SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Sunday, March 27, 2011

SAYA DAH TAK MINAT LE..........

Ezam berkata beliau akan berjuang untuk membantu BN merampas semula Selangor.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Senator Ezam Mohd Nor berkata beliau tidak berminat untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya beliau akan menolak sekiranya ditawarkan oleh Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen.

Ini kerana, katanya beliau sudah serik dengan senario politik semasa yang dilihat telah banyak mengikis nilai moral manusia.

“Sehingga hari ini saya tidak ada perancangan ke arah itu (bertanding), bagaimanapun walaupun tidak bertanding saya akan tetap berjuang dan berusaha sedaya upaya membantu BN melawan mereka (pembangkang) dan membantu merampas kembali Selangor,” .

KISAH DENDAM LAMA !!!

Kes projek jambatan bengkok yang melibatkan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah lawan Merong Mahawangsa Sdn Bhd dan pengarah eksekutifnya Datuk Yahya A Jalil, bermula sebagai satu kes mahkamah biasa awal bulan, tetapi ia kini menjadi tumpuan pelbagai pihak.

Ini ekoran pengakuan Eskay sebagai sebahagian daripada 'Datuk T' yang terbabit dalam pendedahan video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Eskay dikatakan marah dengan ketua umum PKR itu kerana enggan memberi keterangan menyokongnya dalam kes samannya terhadap Merong and Yahya.

Berikutan peguam Eskay sendiri, CV Prabhakaran, telah menafikannya, maka kes ini mungkin boleh memberi klu mengapa Eskay begitu marah dengan Anwar dan mahu menjatuhkan ketua pembangkang itu.

Berikut ialah sorotan kes tersebut, di mana Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk VT Singham akan mengumumkan keputusannya pada 5 Mei depan:

Kes ini telah difailkan Eskay pada 2002 dan sebelum ini telah didengar oleh dua orang hakim, sebelum dipindahkan kepada Singham.

Eskay, yang merupakan pengarah syarikat Aman Agropreneurs Sdn Bhd, berkata dalam kenyataan tuntutannya bahawa pada sekitar 1998, Yahya (kanan) telah menemuinya untuk mendapatkan bantuannya memperolehi projek jambatan bengkok bagi menggantikan Tambak Johor.

Eskay berkata, dia telah dijanjikan 16.66 peratus saham dalam Merong Mahawangsa Sdn Bhd , di mana Yahya merupakan pengarah eksekutifnya, untuk mencari dana memandangkan dia mempunyai hubungan rapat dalam kerajaan serta di sebarang laut ketika berada di sana.

Thursday, March 24, 2011

DALANG-DALANGNYA IALAH............


MUNASABAH atau tidak? Pembikinan dan penayangan klip video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim didakwa diselaraskan di peringkat tertinggi kerajaan.

Ini bermaksud projek ini membabitkan Perdana Menteri, Najib Razak, sepupunya, Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein dan unit tertentu dalam Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia.

Cuba renungkan. Memiliki, malah apatah lagi menayangkan video berunsur lucah untuk tontonan orang lain adalah satu kesalahan jenayah di negara ini.

Bagaimanapun sekumpulan lelaki yang diketuai oleh seseorang yang mahu dikenali sebagai Datuk T boleh menawarkan pratonton khas kepada sebilangan wartawan kanan tempatan di sebuah hotel mewah di ibu negara tanpa “gangguan” polis.

Mungkin ketika itu polis belum dapat maklumat. Bagaimanapun Menteri Dalam Negeri selang beberapa jam tayangan video kepada wartawan itu dibuat segera membuat penafian bahawa polis terbabit dalam pembikinan dan penayangan video lucah itu.

Pun begitu, mungkin boleh diterima kenyataan Hishamuddin bahawa beliau memang baru menerima maklumat dan meminta sesiapa yang terbabit atau rasa teraniaya untuk membuat laporan polis.

Semalam Anwar membuat laporan polis di Balai Dang Wangi Kuala Lumpur. Hishamuddin memberi jaminan satu pasukan siasatan khas yang bertanggungjawab terus kepada Ketua Polis Negara ditubuhkan. Namun ketelusan pasukan ini meragukan.

Sepatutnya mengambil kira kecekapan Polis Diraja Malaysia, identiti Datuk T hari ini sudah boleh diketahui umum. Apakah payahnya untuk polis menyiasat dengan pihak hotel siapa yang membuat tempahan di Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu?

Mengandaikan polis sudahpun mengenalpasti Datuk T, adakah lelaki misteri itu sudah menyerahkan video berkenaan untuk siasatan lanjut? Tentu polis sudah tahu kandungan dan kini sepatutnya sudah mendapatkan salinan asal video untuk dibuat ujian forensik ke atas barang kes itu.

Rakyat mahu tahu hasil siasatan polis dari minit ke minit. Kes ini membabitkan maruah dan keluhuran sistem politik negara. Menteri, Perdana Menteri terutamanya, tidak wajar mengambil kesempatan untuk memperpanjangkan siasatan hanya untuk mempalit lumpur ke atas maruah Ketua Pembangkang dan Pakatan Rakyat.

Namun seperti lazimnya, Umno dan Barisan Nasional akan memerah seberapa banyak dividen politik daripada kes seumpama ini untuk tujuan kemenangan politik dalam saingan dengan Pakatan Rakyat yang semakin kukuh kewibawaan dan kemampuannya di mata rakyat.

Dilihat dari perspektif ini salahkah Anwar dan Pakatan Rakyat untuk merumuskan bahawa Datuk T mendapat kerjasama atau sekurang-kurangnya laluan mudah daripada pihak berkuasa untuk menyebarluaskan video lucah berkenaan?

Motif? Adalah terang dan nyata. Bagi yang jahil politik tentu akan dapat menyimpulkan bahawa jika Anwar disibukkan dengan kes ini, tentu payah untuk beliau beri tumpuan untuk menumbangkan Barisan Nasional di Sarawak dalam pilihanraya 16 April depan.

Yang tidak munasabah dan tidak dijangka oleh mereka yang menggerakkan projek jelek ini ialah identiti mereka dapat dikenalpasti kurang 48 jam dari pendedahan video seks ini.

Hari ini Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul mendedahkan siapa mereka. Bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Thamby Chik, bekas tukang urut sukan dan kini ahli perniagaan besar, Shazryl Eskay Abdullah.

Tempahan hotel dibuat atas nama Risda di mana Rahim Thamby Chik adalah pengerusinya. Yang menarik, Johari Abdul dipujuk meninggalkan Parti Keadilan Rakyat oleh Rahim.

Johari disaran mengajak beberapa ahli parlimen PKR lain untuk menonton dan turut keluar parti; keselamatan dan imbuhan kewangan yang lumayan ditawarkan.

Memang agak munasabah bagi Rahim Thamby Chik memilih Johari sebagai sasaran utama dalam projek meminggirkan Anwar. Beliau dan gerombolannya mencongak bahawa soal pertalian persaudaraan Johari dengan Shuaib dan secara tidak langsung Shafie Afdhal akan memudahkannya meragut umpan politik Umno.

Ternyata makar atau rancangan jahat manusia ada hadnya. Walaupun Hishamuddin beria-ia benar menyatakan polis tidak terbabit dan akan menubuhkan pasukan siasatan khas, kini khalayak umum sudah maklum siapa yang menggerakkan projek video ini.

Rakyat ingin tahu apakah tindakan yang akan diambil oleh polis selepas mendapat maklumat Johari ini.

Polis dan akhirnya Hishamuddin wajib menyiasat pendedahan Johari ini. Semua pelaku yang disebut dalam gerakan ini ada motif. Rahim masih berdendam kerana kehilangan jawatan Ketua Menteri Melaka pasca kes jalin hubungan seks dengan gadis sekolah 14 tahun.

Rahim anggap Anwar melalui anak-anak buahnya yang “mengenakannya”.

Maka dia dikatakan terbabit mengatur Khalid Jafri untuk menerbitkan buku “50 Dalil Mengapa Anwar tidak boleh menjadi Perdana Menteri” untuk melempiaskan dendamnya terhadap Anwar.

Silap Rahim ialah kebencian terhadap Anwar terlalu memuncak dalam jiwanya sehingga tidak sabar menonjolkan identitinya kepada Johari.

Shazryl Eskay pula sudah biasa dapat imbuhan besar bagi kerja-kerja politiknya. Di antara projek raksasa yang dikurniakan kepadanya ialah Projek Jambatan Bengkok Johor Bahru Singapura.

Anwar ada maklumat lengkap mengenai projek lain beliau; maka adalah lebih tenang dan senang baginya jika Anwar tidak sampai menakluki Putrajaya.

Jika Shuaib Lazim, bapa mertua Naib Presiden Umno, Shafie Afdhal terbabit, munasabahkah dikatakan beliau tidak tahu dengan skim jahat ini?

Sementara jika sepupunya ada maklumat mengenai projek busuk ini, munasabahkah Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia pula akan mengaku tidak mengetahuinya? Siapakah yang akan mendapat manfaat jika Anwar kali ini benar-benar tersungkur?

PERANCANGAN DARI AWAL RUPANYA.....

Di sebalik pendedahan rakaman video seks kononnya melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat (PR), PAS mendakwa parti itu pernah didampingi beberapa orang mendakwa mewakili Umno-BN baru-baru ini meminta mereka memujuk Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tidak lagi aktif dalam perikatan tersebut.

The Malaysian Insider difahamkan beberapa pemimpin kaan PAS diminta agar menyampaikan mesej tersebut dan menjadi “orang tengah” bagi membolehkan misi memastikan Anwar tidak lagi aktif berpolitik menjadi kenyataan.



“Permintaan mereka mudah sahaja, mereka dakwa mereka mewakili Umno, BN dan mereka hanya tidak mahu Datuk Seri Anwar aktif dalam Pakatan Rakyat, bermakna tidak mahu dia berada dalam politik arus perdana,” kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.
Sumber itu juga mendakwa mereka juga tidak mengesahkan sama ada mereka benar-benar dari Umno-BN.

Menurut sumber itu, permintaan tersebut dibuat kira-kira sebulan lalu dengan mendakwa “akan ada satu kejutan” dalam waktu terdekat berkaitan dengan imej Ketua Pembangkang berkenaan.Bagaimanapun pemimpin-pemimpin PAS dikatakan tidak mahu melayan permintaan untuk menyampaikan “mesej” tersebut kepada Anwar.

Pun begitu, umum diketahui bahawa wujud pendapat berbelah bahagi mengenai peranan Anwar dalam PR sejak kebelakangan ini, cuma tidak diperkatakan secara terbuka.
Difahamkan persekitaran tersebut digunakan untuk memujuk PAS sebagai orang perantara untuk memenuhi misi terbaru ini.

“Pemimpin-pemimpin PAS telah mengambil pendirian tegas tidak akan berbuat demikian,” kata beliau yang mengakui tidak terkejut dengan perkembangan semasa - pendedahan rakaman video seks kononnya melibat pemimpin PR terbabit.

“Mereka tidak kisah jika Pakatan diketuai oleh orang lain tetapi bukan Datuk Seri Anwar, itu permintaan mereka,” kata sumber itu lagi.Anwar sejak dibebaskan daripada penjara pada 2004 dilihat sebagai pengikat dan penghubung kepada PAS dan DAP bersama PKR mewujudkan kerjasama menjelang pilihan raya umum 2008, yang akhirnya membawa kepada pembentukan PR.

Kerjasama itu membawa kepada penafian majoriti dua pertiga BN di Parlimen dan jatuhnya empat lagi kerajaan negeri sebagai tambahan kepada Kelantan. Negeri-negeri itu ialah Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan tarikh pilihan raya negeri Sarawak manakala pilihan raya umum nasional dijangka diadakan tahun ini.
Kelmarin, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pendedahan video lucah memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan pelacur sebagai amalan politik kotor dan bermotif politik menjelang pilihan raya negeri Sarawak.

Isnin lalu, satu kumpulan yang diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya hanya sebagai Datuk T, mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur wanita di sebuah hotel di sini yang menawarkan perkhidmatan seks.

Sehari selepas itu, Anwar membuat laporan polis berhubung rakaman video aksi seks itu dan menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video tersebut.“Ini adalah serangan mengaibkan, melampau dan bermotif politik ke atas karakter serta reputasi saya dan keluarga saya,” kata Anwar dalam laporan polisnya.

Misteri “Datuk T” terjawab semalam apabila Datuk Shazryl Eskay Abdullah, seorang ahli perniagaan, mengaku beliaulah yang menunjukkan video itu kepada media terpilih di Hotel Carcosa Seri Negara Isnin lalu.

Pendedahan itu dibuat pada satu sidang media bersama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik.Shazryl juga mendedahkan bahawa “Datuk T” sebenarnya bermakna “trio” iaitu beliau sendiri, Rahim dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim, yang tidak hadir pada persidangan akhbar itu.

Dalam kenyataannya semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menegaskan pendedahan tersebut tidak ada kaitan dengan Umno.Katanya, tiga individu berkenaan bertindak atas kapasiti mereka sendiri dan langsung tiada kaitan dengan Umno.


Tuesday, March 22, 2011

UMNO SEDANG MENITI KEJATUHANNYA SENDIRI


Warisan politik usang yang jelik – itu rumusan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap video seks fitnah yang mula diedarkan dalam pusingan terbaru kempen untuk mengaibkan beliau dan keluarganya.

Anwar mengemukakan bukti untuk menolak dakwaan fitnah bahawa beliau kononnya dirakam mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 21 Febuari lalu.

Ketua Pembangkang itu turut mendedahkan pembabitkan Polis Cawangan Khas di samping penyelarasan di peringkat yang tertinggi untuk menyebarkan video fitnah itu.

Anwar menegaskan beliau mempunyai rekod yang membuktikan pada hari kejadian itu didakwa berlaku, beliau mengemaskini maklumat di Twitternya dan berada di rumah bersama isteri, anggota keluarga lain termasuk cucu serta kakitangan yang bekerja untuk beliau.

Beliau menyifatkan video seks yang didedahkan hari ini sebagai fitnah yang diselaraskan pada peringkat tertinggi untuk mengekang kemaraan Pakatan Rakyat.

" Saya mengecam konspirasi terbaru untuk memfitnah dan mengaibkan saya serta keluarga. Visual yang ditayangkan tengahari tadi di Carcossa merupakan satu rekasaya jahat musuh politik yang berhasrat untuk membantutkan kemaraan Pakatan Rakyat.

Anwar menegaskan beliau akan membuat laporan polis bersabit video itu pagi esok di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

" Tayangan tengahari tadi kelihatan dirancang dengan penuh teliti. Rancangan untuk mengadakan tayangan ini juga hanya didedahkan kepada ketua-ketua editor media arus perdana terlebih dahulu. Saya difahamkan acara tadi juga membabitkan ahli pasukan Special Branch (SB).

Anwar juga berkata orang yang dirakam melakukan persetubuhan itu jelas mempunyai “perut yang jauh lebih besar” berbanding beliau.

"Saya belum lihat lagi dan saya tidak tahu siapa (disebalik video itu. Atau samada ianya telah diedarkan. Perut lebih buncit daripada saya.

"Saya minta kepimpinan PKR supaya tidak terperangkap dengan politik kotor. Tumpu perhatian untuk Sarawak," tambah Anwar.

Anwar dengan senyum bangun pada sidang media untuk membolehkan jurukamera mengambil gambar perutnya.

Anwar percaya video fitnah itu mempunyai hubung kait dengan kempen Umno-Barisan Nasional untuk mencari kelebihan pada pilihanraya Sarawak.

“Fitnah terbaru ini muncul pada ketika pendakwaan fitnah ll pasti berkecai dan hampir pasti tewas. Kerana terdesak musuh politik saya terpaksa mereka fitnah baru demi memburukkan serta menjejaskan reputasi saya. Ini juga bertujuan untuk mengalih perhatian rakyat dari isu nasional serta pilihanraya Sarawak,” kata Anwar.

“Musuh politik Pakatan Rakyat terdesak untuk lari dari membahaskan rasuah dan kepincangan pentadbiran Taib Mahmud. Maka tidak hairanlah sekiranya sekali lagi musuh politik bertindak menurut warisan politik usang yang jelik,” tegas beliau.

Friday, March 18, 2011

HARTA RAMPASAN DAH BANYAK...APA LAGI CABUT LE

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud (tengah) bersama Timbalannya Tan Sri George Chan Hong Nam (kanan) selepas menghadiri Mesyuarat Kabinet Sarawak pada Mac 17, 2011.

Tan Sri Abdul Taib Mahmud dijangka membuat pengumuman penting, yang bakal mengejutkan banyak pihak, hujung minggu ini — tidak akan kekal sebagai Ketua Menteri Sarawak selepas pilihan raya negeri.

Keputusan itu dilihat sebagai sebahagian usaha Barisan Nasional (BN) bagi mengurangkan kemarahan dan rasa tidak puas hati terhadap pemimpin veteran itu selain mahu menggunakannya sebagai peluang memperoleh kemenangan mudah kali ini.

The Malaysian Insider difahamkan pegawai-pegawai dalam kerajaan dan pentadbiran Najib percaya tindakan Taib, Ketua Menteri Sarawak paling lama berkhidmat, akan menggugat momentum pembangkang di negeri Malaysia Timur itu, yang hampir sama besar dengan Semenanjung.

Taib belum membayangkan tarikh pilihan raya negeri tetapi hari ini memberitahu pemberita di Kuching bahawa “tunggu hingga esok.”

Thursday, March 17, 2011

PETANDA PILIHANRAYA DAH DEKAT??

Nanti ye...aku guna teropong hikmat aku ni nak cari tarikh yang sesuai nak buat pilihanraya..kalau buat masa ni rasenya belum boleh menang kot.....tapi tak pe kita ronda2 dulu satu negara....

Dalam apa yang dilihat sebagai isyarat yang belum pernah berlaku, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan mengadakan lawatan bersama ke Sarawak Sabtu ini, destinasti pertama beliau dalam siri jelajah bertemu rakyat di seluruh negara.

Ia merupakan kemuncak beberapa siri lawatan Perdana Menteri sejak tahun lepas, seringkali merentasi negeri yang sangat luas ini dengan menaiki helikopter untuk “merasai denyut nadi rakyat”, nun jauh di pedalaman di mana penempatan luar bandar dan rumah panjang yang bertaburan menjadi ciri-ciri lumrah.

Bagi majoriti penduduk Sarawak, semangat 1Malaysia telah menjadi konsep yang telah pun diuji selama beberapa generasi namun kunjungan oleh kedua-dua pemimpin negara kali ini, pastinya menunjukkan komitmen mereka kepada amalan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.”

Dengan pilihan raya negeri Sarawak ke-10 yang bakal menjelang tidak lama lagi, jadual lawatan mereka sudah tentu akan membawa keceriaan kepada kalangan rakyat, yang masih inginkan kepastian berhubung kesinambungan dasar pembangunan sosio-ekonomi kerajaan dan kestabilan politik.

JANGAN JADI MACAM PEMIMPIN INI......

http://buletinonline.net/images/stories/berita43/ariel.jpgKaum yang keji dan ganas serta zalim. Kaum pembunuh dan penumpah darah manusia. Kalau nabi disembelih, digergaji disula dan dibakar... apalah sangat manusia lain. Kini penerus kezaliman itu akan terus muncul. Terbaru, Anak sulung bekas Perdana Menteri Rejim Zionis Israel Ariel Sharon mengusulkan untuk membakar bangsa Arab. Laman al-Islam al-Youm melaporkan, Gilad Sharon putra sulung pembunuh kem Pelarian Palestine Sabra dan Shatila dalam sebuah wawancara dengan akhbar Yediot Aharonot mengatakan, orang-orang Arab harus dibakar.

Dia menyatakan, pengepungan atas orang-orang Arab dan Palestina harus diperketat. Gilad Sharon adalah putra Ariel Sharon yang melakukan kejahatan kemanusiaan dengan membunuh 3500 orang di kem pelarian Palestine Sabra dan Shatila tahun 1982. Beliau merupakan Perdana Menteri Israel dari 7 Mac 2001 hingga 14 April 2006.

Sepanjang tempoh itu Ariel Sharon telah banyak merosakkan bumi Palestin. Banyak air mata yang telah mengalir kerana kezalimannya. Ramai pejuang yang telah terkorban kerana kekejamannya. Anak-anak kecil Palestin perlu mengenal erti keganasan, peperangan kerana sikap kejam Ariel Sharon. Hari ini, Ariel Sharon bagaikan mayat hidup selepas 4 tahun koma. Sehinggakan media di seluruh dunia terutamanya media barat berasa malu untuk menerbitkan gambar-gambar keadaan Ariel Sharon yang ada pada hari ini.

Kini Ariel Sharon yang berusia 81 tahun dikatakan mempunyai berat sekitar 15 kg sahaja (gambar). Doktor yang merawatnya mengatakan Ariel Sharon akan terus koma sehingga umur 90 tahun. Beliau dah jadi umpama mumia firaun. Terpenjara dalam jasad yang sudah membusuk. Kini mewariskan perangai jahat dan kejam kepada anaknya pula. Sama seperti firaun membakar rakyatnya dalam parit berapi… kini Gilad Sharon nampaknya bakal menjadi firaun baru.

Tidak cukupkah peringatan Allah terhadap golongan ini. Rupanya tak mengehntikan kerakusan dan kejahatan mereka. Sementara itu, dilaporkan bahwa tentara dan penjajah Zionis menyerang warga Palestine yang sedang menunaikan sembahyang di Masjid Aqsa. Serangan yang terjadi Ahad baru-baru ini menyebabkan kecederaan dikalangan jamaah solat. Laporan lainnya menyebutkan bahwa tentara Zionis juga menyerang sebuah daerah di dekat kota Selfit, Tepi Barat Sungai Jordan.

Satu bangsa yang tak mempedulikan orang lain. Herannya! mana Pertubuhan Keselamatan Bangsa Bersatu PBB? OIC? adakah kerana mereka Yahudi & Nasara, mereka diam membisu? Adakah kerana mereka Islam, maka tiada nilai nyawa dan darah mereka?

Tuesday, March 15, 2011

MAJALAH WANITA TERBITAN AL-QAEDA 'AL-SAMIKHA' (WANITA YANG MEGAH)


Majalah wanita Al Qaeda, Al-Samikha

KL 15 Mac 11: Setelah meluncurkan majalah propaganda Inspire, kelompok militan Islam Al Qaeda kini menerbitkan majalah khusus wanita. Majalah ini menampilkan rupa-rupa artikel mulai dari tips kecantikan hingga tips melancarkan serangan bom syahid.

Seperti disiarkan dari laman Fox News, Isnin, 14 Mac 2011, majalah yang diberi nama Al-Shamikha (Wanita yang megah) setebal 31 halaman merupakan terbitan pertama majalah yang dikhususkan bagi militan wanita, ataupun isteri bagi suami yang militan.

Pada salah satu artikel di majalah itu, dimuat wawancara khusus seorang isteri anggota Al Qaeda. Wanita yang disebut Umm Muhamad tersebut memuji keberanian almarhum suaminya dalam melancarkan serangan syahid di Afghanistan.

Artikel lainnya, yang ditulis oleh seorang wanita, memberikan tips bagaimana membesarkan anak seorang diri setelah suami mereka tewas terbunuh di medan jihad. Di artikel tersebut, penulis menyeru kepada wanita Al Qaeda untuk menyerahkan nyawa mereka demi tegaknya Islam.

"Dengan menjadi martir, orang-orang yang beriman akan mendapat keamanan, keselamatan dan kebahagiaan," tulis artikel tersebut.

Tidak hanya menampilkan anjuran jiihad, majalah juga memuat artikel kewanitaan. Diantaranya adalah tips melakukan masker madu, etiket, pertolongan pertama dan mengapa wanita tidak boleh mengusap wajah dengan handuk terlalu keras.

Edisi berikutnya sudah diputuskan, akan ada artikel perawatan wajah dan bagaimana melancarkan jihad elektronik. Majalah ini termasuk ke dalam jaringan media Al Qaeda, Al Fajr Media Center, yang menerbitkan beberapa edisi majalah Inspire. Menurut editor Samikha, Saleh Youssef, majalah ini bertujuan untuk memberikan pendidikan kepada wanita dan turutserta mereka dalam perang melawan musuh Islam.

"Kerana wanita menempati hampir separuh dari populasi dunia, kerana mereka akan melahirkan generasi selanjutnya, musuh Islam tengah berusaha untuk mencegah wanita Muslim mengetahui kebenaran agamanya dan perannya. Mereka (Musuh Islam), tahu apa yang akan terjadi jika wanita turun berjihad," ujar Youssef. (IH)

Sunday, March 13, 2011

PROGRAM PAS TAPAH HARI INI.....MOH DENGO




CERAMAH PELANCARAN
KEMPEN ANTI SAMAN EKOR (KASE)
PERINGKAT NEGERI PERAK

YB DATO' HAJI MAHFUZ B OMAR
(NAIB PRESIDEN PAS/PENGERUSI KASE)

YB HAJI TAUFEK B ABDUL GHANI
(AJK PAS PUSAT/PENGARAH KASE)


TARIKH : 13 MAC 2011 (AHAD)

MASA : 9.00 MALAM

TEMPAT : PASAR AL-QAMAR BT 3, TEMOH

ANJURAN: LUJNAH PENGGUNA DAN ALAM SEKITAR PAS PERAK

SEMUA MASYARAKAT DI JEMPUT HADIR

KESAN TSUNAMI JEPUN:AIR MELIMPAH DI PANTAI BATU BUROK

http://buletinonline.net/images/stories/berita43/kesantsumai.jpgKUALA TERENGGANU - Air laut telah melimpah sehingga membanjiri jalan di pantai Batu Burok disini semalam selepas beberapa jam berlaku bencana Tsunami terburuk yang melanda Jepun ekoran gempa bumi bermagnitud 8.9 pada skala richter

Sumber memaklumkan orang ramai yang melihat kejadian tersebut mengaitkan kejadian itu adalah berkait dengan apa yang berlaku di negeri matahari terbit itu.

Kejadian tersebut jelas kelihatan pada rakaman video yang telah dimuat naik ke laman social facebook lewat malam semalam

Sekitar 10,000 orang yang tinggal di sebuah bandar pelabuhan di timur laut Jepun dikhuatiri hilang akibat gempa bumi paling buruk dalam 140 tahun lalu dan tsunami setinggi 10 meter.

Situasi itu dikhuatiri akan menaikkan angka kematian yang setakat ini disahkan sekitar 1,300 orang.

Kesan Tsunami dijangka lebih buruk apabila letupan berlaku di loji tenaga nuklear Fukushima Dain.

Stesen TV NHK melaporkan bahawa beberapa pekerja cedera dalam letupan di Unit 1 loji tersebut.

Agensi berita Kyodo pula berkata, radiasi dikeluarkan setiap jam bersamaan dengan kadar yang dibenarkan bagi tempoh satu tahun.

Laporan msnbc memetik stesen Sky News dari Britain berkata, penduduk di kawasan sekitar diminta tidak keluar rumah, tidak minum air paip dan perlu menutup muka mereka dengan topeng pernafasan ataupun tuala basah.

Operator-operator di Unit 1 loji Fukushima Daiichi telah mengesan kadar radiasi lapan kali ganda di luar dan 1,000 kali ganda di dalam bilik kawalan.

Wednesday, March 9, 2011

SI 'KATAK' YANG JADI JUTAWAN??

Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan di Parlimen hari ini beberapa keping cek ditandatangan oleh seorang ahli parlimen bagi membeli tanah bernilai RM1.5 juta.

Beliau mendedahkan perkara tersebut semasa membahaskan ucapan menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agung petang tadi menjelaskan, cek tersebut ditandatangani oleh seorang ahli parlimen PKR yang baru-baru ini keluar parti tetapi yang menghairankan beliau ialah ahli parlimen tersebut berkemampuan membeli tanah tersebut dalam masa dua bulan sahaja selepas keluar parti.

Beliau menegaskan parti PKR bukanlah tempat untuk menjadi kaya ataupun membuat duit seperti tanggapan segelintir yang keluar parti, maka ahli yang tidak berpuas hati bertindak keluar parti dan mula melontarkan tohmahan yang tidak benar terhadap parti.

"Yang tak dicerita apa dia? Bila berada dalam barisan pembangkang, khususnya PKR ini, bukannya lesen nak jadi kaya. Kalau hidup berpendapatan RM10, jangan berbelanja RM100. Ketidakupayaan untuk menambah RM90 kadang-kadang menyebabkan mereka tewas dengan ujian," kata beliau.

Beliau menjelaskan, ada ahli yang mula membuat pelbagai dakwaan liar terhadap parti selepas keluar parti, bahawa kononnya parti ini telah meninggalkan perjuangan membela rakyat, parti dipimpin pengkhianat, seorang ketua yang mahu menjadi Perdana menteri walau apa cara sekalipun dan bermacam lagi semata-mata sebagai alasan keluar parti.

"Pada saya ini ada salinan cek yang ditandatangani oleh satu daripada enam rakan sayan yang keluar parti. Satu cek, RM700 ribu bertarikh 12 Januari, 2011. Satu cek lagi, 15hb Mac, 'post dated'. Tujuannya apa? Bayar harga tanah, nilainya RM1.5 juta," ujar beliau.

Saifuddin kemudiannya mempersoalkan punca pendapatan tersebut sehingga dapat memberi kemampuan luar biasa kepada ahli parlimen tersebut membuat pembelian semewah itu.

"Duduk dalam parti, (dia) tanya tak dapat itu ini. Keluar sahaja, dapat bayar tanah RM1.5juta. Dari mana dapatnya duit ini? Itu sahaja persoalannya," tegas beliau.

Katanya lagi, beliau ingin tahu samada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan memulakan siasatan atau tidak terhadap ahli parlimen tersebut selepas beliau mendedahkan perkara tersebut.

Tuesday, March 8, 2011

PERHIMPUNAN BESAR-BESARAN UNTUK SPR


Perhimpunan besar-besaran akan digerakkan oleh Pakatan Rakyat berikutan prestasi buruk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pilihan raya kecil bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Kerdau dan Merlimau yang berlangsung semalam.

Ahli parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli berkata SPR sendiri semakin hilang punca dan gagal menyenaraikan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan oleh parti- parti yang bertanding, dalam tempoh pilihan raya sedang berlangsung.

" SPR sendiri macam hilang punca. Pengerusi SPR sendiri tak dapat beritahu apa yang boleh diberi dan apa yang tidak boleh diberi. Perkara ini berleluasa dan SPR gagal,"kata Hatta.

Ujarnya lagi, beliau akan membangkitkan isu kegagalan SPR menyenaraikan dispilin-dispilin tertentu, semasa tempoh pilihan raya kecil DUN Kerdau dan Merlimau pada sidang Dewan Rakyat yang bermula hari ini.

" Mungkin dalam parlimen kita akan sentuh perkara ini kerana suruhanjaya berkenaan tidak memberikan gambaran yang jelas tentang syarat-syarat dalam kempen pilihanraya. Perkara ini dalam pilihanraya kecil terserlahlah. Tapi pada pilihanraya umum, kita tidak rasa BN tidak mampu lagi nak buat seperti ini.Kita amat mengharapkan pilihanraya umum pentasnya lebih adil,"katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu, Pengarah Pilihanraya PAS Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pilihanraya kecil Kerdau menyaksikan sokongan kepada Pakatan Rakyat semakin meningkat.

" Kawasan ini kita kalah kerana memang kubu kuat mereka. Di tempat-tempat begini sukar sebab mereka menggunakan sepenuhnya jentera kerajaan. Tapi peningkatan pengundi PAS agak kecil. Peningkatan undi BN pula mungkin sebab ada sejumlah nama pengundi baru didaftar,"katanya lagi.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim turut menjadikan pilihanraya kecil Ijok sebagai contoh kemaraan rakyat di Selangor.

Pada pilihanraya kecil itu, calon Pakatan Rakyat, Tan Sri Khalid Ibrahim kalah kepada calon BN namun tsunami politik 2008 menyaksikan gagasan itu akhirnya merampas Selangor dari tangan Umno-BN.

" Ijok sebagai contoh. BN menang dalam pilihanraya kecil tapi kita pilihanraya umum, menang besar. Saya tengok di Felda dan beberapa kampung tradisi, kita meningkat.Ini modal untuk kita susun strategi pada pilihanraya umum ke 13,"jelasnya.

Tuan Ibrahim juga turut menzahirkan kebimbangannya terhadap sikap kerajaan pemerintah dan media arus perdana yang secara terang-terangan melaporkan pemberian segala jenis sogokan kepada rakyat di DUN Kerdau dan Melimau semata-mata mahu mengekalkan kuasa politik mereka.

" Media rasmi tunjuk secara terang-terangan bagi sumbangan. Kita akan ambil satu tindakan.Undang-undang sudah ada. Hukuman sudah ada. Tetapi tidak ada penguatkuasaan dilakukan. Saya fikir kita sudah beri peringatan pada SPR supaya reformasi SPR akan dibuat,"katanya lagi.

Monday, March 7, 2011

DEMOKRASI YANG DIBELAKANGI OLEH BN SENDIRI

KOTA BARU, 7 Mac – Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan pemimpin-pemimpin Umno dan BN bahawa tindakan mereka membelakangkan demokrasi akan menjadi “bom jangka” yang boleh meletup bila-bila masa.

“Ia bakal menjadi bom jangka yang dilemparkan oleh golongan ini kemudian hari nanti, jadi beringat-ingatlah... jangan berbuat sesuka hati,” kata Nik Aziz (gambar) mengulas keputusan dua pilihan raya kecil serentak DUN Kerdau dan Merlimau di sini hari ini.

Dipetik Harakahdaily hari ini, kata Menteri Besar Kelantan, pemimpin tertinggi Umno tidak perlu bermegah dengan kemenangan calon mereka di dua pilihanraya kecil, Merlimau dan Kerdau, kerana perlawanan itu tidak berlandaskan demokrasi.

Menurutnya, PAS bukan menentang calon Umno sebaliknya parti kerajaan yang disokong oleh segala jentera kerajaan negeri dan persekutuan.

Sehubungan itu kata beliau, jika bekas presiden Mesir Hosni Mubarak, pemimpin yang berkuasa besar, akhirnya digulingkan oleh rakyat sendiri, apa lagi di Malaysia yang turut boleh menyaksikan nasib yang sama.

Dalam reaksi segera malam tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan kemenangan besar BN pada pilihan raya kecil DUN Merlimau dan Kerdau adalah sangat signifikan.

Najib yang juga Pengerusi BN dalam mengucapkan terima kasih kepada para pengundi kerana menyokong BN, berkata kerajaan BN yang melakukan yang terbaik untuk mereka.

BN mengekalkan kerusi DUN Merlimau apabila calonnya Roslan Ahmad menewaskan calon PAS Yuhaizat Abdullah dengan majoriti 3,643 undi. Roslan memperoleh 5,962 undi berbanding Yuhaizad, 2,319 undi.

Di Kerdau, calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad menewaskan calon PAS Hasanuddin Salim dengan majoriti 2,724 undi. Syed Ibrahim memperoleh 5,060 undi sementara Hasanuddin 2,336 undi.

Termasuk kerusi DUN Merlimau dan Kerdau, PAS sudah tewas dalam empat pilihan raya kecil sejak November lalu.

Nik Aziz berkata, di Malaysia walaupun mengamalkan demokrasi, namun hakikatnya “dia mahu kerasi” sehingga pilihan raya sebenar sudah tidak wujud di negara ini.

Menurutnya, PAS sebagai sebuah parti telah menentang calon kerajaan pemerintah dan bukannya menentang calon parti Umno atau BN.

“Ini amat tidak adil, ia berdosa dunia akhirat. Kerana itu golongan muda sekarang semakin memahami masalah demokrasi semakin tiada di negara ini sehingga mereka menjadi pendendam akibat membelangkan demokrasi yang mereka pelajari,” katanya.

Nik Aziz menambah, beliau sebagai anggota PAS sekali-kali tidak meredhai dunia akhirat pada mana-mana pemimpin negara terhadap pengkhianatan demokrasi dalam apa juga perkara terutama dalam pilihan raya.

Walaupun akur dengan keputusan pilihan raya terbabit, namun hakikatnya keputusan sebenar tidak sedemikian.

“Tengok semalam sebagai contohnya, bagaimana seorang penyokong Umno yang telah menyertai PAS tiba-tiba mengisytiharkan semula menyertai Umno.

“Kenapa perkara ini berlaku sekiranya tiada tekanan demi tekanan, ini bukan demokrasi,” katanya.

Ketika ditanya sama ada pengundi Melayu turut menolak PAS pada pilihan raya kecil baru-baru ini di peti undi tertentu apabila didapati kurang sokongan, beliau berkata, apa yang dipertikaikannya sekarang ialah soal demokrasi.

Beliau turut mendakwa rakyat masih disogok dengan pembangunan walaupun ia dibuat apabila tiba waktu pilihanraya sahaja.

“Pembangunan akan muncul hanya bila ada pilihan raya, khususnya pilihan raya kecil,” ujar Nik Aziz.

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI...........

Firman Allah dalam surah Yusuf ayat 21 bermaksud:"Dan Allah jua yang berkuasa terhadap urusannya tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahuinya".

Apa jua yang kita lakukan mestilah seikhlas mungkin,kekalahan tidak harus menjadikan kita lemah dan patah semangat,Allah yang mengetahui segalanya,bersamalah kita bermuhasabah pada diri kita sendiri.Kenapakah kemenangan belum berpihak kepada kita,banyak faktor untuk kita rungkaikan,adakah ia kesalahan kita,adakah kita ini terlalu lemah,terlalu mengikut prosedur dan undang-undang yang mengundang masalah buat kita.

Kita bekerja untuk menegakkan Islam,menentang kezaliman iaitu kemungkaran yang begitu beleluasa,namun kita belum dapat kemenangan itu..ayuh para pejuang jangan kita lalai lagi,jangan kita duduk bersimpuh rapi,jangan kita tidur lena hingga musuh mencari jalan membinasakan kita.

Musuh Islam sebenarnya adalah orang Islam sendiri,yang menentang agama sendiri,yang menghina kaumnya sendiri,yang menghina Rasullullah yang membawa Islam,mereka tidak gentar dengan seksaan kubur dan perhimpunan di mahsyar.Mereka tetap melakukan penganiayaan,menipu,memeras ugut,fitnah dan sebagai macam kezaliman dan kemungkaran untuk memperbodohkan rakyat.

Masih ramai rakyat yang belum sedar atas semua itu,sampai bila rakyat boleh dibodohkan dan di tarik bagai lembu dicucuk hidung,sedih melihat insan seagama diperlakukan umpama itu.Tapi itulah hakikat yang perlu dilalui oleh kita sebagai pejuang Islam yang masih menanti sinar kemenangan menjelma,masih lama lagikah ?

Perjuangan ini mesti kita teruskan walau beribu kali kita tewas di medan ini,namun kita mesti cekalkan hati dan terus berusaha untuk memberi yang terbaik,melakukan sesuatu untuk kemenangan Islam adalah saat yang terindah dan tidak dapat dilupakan walau ia penuh ranjau berduri dan berliku namun ia tetap aku lalui.

Kemenangan Islam mesti dicari,ia pasti datang membawa kebahagian yang begitu indah,yang tidak dapat digambarkan kecuali ia berlaku nanti di hadapan kita.Saat itu mungkin kita merasainya dengan penuh keinsafan,dengan penuh kesyukuran...wahai pejuang-pejuang yang ikhlas ,bersama kita teruskan kerja-kerja indah kita,walau bukan mudah tapi pembalasannyanya nanti tentu tidak dapat kita bayangkan.

Firman Allah:" Sesungguhnya pimpinan kamu ialah Allah dan Rasulnya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan solat dan menunaikan zakat sedangkan mereka ruku'(tunduk menjunjung titah perintah Allah dan Rsulnya).Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan Rasulnya dan orang-orang yang beriman sebagai pimpinannya maka sesungguhnya Parti Allah itu akan mendapat kemenangan". (surah Al Maidah ayat 55-56)

Sunday, March 6, 2011

DUN MERLIMAU:TIDAK RASA KECEWA PUN....

Calon PAS Yuhaizat Abdullah ketika mengunjungi pusat pengundian di Merlimau pagi tadi. — Foto oleh Jack Ooi

JASIN, 6 Mac — Walaupun tewas pada pilihan raya kecil DUN Merlimau, namun calon PAS Yuhaizat Abdullah tidak sedih mahupun kecewa, sebaliknya berjanji akan terus bekerja lebih kuat bagi memastikan segala janji ditaburkan Barisan Nasional (BN) ditunai.

Yuhaizat tewas kepada calon BN Roslan dengan majoriti 3,643 undi.

Beliau mendapat 2,319 manakala Roslan memperoleh 5,962 seterusnya memastikan Merlimau kekal kubu kuat BN.

“Keputusan kita dah tahu dan saya ucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi kerana telah memberikan kepercayaan kepada saya.

“Saya juga ucapkan tahniah kepada calon BN Roslan Ahmad atas keputusan ini, saya juga akan terus berusaha dan pastikan segala janji yang dikatakan BN sebelum ini ditunaikan,” kata Yuhaizat pada sidang media di Markas PAS di sini.

Jelas Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka itu, beliau akan menjadi pemantau prestasi Roslan dan berharap wakil rakyat baru itu dapat menjalankan tugas dengan baik seterusnya melaksanakan janji-janji yang telah dibuat sebelum ini.

“Saya akan jadi pemantau kepada Roslan, walaupun tewas saya tidak sedih atau kecewa kerana saya masih ada pengundi yang bersama dengan saya.

“Dalam pilihan raya kecil bukan mudah untuk mendapat 2,319 undi dan saya akan pastikan segala janji akan dikotakan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya I PAS Adly Zahari berkata banyak faktor yang menyebabkan kekalahan PAS di Merlimau dan satu “bedah siasat” akan diadakan bagi mencari punca-punca pihaknya kalah.

“Kita akan buat analisis, setakat ini kita masih belum tahu apa punca tapi banyak faktor yang menyebabkan kita kalah.

“Apa-apa pun saya ucapkan terima kasih kepada pengundi yang telah memberikan kepercayaan kepada PAS,” katanya.

Keputusan pilihan raya kecil DUN Merlimau menunjukkan bahawa BN masih lagi relevan di kawasan tersebut dan agak sukar untuk PAS menembusi kubu kuat BN itu.

Kemenangan di Merlimau menyaksikan BN mengekalkan kemenangan tanpa kalah susulan kejayaan merampas balik kerusi DUN Galas, Kelantan dan mempertahankan kawasan Tenang, Johor Januari lalu.

PENYOKONG BN YG BAIK2 BELAKA??

TEMERLOH: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kesal dengan sikap penyokong parti politik yang mencetuskan provokasi hingga menyebabkan ketegangan di luar kawasan pusat mengundi.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata tindakan berkenaan dikhuatiri akan menyebabkan pengundi berasa takut untuk keluar mengundi apabila melihat ketegangan yang dicetuskan penyokong parti yang kebanyakannya adalah orang luar.

"Sudah menjadi perangai penyokong parti yang masih lagi degil dan tidak mahu mengikut arahan pihak SPR dan polis agar tidak berkumpul beramai-ramai di luar pusat mengundi.

"Tindakan provokasi dan perang mulut ini sebenarnya boleh menakut-nakutkan pengundi untuk keluar mengundi," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Ahad.

Beliau mengulas mengenai insiden pergaduhan kecil diluar pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau yang berlaku kira-kira pukul 8.55 pagi tadi.

Pergaduhan berkenaan dipercayai berlaku akibat provokasi penyokong PAS yang memasuki kawasan penyokong Barisan Nasional (BN) yang hanya dipisahkan dengan sebatang jalan.

Bagaimanapun insiden berkenaan berjaya dileraiakan oleh anggota keselamatan yang bertugas.

RAMAINYE KELUAR MENGUNDI.....

KUALA LUMPUR, 6 Mac — Peratusan keluar mengundi di Kerdau sudah menjangkau lebih 50 peratus dalam tiga jam pertama — perkembangan yang dilihat sebagai luar biasa berbanding persekitaran masa-masa lalu.

Maklumat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan seramai 4,890 atau 54.34 peratus sudah mengundi setakat 11 pagi.

Sementara itu, peratusan pengundi yang keluar mengundi di Merlimau adalah 43 peratus setakat pukul 11 pagi ini.

Jurucakap SPR berkata SPR menyasarkan peratus pengundi yang keluar mengundi bagi pilihan raya kecil ini adalah lebih 80 peratus.

DUN Merlimau mempunyai 10,679 pengundi berdaftar.

Wednesday, March 2, 2011

TINGGINYA UNDI POS DI PERAK....ADA LE YANG TAK KENA TU

Undi pos naik mendadak di Perak

Sejumlah 8,470 nama pengundi baru pos telah dimasukkan dalam senarai pengundi di enam kerusi DUN di Perak tahun lalu - langkah yang didakwa oleh PKR negeri, bertujuan untuk menguntungkan Umno.

Timbalan pengarah pilihan raya PKR negeri, Chan Ming Kai (gambar) berkata, jumlah teramai adalah dalam senarai pemilih di DUN Pangkor, yang diwakili oleh Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

Menurut Chan, data dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dikemaskini Disember lalu, menunjukkan kebanjiran 5,669 pengundi pos di DUN tersebut.

"Jumlah pengundi pos sekarang hampir setengah daripada 26,000 pengundi di situ," kata Chan, yang tidak memberikan data lengkap dalam pernyataannya.

Pada tahun 2008, Zambry memenangi kerusi dengan majoriti selesa 5,785 undi, menewaskan calon PKR, Pkhrazi @ Pakhrazi Muda, yang memperolehi 5,121 undi.

Kerusi Pangkor terletak dalam parlimen Lumut yang dimenangi calon BN, Datuk Seri Kong Cho Ha dari MCA - dengan majoriti tipis 298 pada 2008.

Menurut Chan, kebanjiran pengundi pos di Pangkor boleh menjejaskan peluang Pakatan Rakyat untuk merampas kerusi Lumut.

"Pertambahan (mendadak itu) benar-benar mengejutkan," katanya sambil bertanya bolehkah pangkalan tentera laut di Pangkor menampung jumlah yang begitu ramai.

Sedangkan data, katanya, menunjukkan hanya 368 telah dipindah keluar.

Chan berkata, ada kemungkinan isteri/suami anggota tentera dikategorikan sebagai pengundi pos.

Sebagai contoh, katanya, 248 pengundi baru pos dimasukkan dalam senarai pemilih DUN Sungai Rapat.

Kerusi tersebut dimenangi calon BN, Hamidah Osman yang juga exco kerajaan negeri, dengan majoriti 636 undi.

"Jelas bahawa usaha-usaha tersebut adalah untuk manfaat Umno. Kerusi majoriti Cina, seperti Canning Garden, yang mempunyai sebuah kem tentera, tidak ada penambahan pengundi pos," kata Chan. -mk


5,669 undi pos bertambah di Dun diwakili Zambry

PETALING JAYA, 1 Mac: Timbalan Pengarah Pilihanraya PKR Perak, Chan Ming Kai telah mendedahkan kemasukan pengundi pos besar-besaran di kawasan-kawasan Dun diwakili Umno BN di Perak pada tahun 2010.

Bercakap dalam sidang media mingguan parti di sini, hari ini, beliau memberi contoh, di Dun Pangkor yang diwakili Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir telah menerima kemasukan 5,669 pengundi pos berbanding hanya 368 yang keluar pada 2010.

Katanya, bilangan pengundi pos kini mencapai hampir separuh daripada jumlah 26,000 pengundi di Dun Pangkor yang merupakan sebahagian daripada Parlimen Lumut.

Katanya, calon PKR tewas hanya 298 undi di Parlimen Lumut kepada calon MCA BN pada Pilihan Raya Umum 2008.

Ming Kai juga menjangkakan Umno akan memberikan tumpuan untuk menambah pengundi pos di Dun Sungai Rapat yang diwakili oleh Exco Kanan, Hamidah Osman yang hanya menang tipis 636 undi dengan calon PAS.

Katanya, pada 2010 sebanyak 248 pengundi pos masuk ke Dun itu.

“Usaha ini jelas untuk memberi manfaat kepada Umno. Kawasan-kawasan majoriti Cina seperti Canning Garden yang juga mempunyai kem tentera tidak pula melihat pertambahan undi pos,” katanya.

Beliau yang juga Adun Simpang Pulai khuatir wujud penyalahgunaan undi pos dan meminta SPR serta Kementerian Pertahanan menjelaskan perkembangan itu.

Selain Pangkor, pertambahan ketara pengundi pos ialah di Dun Kamunting yang menerima 1,102 berbanding keluar 146, Temenggor (masuk 690, keluar 38), Pengkalan Hulu (masuk 506, keluar 117), Chenderiang (masuk 255, keluar 31) dan Sungai Rapat (masuk 248, keluar 31).

Tuesday, March 1, 2011

PR TAK ADA ISU DI PAHANG?

http://buletinonline.net/images/stories/berita42/Adnan.jpgMenteri Besar Pahang DS Adnan Yaakub, samada sememang dalam penafian atau memang tidak tahu. Tetapi penulis lebih cenderung untuk mempercayai bahawa apabila beliau dengan sombong menyatakan bahawa pembangkang tak ada isu, beliau sememangnya mahu berbohong kepada pengundi Kerdau khususnya dan seluruh rakyat Pahang amnya. Penulisan besiri ini bertujuan untuk menyanggah dakwaan Menteri Besar Pahang ini.

Kalau benar bagai dek kata, beliau wajar menggunakan ruang kempen di PRK N28 Kerdau ini untuk memperagakan atau ‘showcase’ segala kejayaan kerajaan Pahang. Kalau kerja sudah disempurnakan dan rakyat sudah diberi khidmat yang cemerlang, apa perlu sibuk untuk mengumumkan projek-projek ‘mee-segera’ termasuk yang diumumkan oleh Perdana Menteri sendiri yang terpaksa turun pada hari pertama lagi sehingga terpaksa mengumumkan peruntukan berjumlah RM10 juta kepada warga Felda di Kerdau. Ini kali pertama dalam sejarah politik mutakhir negara ini, seorang PM turun pada hari pertama dalam satu PRK.

Adnan sepatutnya perlu sedar dan insaf bahawa di bawah kepimpinannya Pahang telah mengalami defisit belanjawan untuk 13 tahun berturut-turut. Rakyat Pahang juga mengingatkan Menteri Besarnya bahawa kerajaan negeri sedang menanggung bebanan hutang sebanyak RM2.17 bilion mengikut Laporan Ketua Audit Negara yang mutakhir. Jumlahnya terus meningkat setiap tahun.

Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan baru-baru ini banyak menyentuh tentang kelemahan Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Adnan Yaakub. Ianya merangkumi pelbagai skop dan aspek pembangunan dan pengurusan.

Ayat yang kerap diulangi dalam Laporan Ketua Audit Negara ialah..”Pada pendapat Audit…..adalah tidak memuaskan kerana…..” Ini menyangkut pelbagai skop dan aspek, samada yang berkaitan projek sakit dan lewat di bawah Projek Perumahan Rakyat Dimiliki (PPRD), prestasi agensi-agensi kerajaan, aktiviti pengambilan pasir sungai dan kesannya kepada alam sekitar di Sungai Benus, Bentong, pengurusan air tidak berhasil (NRW), pengurusan premis perniagaa sehinggalah kepada urusan pengendalian kes di Mahkamah Syari’ah Negeri Pahang. ”Pada pendapat Audit ..tidak memuaskan ..kerana.. ” diulangi pada setiap laporan audit yang dibuat. Rakyat seharusnya telah lama pecat CEO syarikat ini atau MB kerajaan negeri Pahang ini.

Cukup mengecewakan dan menga’ibkan rakyat Pahang.. Tak ada isu kata Adnan!

Sekadar mengambil contoh antara yang terbesar mengikut Laporan Ketua Audit Negara adalah kelemahan-kelemahan pentadbiran dan pengurusan yang mengakibatkan kerajaan negeri kehilangan sumber pendapatan sebanyak RM227.9 juta apabila empat (4) buah syarikat-syarikat berkaitan negeri (GLCs) gagal membayar balik pinjaman mengikut jadual. Laporan juga mendedahkan bahawa tidak wujud peruntukan dalam perjanjian yang membolehkan kerajaan negeri mengambil tindakan terhadap GLCs (contoh ASPA dan PKNP dll) apabila GLCs gagal membuat bayaran balik.

Dalam suasana anak-anak syarikat kerajaan ini mengalami kerugian, Menteri Besarnya masih boleh mengarahkan serta mengharapkan 50% dari keuntungan GLCs ini disumbangkan kepada kerajaan negeri. Jelas dan nyata bahawa Adnan sudah tidak peka dan hilang ‘touch’nya dengan realiti. inilah antara sebabnya mengapa pihak penganalisi mewawarkan bahawa kerajaan negeri Pahang berpotensi untuk bankrap kerana hutangnya jauh melampaui KDNKnya. Ketirisan dan kebocoran terus tidak dapat ditangani. Siri ini akan mendedahkan sebanyak yang boleh dalam tempoh kempen ini.

Oleh kerana Lapuran Audit Negara adalah maklumat awam (public information), maka sewajarnyalah Kerajaan Negeri bersikap bertanggungjawab dan menerangkan kepada rakyat langkah-langkah yang telah diambil bagi membenteras kepincangan-kepincangan tersebut sebagai satu langkah ‘Pertanggungjawaban Awam”.

PAS menuntut kerajaan negeri di bawah kepimpinan Barisan Nasional mendedahkan prestasi semasa GLCs negeri sebagaimana yang akan dilakukan oleh negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat seperti Selangor.

Berdasarkan secebis pendedahan di atas, maka PAS/Pakatan Rakyat menyeru seluruh pengundi dalam PRK N28 Kerdau supaya membuat pilihan yang wajar dan tepat bagi membongkar segala kepincangan pengurusan kewangan negeri demi memperjuangkan kepentingan penduduk Kerdau khasnya dan kemaslahatan seluruh rakyat negeri Pahang amnya.

Maka calon yang paling wibawa bagi merealisasikan tujuan dan menggalas tanggungjawab ini tentunya adalah mereka yang mempunyai keterlibatan dan pendedahan dalam bidang-bidang tersebut. Apakah seorang calon yang berlatar-belakang di bidang bahasa ’Arabkah atau yang berlatarbelakang di bidang ‘profesional’ dengan kemampuan serta pengalaman kerjayanya di luar negara dan dalam negeri?

Rakyat wajar menilai siapakah yang lebih wajar mewakili suara rakyat di Dewan Undangan Negeri Pahang bagi suara ‘semak-imbang’ pelbagai kepincangan pengurusan kerajaan negeri Pahang ini yang di bawah kepimpinan Umno/BN.

Related Posts with Thumbnails