungi unsur fitnah yang boleh merosakkan perpaduan selain mahu penulis blog bertanggungjawab terhadap penulisan mereka.

Beliau berkata, cadangan tersebut sebagai garis panduan operasi media sosial tidak terus disalahgunakan.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan tidak akan mengeluarkan lesen portal berita seperti dilaksanakan negara jiran, namun bagi memelihara keharmonian nasional penguatkuasaan undang-undang sedia ada akan dilaksanakan.

“Kerajaan akan mencadangkan supaya kawal selia sendiri dilaksanakan jika tidak, pihak berkuasa yang bertanggungjawab akan mengambil tindakan terhadap pemilik blog dan portal yang gagal berbuat demikian. 

“Ia bagi memastikan mana-mana pihak yang cuba menanam perpecahan menggunakan elemen ras, agama, bahasa atau cuba memperkecilkan institusi raja berperlembagaan mahukan cuba menggulingkan sistem demokrasi berparlimen diambil tindakan sesuai dengan peruntukan undang-undang yang sedia ada,” katanya dalam ucapan pada Malam Wartawan Malaysia 2013 dan Penyampaian Hadiah Kewartawanan Malaysia Institut Akhbar Malaysia (MPI)-Petronas 2012 di sini malam tadi.
Related Posts with Thumbnails