SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Wednesday, March 28, 2012

ORANG ASLI MAKIN HEBAT ......ORANG MELAYU??

Perangai Umno ni masih tak berubah,nak tuduh tapi tak ade fakta dan bukti ,nak memburukkan negeri Kelantan tak abis2 lagi ....kesian umno terpaksa guna cara lama ni supaya Tuan Guru dan kepimpinan nampak teruk di mata mesyarakat...

Namun orang-orang asli di Kelantan memang celik dari orang-orang melayu Malaysia...mereka sanggup turun ke Perlimen untuk mempertahankan kerajaan negeri yang selama ini asyik di tuduh oleh puak2 umno yang bodoh serta buta mata dan buta hati.

Tengok kat bawah ni mereka berani buat sidang akhbar..ada ke orang2 melayu yang boleh buat macam ni..kalau ada pun tentu le orang2 umno kot yang mana mereka akan buat sidang akhbar yang menunding jari kepada kerajaan Pakatan Rakyat je..lepas tu semua media pulak siarkan le hari2.......

Hebat orang2 asli,mereka telah celik dan mereka tahu apa yang kerajaan Kelantan telah lakukan demi kepentingan hidup mereka..orang2 melayu masih di tahap rendah,tidak boleh berfikir dan tidak bersikap profesional atas segala tindakan....

KORANG BACA KAT BAWAH NI SETERUSNYA...................



Masyarakat Orang Asli Kelantan hari ini melahirkan rasa kecewa dan terkilan dengan pihak tertentu yang menuduh kerajaan negeri pimpinan PAS telah merampas tanah mereka sedangkan ianya sama-sekali tidak berlaku.Sekumpulan 10 orang mereka yang hadir ke Parlimen hari ini menafikan tuduhan tersebut malah menganggapnya sebagai fitnah didalangi pihak berkepentingan.Malah kata wakil Orang Asli Kelantan Ajom Alang, Kerajaan Kelantan yang diterajui PASlah satu-satunya kerajaan negeri yang berusaha untuk memberi hak milik tanah kepada mereka.
“Bermacam-macam tomahan dan tuduhan fitnah bahawanya kerajaan negeri di bawah YAB Tuan Guru (Datuk Nik Abdul Aziz) merampas tanah-tanah Orang Asli.

“Fitnah itu tak betul, sebenarnya kerajaan negeri pimpinan tuan guru pada hakikatnya telah meluluskan dan mewartakan tanah-tanah itu untuk memberi hak milik kepada sebahagian masyarakat Orang Asli di Gua Musang,” katanya pada sidang media di lobi parlimen .


Turut serta pada sidang media itu Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Siti Zailah Mohd Yusof (Rantau Panjang), Mohammad Husin (Pasir Putih) Dr. Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) dan Abdul Aziz Abdul Kadir (Ketereh).

Sebelum ini, banyak pihak termasuk Umno Kelantan menuduh kerajaan negeri yang diterajui PAS merampas tanah daripada Orang Asli Hulu Kelantan untuk tujuan pembangunan.

Ianya termasuk tanah Orang Asli di Sendrop dan Blau.

Kerajaan negeri bagaimanapun menafikan dakwaan itu dengan mendakwa tanah yang dibangunkan di kawasan itu adalah milik kerajaan.

Menurut Ajom lagi, di Kelantan tidak ada tanah adat untuk Orang Asli mahupun tanah wilayah, cuma yang ada adalah tanah yang mahu digazet untuk Orang Asli pada zaman BN yang tidak selesai-selesai.

Maka katanya, tidak timbul langsung soal kerajaan negeri merampas tanah mereka.

“Zaman BN dulu mana ada org asli dapat hak milik. Adakah sekarang ini di negeri-negeri BN Orang Asli dapat hak milik? Saya rasa belum ada,” katanya.

Beliau turut menyelar pihak tertentu yang mempengaruhi Orang Asli untuk berdemonstrasi Januari lalu bagi membantah kerajaan negeri yang mahu membangunkan projek Ladang Rakyat di tanah-tanah Hulu Kelantan.

Malah kata mereka, Orang Asli sangat-sangat mengalukan Projek Ladang Rakyat dibuat kerana mereka akan mendapat banyak kebaikan dari projek itu.

Selain kebaikan dari sudut ekonomi mereka, projek itu juga akan mebawa kepada pembukaan jalan yang bekal memudahkan mereka.

“Saya rasa ini (demonstrasi) bukan tindakan Orang Asli sendiri tapi kemungkinan ada konco-konco lain dari belakang yang menghasut Orang Asli bertindak liar. Kita dari dulu lagi tak pernah demonstrasi bantah kerajaan negeri.

“Bahkan kita sebenarnya merayu kepada kerajaan negeri supaya selesaikan segera masalah tanah bagi membuktikan Kelantan negeri yang pertama berusaha memberi hak milik kepada Orang Asli di Malaysia,” katanya.



Thursday, March 22, 2012

KALAH LE PAKATAN RAKYAT KALAU RUPE NI???

Hebat le Najib kome dah ada penyokong setengah juta???Boleh le bubar parlimen cepat2 ni...mesti menang le ni...nampak gayenya idak merasa le PAKATAN RAKYAT nak ambik alih Putrajaya.

Agak2nya adakah mereka tu orang umno???lawak le pulak..terharu najib dengan berjuta2 rakyat sokong dia..Kalau lu berani ...sekarang juga lu bubar parlimen le....Nak buat cerita lawak le pulak puak2 pencacai ni....rakyat bukannya bodoh...semua maklumat di hujung jari je...siapa percaya memang bodoh le....


Jumlah pengikut Datuk Seri Najib Tun Razak di laman sosial Twitter dan Facebook masing-masing mencecah hampir 500 ribu dan sejuta.

Perdana Menteri dalam Tweetnya pada pukul 10.30 malam melahirkan rasa terharu atas sokongan yang diberikan itu selain mengucapkan terima kasih kepada para pengikut beliau.

“Terharu lihat pengikut Twitter hampir 500 ribu,” katanya dipetik Bernama Online. “Facebook pula sudah dekat satu juta. Terima kasih kepada semua pengikut saya.”

Beliau turut meminta pandangan rakyat untuk meraikan pengikutnya yang ke 500 ribu dan sejuta.

“Mungkin anda semua ada cadangan sempena mencecah pengikut saya yang ke 500 ribu dan sejuta?” katanya.

Semasa berita ini ditulis (11.35 malam), pengikut Najib di Twitter adalah seramai 498,527 orang manakala rakan Facebook beliau seramai 977,282 orang.

Pengikut di Twitter meningkat ke 498,627 kira-kira 10 minit selepas i

Monday, March 19, 2012

NAJIB BERTAMBAH YAKIN DAH????



Najib yakin beno nak merampas negeri2 Pakatan Rakyat ya??Ngape???Kerana Najib dan Umno menganggap rakyat boleh di beli dengan duit,rakyat percaya segala dakyah2 Umno yg di siarkan melalui media2 pencacai mereka.

Tengok ajelah di Perak sudah berapa kali Najib turun untuk,sabtu hari tu berjumpa dengan orang2 asli Tapah...apa lah agaknya yang Najib janjikan untuk mereka???

Takut sangat nampaknya Najib untuk membuat PRU 13 ni....4 kali turun Perak weh...jadi rakyat2 Perak jangan mudah percaya segala tipu muslihat Najib..kepada petugas2 PR di Perak diharap bersedia untuk berperang dangan tentera2 Umno yg terdiri dari badan2 kerajaan dan Umno akan mengunakan apa saja untuk memastikan mereka tetap menang.....



TENGOK AJE LAH APA NAJIB KATA KAN BAWAH NI...............



Seri Najib Tun Razak hari ini berkata beliau yakin dengan keupayaan Barisan Nasional (BN) untuk merampas negeri-negeri yang ketika ini dikuasai pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja lagi.

Perdana Menteri berkata ini berdasarkan kepada sokongan rakyat terhadap kerajaan yang semakin bertambah baik dan penerimaan dasar kerajaan ketika ini yang memberi tumpuan kepada usaha mentransformasikan negara.

Najib, yang juga Pengerusi UMNO Selangor, turut menyuarakan keyakinan bahawa negeri Selangor sendiri akan kembali ke pangkuan BN, selepas pembangkang gagal menunaikan banyak janji di negeri itu.

Katanya beliau bekerja keras untuk memastikan kemenangan BN kerana menurutnya hanya kerajaan BN sahaja yang mampu membawa pembangunan dan pembaharuan berterusan mengikut kehendak dan aspirasi rakyat.

"Asalkan BN menang, negara berjaya, rakyat Malaysia makmur dan negara maju jadi kenyataan, transformasi dapat dilaksanakan, baru dapat buat transformasi besar," katanya di hadapan lebih 20,000 orang yang hadir pada perhimpunan Perdana Menteri Bersama Rakyat di Sekolah Menengah Putra Perdana Puchong, di sini, Ahad.

Related Posts with Thumbnails