SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Sunday, February 28, 2010

BERITA TENGAH MALAM SEBELUM BERADU.........PKR'S FAIRUS JOINS UMNO

KUALA LUMPUR, Feb 28 — Ex-Penang deputy Chief Minister Mohammad Fairus Khairuddin tonight joined Umno, making him the latest Datuk Seri Anwar Ibrahim ally to abandon PKR.

Umno president Datuk Seri Najib Razak welcomed Fairus, who quit as Penang DCM I and as Penanti assemblyman last year after allegations of graft, at a Silat Seni Gayong meeting in Ampang.

Fairus, who was dressed as a Seni Silat Gayong master, was one of those who greeted Najib at the event.

Another Anwar ally, Bayan Baru MP Datuk Zahrain Hashim, quit PKR this month to protest the party leadership over his spat with Penang chief minister Lim Guan Eng, whom he called a “dictator, a chauvinist and communist-minded”.

Fairus had submitted his forms to Umno two weeks after the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) cleared him and seven other high-profile politicians for graft.

Fairus, 33, quit as Penanti assemblyman last April 16 ostensibly to pursue post-graduate studies and spend time with his family.

Apart from being DCM I, he was also the Penang state executive councillor for enterpreneur and cooperative development, information and community relations.

In his speech, Fairus said he joined Umno after considering the developments for the past three months after the controversial ‘Allah’ ruling.

He claimed PKR’s stand on the issue was disappointing and had gone against its struggles. PKR is part of the Pakatan Rakyat state government in Penang.

“I finally got a clear sign and on the principle of defending religion and people’s interest, I would like to announce that I am leaving PKR to join Umno,” he said before Najib spoke at the meeting.


Wednesday, February 24, 2010

PAKATAN RAKYAT HANYA IKTIRAF SIVAKUMAR:NIZAR

IPOH – Pakatan Rakyat tetap menolak Datuk R Ganesan sebaliknya mengiktiraf dan mengesahkan V Sivakumar sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dilantik mengikut lunas-lunas perundangan.

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, Ganesan tetap dianggap sebagai ‘orang haram’ bukan Speaker DUN sebagaimana yang diperkatakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN), Datuk Hamidah Osman.



Menurutnya, tidak ada sebab beliau dan ADUN Pakatan Rakyat (PR) perlu menerima Ganesan sebagai Speaker sedangkan pelantikannya tidak mengikut saluran perundangan yang betul.

“Usul untuk melantik Ganesan sebagai Speaker dikemukakan oleh Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dengan disokong oleh Hamidah adalah tidak sah disebabkan pada ketika itu Zambry sudah digantung daripada menghadiri sidang DUN oleh V Sivakumar. :

“Jadi, kenapa mereka minta saya dan ADUN PR menerima Ganesan sebagai Speaker sedangkan ia adalah ‘orang haram’,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Exco Kanan Kerajaan Negeri yang juga ADUN Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman, kelmarin yang meminta beliau dan PR akur serta menerima Ganesan sebagai Speaker yang sah.

Nizar berkata, walaupun Mahkamah Persekutuan Putrajaya telah mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah, ia tidak bermakna PR juga menerima Ganesan sebagai Speaker.

Katanya, dua situasi itu berbeza dan pihaknya akur dengan keputusan mahkamah bagaimanapun dalam soal Speaker, PR tetap tidak boleh menerima lantikan Ganesan.

Beliau berkata, pihak pakatan akan meneruskan siri-siri ceramah di seluruh negeri Perak untuk menjelaskan kepada rakyat senario politik yang berlaku di negeri ini.

“Sambutan amat memberangsangkan, bukan sahaja permintaan dari kalangan ahli-ahli PR bahkan badan bukan kerajaan (NGO), ahli jawatankuasa surau turut menjemput kami mengadakan sesi ceramah di kawasan mereka.

“Malah, Kedah dan Selangor turut menjemput kami mendekati rakyat merungkaikan kemelut politik yang berlaku sepanjang setahun.

“Sebenarnya mereka juga ingin tahun kenapa angka 5-0 untuk kes siapa Menteri Besar 9 Februari, kenapa tidak 3-1 atau 3-2,” katanya. S/H

Tuesday, February 23, 2010

SALAM MAULIDUR RASUL

Oleh Wan Hamidi Hamid

Empat negeri dilaporkan akan menyambut Maulidur Rasul pada Jumaat ini tanpa mengadakan perarakan sebagaimana yang biasa dianjurkan di kebanyakan negeri lain. Sambutan di negeri-negeri berkenaan akan ditumpukan kepada kuliah dan ceramah agama serta zikir dan berzanji.

Tidak tedengar pula bantahan atau kecaman dari mana-mana pihak terhadap kerajaan negeri atau Menteri Besar Johor, Pahang dan Perlis yang ditadbir oleh Umno.

Sebaliknya, Kelantan yang dipimpin Pas teruk diseranah Umno dan kumpulan-kumpulan penyokongnya kerana negeri itu akan menyambut Maulidur Rasul dengan syarahan agama dan solat khas di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu malam Jumaat ini tanpa sebarang perarakan.

Begitu juga kata-kata “anti-Islam”, “cauvinis”, “tidak pedulikan sensitiviti Islam”, “menafikan Islam”, “meniru Singapura” dan “penghinaan besar kepada umat Islam” telah dilemparkan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang dituduh mahu membatalkan perarakan Maulidur Rasul di negeri berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini mempertikaikan kewibawaan kerajaan negeri Pulau Pinang apabila merpersoalkan: “Saya mahu bertanya kepada kerajaan Pulau Pinang khususnya Guan Eng. Adakah dia mahu menunjukkan satu sikap baru bahawa dia tidak lagi bersama mendukung hasrat dan cita-cita umat Islam di negeri berkenaan?”

Kecaman Muhyiddin terhadap Guan Eng dibuatnya berdasarkan laporan tidak lengkap yang berbau fitnah yang telah disebarkan oleh kumpulan-kumpulan pro-Umno termasuk Utusan Malaysia.

Telah dijelaskan bahawa isu “pembatalan” perarakan itu timbul apabila salah satu dari beberapa kertas cadangan awal yang sedang dibincangkan oleh Jawatankuasa Hal-Ehwal Agama Negeri baru-baru ini telah tersebar kepada umum. Sedangkan keputusan muktamadnya ialah menganjurkan perarakan di samping beberapa acara lain selama tiga hari berturut-turut.

Pada Khamis malam Jumaat ini, majlis bacaan Yasin dan tahlil akan berkumandang di semua masjid di seluruh Pulau Pinang. Pada pagi Jumaat pula, satu perarakan Maulidur Rasul pimpinan Timbalan Ketua Menteri I Dr Mansor Othman akan diadakan di mana kemuncaknya ialah perhimpunan ummah di Dewan Sri Pinang.

Pada Sabtu dan Ahad ini, umat Islam dijemput menyertai majlis bacaan Kitab Sirah Rasulullah SAW di Masjid Negeri Pulau Pinang.

Selain itu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Pulau Pinang Abdul Malik Kassim dilaporkan berkata kerajaan negeri turut menganjurkan pameran Tamadun Islam dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia dan Jabatan Mufti Pulau Pinang di ruang legar Dewan Sri Pinang.

Dalam pada itu, apabila Guan Eng menjemput Muhyiddin dan Tun Abdullah Ahmad Badawi selaku bekas Perdana Menteri yang turut mengkritik “pembatalan” perarakan itu untuk menyertainya Jumaat ini, kenyataannya itu tidak pula diberikan liputan meluas dalam media arus perdana.

Guan Eng turut dipetik oleh media alternatif sebagai berkata: “Utusan Malaysia berbohong dan saya tidak mahu Muhyiddin memalukan dirinya sendiri dengan mempercayai pembohongan itu.”

Difahamkan pada tahun-tahun 2003, 2004 dan 2005, tiada perarakan rasmi Maulidur Rasul dianjurkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang. Sebaliknya hari kesyukuran itu diisi dengan program-program agama yang diadakan dalam premis dewan-dewan sekolah dan dewan orang ramai.

Abdullah Badawi pun lupa agaknya tentang sambutan tanpa perarakan itu di negeri kelahirannya kerana sibuk dengan tugas-tugas sebagai Perdana Menteri, walau pun Maulidur Rasul pada masa itu disambut di sekitar Seberang Prai, tidak jauh dari kawasan Parlimen Kepala Batas.

Pada masa itu tidak pula timbul soal Umno dan Gerakan yang menerajui Pulau Pinang menghina Islam atau berfikiran sempit kerana tidak menganjurkan perarakan.

Semua ini telah terdedah di merata pelusuk alam maya. Banyak blog telah mengemuka dan menyebarkan butir-butir tentang perkara ini sejak seminggu yang lalu walau pun media arus perdana tidak mempedulikan fakta-fakta yang ada.

Sebagaimana yang dilaporkan oleh portal berita internet, pimpinan jabatan dan hal-ehwal Islam di Johor, Pahang dan Perlis menyatakan bahawa perarakan Maulidur Rasul tidak perlu diadakan kerana ia lebih afdal disambut melalui ceramah agama, majlis berzanji dan aktiviti lain yang dianggap lebih bermanfaat.

Memang tidak manis, malah biadap jika ada mana-mana pihak mahu menuduh kerajaan negeri Johor, Pahang dan Perlis sebagai “anti-Islam”, “cauvinis”, “tidak pedulikan sensitiviti Islam”, “menafikan Islam”, “meniru Singapura” dan “penghinaan besar kepada umat Islam” kerana tidak akan menganjurkan perarakan hari kesyukuran itu.

Cuma kerajaan negeri Pulau Pinang dan Kelantan serta badan-badan hal-ehwal Islam negeri berkenaan perlu banyak bersabar dan beristiqamah dengan segala tuduhan yang dilemparkan terhadap mereka berhubung isu sambutan Maulidur Rasul tahun ini.M/I


* The views expressed here are the personal opinion of the columnist

Friday, February 19, 2010

GOOD BYE - PRU-13:TIADA SIMBOL PAS BUAT IBRAHIM TANDING DI PASIR MAS

PAS tidak akan memberi laluan kepada Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali untuk bertanding semula di kubu kuatnya di bahagian Parlimen Pasir Mas, Kelantan atas lambang parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

“Tidak, kami tidak akan membenarkan Ibrahim Ali bertanding atas tiket PAS lagi... apa yang diputuskan pada tahun 2008 bersifat sekali sahaja, itu adalah keputusan ‘one-off’,” kata ahli jawatankuasa PAS Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah

Ahli Parlimen Kota Baru itu berkata pihaknya sudah memutuskan dari dahulu lagi bahawa ruang yang diberikan kepada Ibrahim dua tahun lalu hanya bersifat “sekali sahaja”.

“Keputusan ini bukan yang baru, memang dari dulu lagi kami sudah memutuskan demikian. Pada pilihan raya umum akan datang PAS akan meletakkan calon di kerusi Pasir Mas, sama ada Ibrahim Ali tanding atau tidak, PAS tetap akan meletakkan calon sendiri,” kata bekas pengarah pilihan raya PAS Kelantan ini.

“Keadaan 2008 tidak akan berulang, sebaliknya jika PAS letak calon, BN letak calon, Ibrahim juga mahu bertanding, maka akan ada saingan tiga penjuru... balik kepada keadaan asal seperti tahun 2004 di mana beliau kalah teruk,” kata Wan Abdul Rahim yang juga Yang Dipertua PAS Kota Baru.

Sebelum ini Ibrahim, ahli Parlimen Bebas pernah berkata bahawa walaupun beliau telah memutuskan kerjasama dengan PAS tetapi “hubungan di segi sahabat, berkongsi maklumat dan cita-cita politik masih macam biasa”.

“Saya kekal sebagai calon Bebas, maknanya, saya boleh berkawan dengan sesiapa, boleh bertegur sapa dengan sesiapa, kritik sesiapa, dan semuanya boleh kritik dan hentam saya.

“Maksudnya (saya) tidak memihak pada mana-mana pihak tetapi bebas,” katanya.

Ibrahim menjadi ahli Umno sejak 1981 tetapi telah dipecat pada 2003.

Ekoran tindakan itu, Ibrahim bertanding di kawasan Pasir Mas pada 2004 sebagai calon Bebas tetapi gagal.

Pada tahun 2008, Ibrahim bertanding menggunakan simbol PAS tetapi duduk di Dewan Rakyat atas kapasiti sebagai calon Bebas.

PAS menawarkan Ibrahim untuk menggunakan simbolnya.

Pada tahun 2004 kerusi Pasir Mas dimenangi calon PAS iaitu Ismail Noh yang memperoleh 17,526 undi manakala calon BN, Abd Rahim Abd Rahman mendapat 16,275 dan Ibrahim pula 6,198.

Dua tahun lalu, Ibrahim menerima 28,673 undi manakala calon BN, Ahmad Rosdi Mahmud 19,682.

“Permusuhan” antara PAS dan Ibrahim mula tercetus awal tahun lalu selepas wakil rakyat itu dilihat mengkritik semua pihak tidak kira parti termasuk Pakatan Rakyat.

Situasi itu menyebabkan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta beliau meletakkan jawatan dan bertanding semula di kerusi berkenaan.

Ibrahim kemudian menubuhkan Majlis Bertindak Rakyat Kelantan (MTRK) dan yang terbaru Perkasa.

Wan Rahim juga berkata berdasarkan maklumat yang beliau terima kemungkinan Umno juga akan meletakkan calonnya Pasir Mas dalam pilihan raya umum akan datang.

Walaupun Perkasa dikatakan menjadi pertubuhan bukan kerajaan yang mencabar peranan Umno tetapi parti dominasi BN itu menganggap Ibrahim sebagai rakan mereka. M/Insider

Thursday, February 18, 2010

BN DAN PAKATAN RAKYAT DALAM NUJUM PAK BELALANG

Soalan 1

Tukang Soal : 'Didalam baju hamba, ada sebatang kayu yang telah dipilih,bagaimanakah kita mahu tahu yang mana Barisan Nasional (BN) dan yang mana Pakatan Rakyat (PR)..??'

Ahli Nujum Negara : 'Mintak pada hamba..!! Apabila sebatang kayu diletakkan di dalam air, yang condong ke bawah itulah BN dan yang menegak ke atas itulah PR..'

Tukang Soal : 'Sebabnya...!!??'

Ahli Nujum Negara : 'Sebabnya... Kita pun tahu sekarang ini parti BN hampir tenggelam dengan setiap sekutunya termasuk di Sabah dan Sarawak terus bergoncang dan dilanda krisis berterusan, manakala PR walaupun berasal dari ideologi berbza namun berjaya disatukan demi agenda perubahan untuk rakyat dalam PRU akan datang'

Soalan 2

Tukang Soal : 'Dua ekor anak itik yang baru menetas, yang manakah BN dan yang
manakah PR..??'


Ahli Nujum Negara : 'Ini senang saja, kita letakkan ke dua-dua anak itik ke dalam bekas berisi air, yang mengejar itulah PR dan yang lari itulah BN..'

Tukang Soal : 'Sebabnya...!!??'

Ahli Nujum Negara : 'Sebab PR konsisten menuju ke Putrajaya dengan agenda perubahannya yang jelas seperti yang ditekankan di Shah Alam 19 Disember lalu, manakala BN khasnya Umno masih kekal dengan isu perkaumannya.

Soalan 3

Tukang Soal : ' Ada sebuah masealah,

Satu... baaaanyak-banyak!!... Dua... sedikit-sediiiiikit....!!! Tiga... jarang-jarang!!!... Empat... kad-dang, kad-dang,

Apa itu..???'


Ahli Nujum Negara : 'BN!!!'

Tukang Soal : 'Buktikan..!!'

Ahli Nujum Negara : 'Satu... Baaanyak-banyak... Ertinya, ahli BN memang banyak dalam negara ini...

Dua... Sedikit-sediiikit... Ertinya, sedikit sahaja yang berani bersuara dari
bilangan ahli BN yang banyak itu...

Tiga... Jarang-jarang... Ertinya, jarang-jarang yang kita dengar pemimpinnya berani melawan rasuah dan kemungkaran walaupun ia di depan mata...

Empat... Kad-dang, kad-dang... Ertinya kad-dang, kad-dang kita dengar dan
lihat ada pemimpin tertinggi BN yang mahu mendengar suara ahlinya...'


Soalan 4


Tukang Soal : 'Di manakah terletaknya kekuatan Laksamana BN khasnya Umno..? Di kerisnyakah? atau di jenteranyakah..?'


Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan Laksamana Umno bukan terletak pada kerisnya ataupun pada jenteranya...'

Tukang Soal : 'Di mana terletak kekuatannya..?'

Ahli Nujum Negara :
'Kekuatan Umno hanya terletak pada TOYOL-TOYOLnya!!'

Tukang Soal : 'Buktikan!!'

Ahli Nujum Negara : 'Laksamana Umno begitu bergantung kepada toyol-toyolnya untuk menonjolkan kekuatannya... Iaitu toyol dari Media Prima, toyol dari Berita Hairan, Hairan Metro, Polis serta toyol dari Kosmos dan Utusan Meloya.. Toyol-toyol inilah yang menampakkan Laksamana UMNO nampak hebat walaupun hakikatnya mereka luka parah...'

Soalan Extra

Tukang Soal : 'Kalau Ahli Nujum telus mata dan betul bijaksana...!!! Apakah yang ada di dalam genggaman beta...????'


Ahli Nujum Negara : '........... ISA !!!..'

ISA di sini ada dua maksud, satu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan satu lagi calon Umno/BN di Bagan Pinang, Isa Samad. Kemenangan Isa dipuja dan dipuji walaupun jelas rekodnya sebagai perasuah besar dalam Umno.

Oleh:Masdar Wahid(Harakahdaily)

JANGAN REMEHKAN ISU HALAL

SESEKALI masyarakat Islam di negara ini digemparkan dengan dakwaan sesuatu produk itu diragui status halalnya. Mereka akan menjadi begitu cemas serta menjadi berhati-hati dalam membuat pembelian makanan atau produk berkaitan.

Tidak kurang juga yang menjadi jaguh debat, pantas menuding jari kepada pelbagai pihak yang dipertanggungjawabkan dengan penguatkuasaan halal.



Pihak ini bagaimanapun gagal menuding jari kepada diri sendiri, gagal melihat kepada kelemahan dalam membuat penilaian dan pemilihan sebelum membuat transaksi pembelian.

Daripada roti kepada sosej, ubat gigi dan pinggan mangkuk, itu ialah antara produk yang dikaitkan dengan isu halal beberapa ketika dulu.

Terdapat juga laporan mengenai beberapa produk kesihatan yang diuji dan didapati tidak halal kerana mengunakan kapsul gelatin daripada babi.

Cuma apabila 'ribut' berakhir, sesetengah pengguna Islam kembali ke takuk lama. Soal keliru atau terpedaya tidak lagi menjadi polemik menghiasi ruangan berita atau surat pembaca. Keprihatinan mereka tentang halal tidak ubah seperti 'ribut di dalam cangkir'!

Tidak persoal

Mereka tidak lagi memberatkan status halal haram dan kembali makan apa sahaja yang sedap pada tekak meskipun di premis yang tidak memaparkan logo atau sijil halal.

Mereka juga membeli apa yang menarik perhatian tanpa ada rasa tanggung jawab untuk meluangkan masa, membaca label produk, meneliti kandungan ramuan mahu pun memeriksa nama atau identiti pengilang!

"Masa belajar di luar negara, saya memang teliti kalau nak membeli barang makanan. Balik ke Malaysia, saya beli apa sahaja, lagi pun produk buatan Malaysia tidak mungkin tidak halal," kata Nor, seorang pekerja swasta memberitahu penulis apabila ditanya pandangannya tentang isu halal.

"Ada tulis halal, mesti halalkan?," soal seorang peniaga yang rata-rata barang yang dijualnya makanan ringan dan pembelinya kebanyakan kanak-kanak sekolah.

Satu daripada produk yang begitu laris dijual ialah serbuk pelbagai warna perasa yoghurt yang diisi di dalam sampul plastik panjang. Produk dari Filipina ini mempunyai perkataan 'halal'.

Sikap Nor dan peniaga ini mungkin juga dikongsi sebahagian besar masyarakat pengguna Muslim di negara ini. Antara tidak tahu atau tidak mahu ambil tahu, ramai yang akhirnya dikhuatiri terpedaya dan tertipu!

Pandang remeh

Menurut Pengarah Hub Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Saimah Mukhtar, meskipun perkataan halal itu sendiri tidak wajar dipandang remeh tetapi keadaan itulah yang banyak berlaku sekarang.

"Di premis makanan bukan Islam, letak sahaja perkataan halal atau lihat juruwang atau pelayan bertudung, ramai orang Islam yang masuk makan.

"Begitu juga jika penjual itu pakai kopiah putih, terus buat andaian orang Muslim dan beli apa yang dijualnya.

"Inilah sikap sesetengah orang Islam kita yang pandang ringan soal halal," katanya kepada Bernama dalam satu wawancara baru-baru ini.

Beliau turut menarik perhatian kepada sesetengah pengguna Islam yang sanggup berkunjung ke sesebuah premis makanan bukan Islam hanya kerana ia mempamerkan perkataan "bebas babi" atau "bebas alkohol".

"Ini amat mengelirukan. Tak ada babi atau tak ada alkohol tak bermakna halal," tegas Saimah.

Beliau menegaskan sesetengah pengguna Islam juga tidak memberatkan aspek 'thoyiban' yang boleh dikaitkan dengan semua aspek positif seperti berzat, bersih, berkualiti, selamat dan tidak membawa kemudaratan kepada manusia.

Dalam sesetengah kes, ada juga orang Islam yang sanggup berkunjung ke premis makanan bukan Islam meskipun tiada jaminan halal hanya kerana makanan yang dijual sedap.

Penolong Pengarah, Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan, Bahagian Hub Halal Jakim, Amri Abdullah memberitahu Bernama, beliau pernah mengajukan soalan kepada pelanggan Islam ketika membuat operasi di sebuah premis makanan.

Pelanggan berkenaan, katanya, dengan wajah yang selamba menjawab,: "Makanan sedap ustaz." meskipun beliau maklum pengusaha restoran tersebut bukan orang Islam.

Dalil halal

Di samping gaya hidup yang sihat, makanan sering dikaitkan sebagai faktor penting yang menentukan tahap kesihatan dan kesejahteraan minda serta tubuh badan seseorang individu.

Bagi masyarakat Islam, pemilihan makanan sewajarnya bukan sahaja mengutamakan kandungan khasiat atau zat.

Ini kerana Islam mempunyai piawaian atau standard tersendiri iaitu 'halalan thoyiban' (halal, baik dan selamat) dalam soal makanan dan pemakanan.

Perkara ini banyak ditekankan melalui firman-firman Allah SWT serta hadis Rasulullah SAW.

Antara firman Allah SWT ialah dalam surah Al Baqarah ayat 168 yang bermaksud: "Wahai manusia! Makanlah dari (makanan) yang halal dan baik yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, syaitan itu musuh yang nyata bagimu."

Pengaruh halal kepada peribadi

Kehalalan makanan mengikut syariat agama mempunyai pengaruh besar kepada pembentukan serta perkembangan peribadi seseorang Muslim.

Ini bermakna setiap makanan yang tidak halal yang dimakan oleh seseorang Muslim akan menjadi menjadi darah daging dan akan memberi kesan kepada pembentukan serta perkembangan peribadinya.

Justeru, mulia atau buruknya peribadi serta pekerti seseorang Muslim itu ternyata bersandar kuat kepada halal atau haram makanan yang masuk ke dalam perutnya.

Jika haram makanan yang dimakan, ia bukan sahaja akan menjejaskan ketakwaan dan nilai ibadat seseorang individu Muslim itu tetapi juga akan mengakibatkannya dicampak ke dalam api neraka.

Maksud halal

Halal berasal daripada perkataan Arab yang membawa makna 'dibenarkan' atau 'dibolehkan' oleh hukum Syarak.

Jakim menggariskan 'hukum Syarak' bermakna undang-undang Islam dalam mazhab Syafie atau dalam mana-mana mazhab Maliki, Hambali atau Hanafi yang telah mendapat persetujuan Yang di-Pertuan Agong.

Undang-undang itu juga telah dikuatkuasakan dalam Wilayah Persekutuan atau oleh Raja bagi mana-mana negeri dikuatkuasakan di dalam negeri berkenaan.

Konsep Halalan Thoyiban juga bukan hanya terbatas kepada bersih dan suci daripada babi atau najis tetapi juga mengambil kira aspek yang lebih meluas untuk apa sahaja yang hendak dimakan, diminum atau digunakan.

Antaranya halal dalam cara memperolehnya yang tidak melalui cara haram seperti mencuri, merompak atau rasuah dan piawaian ketat Islam ini juga mencakupi cara pemprosesan serta penyimpanan. Bermula dari ladang sampai ke meja.

Takrif di bawah Akta Perihal Dagangan

Di samping itu, takrif 'Halal' juga diperjelas di dalam Akta Perihal Dagangan (APD) 1972 di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan "Halal") 1975, takrif 'Halal' bukan terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda daripada binatang yang orang Islam dilarang oleh hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut hukum Syarak.

Ia juga bermaksud tidak mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut hukum Syarak.

Ia juga tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengkut hukum Syarak.

Impak perbahasaan

Perintah tersebut juga menggariskan peraturan membabitkan penyediaan pemprosesan serta penyimpanan yang tidak bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak-kehendak di atas atau apa-apa benda yang dihukum najis mengikut hukum Syarak.

Takrif 'Halal' di bawah Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan) mempunyai implikasi yang mungkin tidak disedari pengguna lebih-lebih lagi pengilang.

Menurut Saimah, ia mempunyai kesan yang cukup besar meskipun tidak ada akta setakat ini yang mewajibkan produk atau industri menggunakan perkataan halal sama ada dalam bentuk logo atau perkataan.

Beliau memberi contoh 'perbahasaan' termasuk perkataan halal (Rumi atau Jawi), ayat Quran, perkataan Allah, Muhammad atau Bismillah, gambar Kaabah, perempuan bertudung, lelaki bersongkok yang boleh ditafsirkan sebagai halal.

"Apabila pihak industri atau premis atau apa mana-mana pihak menggunakan perbahasaan itu, terbukti tidak halal, atau sebaliknya, tindakan boleh di ambil di mana denda sehingga RM250,000 boleh dikenakan.

"Peranan Jakim ialah sebagai badan pensijilan yang memberi pengesahan halal melalui sijil logo, sementara tindakan boleh diambil sama ada oleh KPDNKK atau Kementerian Dalam Negeri," jelas Saimah. -- Bernama

Friday, February 12, 2010

SANTAPAN MATA DAN HALWA TELINGA DIHUJUNG MINGGU

o

Peguam PAS gesa CC ‘buka balik’ kes Hasan, Khalid

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, Feb 12 — Dilihat sebagai perkembangan yang jarang-jarang berlaku, penasihat undang-undang PAS menggesa jawatankuasa pusat parti itu agar mengkaji semula keputusan jawatankuasa disiplin membabitkan dua pemimpin Selangor yang kini mencetuskan reaksi tidak senang di kalangan sesetengah pihak.

Hanipa Maidin ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata beliau akan meminta jawatankuasa pusat agar mengkaji semula penghakiman yang diumumkan agar ahli parti akanmelihat keputusan ini sebagai adil dan seimbang.

“Sama ada kedua-dua mereka mengemukakan rayuan ataupun tidak, jawatankuasa pusat mesti mengkaji semula keputusan yang dibuat jawatankuasa disiplin,” kata beliau.

Beberapa pemimpin PAS termasuk daripada kalangan sayap pemudanya telah melahirkan rasa puas hati dengan keputusan jawatankuasa disiplin itu dengan ada yang melabelkan sebagai “wayang” semata-mata.

Dalam keputusan diumumkan 29 Jan lalu jawatankuasa disiplin menjatuhkan hukuman menggantung kesemua jawatan dalam parti disandang oleh Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad. Pesuruhnjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali pula diberikan amaran.

Hujung bulan lalu, Jawatankuasa Disiplin PAS memutuskan Khalid digantung enam bulan daripada menjadi Yang Dipertua Shah Alam dan Ahli Lajnah Politik PAS Pusat manakala Hasan Ali diberi amaran bertulis.

Mereka didapati bersalah di bawah fasal 75 Perlembagaan PAS. Khalid didapati bersalah kerana mendedahkan maklumat sulit parti dan mengkritik Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali. Hasan pula didapati bersalah mengkritik prosedur tatacara pendengaran Selcat dan pelantikan pengurus besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Liow Siew Moi.

Hanipa memberitahu berdasarkan pengalaman beliau sebagai seorang peguam keputusan yang diumumkan bulan lalu tidak kelihatan sebagai sesuatu yang “logik dan rasional serta munasabah”. “Keputusan yang dibuat mesti kelihatkan logik dan rasional dan boleh diterima,” kata beliau yang juga anggota jawatankausa pusat PAS.

Dalam dunia politik baru kata beliau, orang ramai khususnya ahli-ahli parti mahu melihat sesuatu keputusan itu dapat diterima dengan logik dan rasional.

“Saya mendapati hukuman ke atas Khalid dan Hasan tidak seimbang, sepatutnya hukuman ke atas Hasan lebih berat berbanding ke atas Khalid,” kata beliau.

Jawatankuasa pusat PAS akan bermesyuarat Ahad ini. Bagaimanapun Hanipa yang mengakui tidak dapat menghadiri mesyuarat kali Ahad ini berkata, beliau tetap akan membangkitkan isu berkenaan.

Beliau juga mahu menulis surat kepada lembaga disiplin bagi mendapatkan penjelasan tentang alasan yang digunakan untuk mencapai keputusan mereka.

Hanipa berkata beliau akan menentukan tindakan susulan berdasarkan penjelasan yang akan diberikan oleh jawatankuasa disiplin kelak. “Saya akan menulis kepada jawatankuasa disiplin juga... tengok dulu apa penjelasan mereka,” katanya.

Kelmarin dipetik Harakah Daily, Pengerusi jawatankuasa disiplin Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan dicapai mereka terhadap Khalid dan Hasan perlu mengikut saluran yang ada dan bukannya mengkritik secara terbuka.

Tuan Ibrahim yang juga Naib Presiden PAS berkata berkata mengkritik jawatankuasa itu secara terbuka adalah tidak wajar memandangkan parti mempunyai saluran khas iaitu Jawatankuasa Rayuan bagi menerima sebarang bantahan.

“Kalau ikut prosedur parti, memang dilarang, kita tak puas hati kita bantah Jawatankuasa Disiplin, sepatutnya tidak berlaku.

“Mana-mana tak puas hati, ikut peraturan yang ada, pergi ke jawatankuasa rayuan yang ada,” katanya.

Selain tidak sepatutnya berlaku, Tuan Ibrahim juga mengingatkan pihak yang tidak berpuas hati itu berhenti dari mengkritik secara terbuka kerana ianya boleh membentuk satu persepsi salah terhadap Jawatankuasa Disiplin dan PAS itu sendiri.

“Kita ada adab kita, ada akhlak kita dalam jamaah yang kita kena jaga, kalau tak boleh jaga akhlak, mengkritik tanpa adab, bukan sahaja menggambarkan kita tidak beradab tetapi yang lebih besarnya takut kita membentuk satu persepsi salah,” kata beliau.


Thursday, February 11, 2010

GIVE ALL A CHANCE

Saya tertarik dengan tajuk akhbar The Star hari ini yang menyiarkan ulasan Perdana Menteri Najib Tun Razak terhadap keputusan 5-0 Mahkamah Persekutuan semalam. Akhbar itu membawa tajuk:

Give Zambry a chance, says Najib
(Beri Zambry peluang kata Najib)

Beliau berkata dengan keputusan ini Zambry sepatutunya diberi peluang memimpin Perak dan sebarang masalah atau ketidakpuasan hati terhadap pentadbiran BN Perak dibawa pada PRU akan datang.


Bagi saya itu saranan yang bijak cuma malangnya kenapa hanya di Perak? Kenapa tidak begitu juga di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor? Sepatutnya beliau juga menyarankan:


Give Nik Aziz, Azizan, Guan Eng and Tan Sri Khalid a chance!

Macam mengapa di negeri-negeri Pakatan Rakyat ini kerajaan Persekutuan BN terus menganggu dan tidak memberi kebebasan pada kerajaan-kerajaan negeri pilihan rakyat mentadbir negeri masing-masing.

Contohnya mengapa perlu ada JKKKP apabila kerajaan negeri sudah melantik JKKK nya? Mengapa peruntukkan kepada kerajaan-kerajaan negeri ini disekat-sekat? Mengapa kerajaan negeri tidak dilibatkan dalam program Persekutuan di negeri masing-masing? Mengapa apabila PM dan Menteri turun ke negeri-negeri ini, kerajaan negeri dianak-tirikan?

Benar beri peluang pada Zambry, tapi jangan pula dipinggirkan Nik Aziz, Azizan,Guan Eng dan Tan Sr Khalid. Sebagai PM Najib perlu sedar bahawa kerajaan-kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor juga sah dan perlu dihormati dan diberi pengiktirafan. Negeri-negeri ini semua membentuk Persekutuan Malaysia,oleh itu sebagai PM Persekutuan beliau perlu adil dan saksama pada semua negeri-negeri yang bernaung di bawah Persekutuan.

Kalau BN Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor ghairah sangat mahukan kuasa, tunggu-tunggulah sehingga PRU ke 13 nanti apabila rakyat keluar kembali untuk membuat keputusan. Sementara itu hormatilah keputusan rakyat dimana-mana pun.

http://n32.blogspot.com/

Wednesday, February 10, 2010

YB SALLEHUDDIN AYUB SINGGAH DI BIDOR.

Dah kurus sikit YB Sallehudin,tahun lepas jumpa kat ceramah di Tapah Road agak berisi sikit,ape idaknya banyak tanggungjawab dan amanah yg digalas.
Yang sempat disediakan,mujo ade pasar malam hari ni dapat le beli soto ayam ,popia dan putu piring...Alhamdullilah..ayo teh tarik le.
Jamuan ala kadar saje yang dapat disediakan,YB Sallehhudin rupenya gemo dengan putu piring,abih le 6 biji kuih tu.
Yb dan rombongan juge bersolat kat rumah ,malam ni ceramah kat Batu Hampar katenya,berbuallah sikit tentang keadaan Perak Darul Kartun.

RAYUAN DITOLAK HAKIM MAHKAMAH PERSEKUTUAN

Oleh Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Keputusan penolakan rayuan saya oleh 5 orang hakim mahkamah persekutuan di Putrajaya pagi tadi (9 Feb 2010) telah diduga dan ramai rakyat Malaysia jua mengagakkan yang sama. Namun keputusan yang mengiyakan keputusan mahkamah rayuan terdahulu, tidak sekali menghalalkan rampasan kuasa kerajaan PR oleh Najib Tun Razak pada 5 Feb 2009. Ia juga tidak mengesahkan/ menghalalkan kerajaan BN yg diterajui oleh YB Zambry Kadir


Apa yang jelas, hakim telah mengenepikan segala prinsip perlembagaan dan dahuluan (precedents) yang dibuat terdahulu oleh ramai hakim terulung dalam kes yang seakan2 sama sebelum ini. Kita menerima dengan terbuka hati dalam kesedihan kerana keputusan ini cukup berisiko tinggi di masa akan datang bagi negara Malaysia yang mengamalkan sistem pengasingan kuasa, demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan. Keputusan ini cukup merbahaya kepada masa depan falsafah dan doktrin ini.

Implikasinya ialah Yg di Pertuan Agong atau Sultan berkuasa memecat dan melantik sesiapa sahaja sebagai Perdana Menteri atau MB tanpa ke Parlimen atau DUN. Sistem pilihanraya juga boleh tercemar. Ini yang dikhuatiri akibat keputusan tesebut.

Apapun kita tetap percaya bahawa mahkamah hanya mentafsir undang2 dan penentuan siapa kerajaan dan siapa MB mesti ditentukan oleh rakyat melalui pilihanraya bebas dlm pembubaran DUN. Saya merayu agar semua penyokong PR khususnya di Perak agar bertenang dan bersabar dlm menghadapi masa yang getir ini. Yakin dan percayalah bahawa pasti ada hikmah dan barakah dalam ketentuan pagi tadi. Jangan kita bertindak melulu dan liar serta membuat sesuatu provokasi. InshaAllah kita akan atur strategy bagi menghadapi sebarang kemungkinan kerana masih ada 2 kes di mahkamah tinggi KL dan mahkamah session Ipoh untuk menentukan status dan kedudukan 3 ekor katak yg melompat tempoh hari. Kita trus berdoa.

Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga dan rakyat Perak yg menyokong PR dan akan trus menyokong PR demi keadilan dan kebenaran terlaksana di Perak. Saya juga bermohon banyak kema'afan dan keampunan kepada semua jika terdahulu ada terkeluar kata2 atau perwatakan yang tidak disengajakan. Lawan tetap lawan bagi memulihkan demokrasi dan memberi semula hak kepada rakyat Perak yang mana hak tersebut telah di rampas oleh UMNO BN. Tertanya juga kadang2 bahawa masih ada tangan2 ghaib yang menghantui kebebasan hakim sehingga tergamak sedemikian rupa!!

Selamat berjuang. Hidup Rakyat.!!

http://kamparinn.blogspot.com/

Tuesday, February 9, 2010

Ha..Ha..Ha..Akulah MB PERAK!!



Ha.. Ha.. Ha.. Akulah Menteri Besar Perak yang sah dan sekarang.. Apa korang nak kata itu korang punya suka.. Aku peduli apa..

Korang nak kata aku Penguasa Haram ka, Aku Menteri Besar Hamsah (Haram+Sah ) ka, nak kata aku Menteri Besar Mahkamah ka… itu korang punya suka.. sikit aku tak hairan..

Ha.. Ha.. Ha.. Ha.. Ha..

Bubar DUN?? Ha.. Ha.. Ha.. mimpilah korang.. Ha.. Ha.. Ha..

Barangkali itu yang terlintas di fikiran Zambry semasa sedang ketawa..


sumber:Anak Sungai Derhaka

KALAU BERANI BERTARUNG DI "MAHKAMAH RAKYAT" -DS NIZAR


PUTRAJAYA, 9 Feb: Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mencabar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir supaya membubarkan Dun Perak dan bertarung di 'mahkamah rakyat'.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap di hadapan ratusan penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang masih berkumpul di pekarangan Mahkamah Persekutuan tengah hari ini.

Bercakap pada sidang media sebelum itu, beliau berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya berhubung Menteri Besar Perak yang sah tidak dapat menyelesaikan kemelut yang berlaku di negeri itu.

Sehubungan itu, katanya Dun Perak perlu dibubarkan supaya dipilih semula wakil untuk menyelesaikan masalah yang berlaku itu.

Begitupun, beliau menerima keputusan mahkamah itu.

“Kita terima keputusan mahkamah walaupun ia menyedihkan bagi kita,” ujarnya yang juga Adun Pasir Panjang.

Beliau juga menyeru rakyat supaya bertenang dan jangan ada yang bertindak dan melakukan provokasi.

Baginya, keputusan itu merupakan petanda amat hitam di Malaysia kerana rakyat negeri Perak mahu diberi ruang sebesar-besarnya untuk memilih pemimpin negeri.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang menyifatkan mahkamah belum lagi bebas daripada pengaruh pihak-pihak tertentu.

“Keputusan ini tidak menyelesaikan kemelut negeri Perak. Keputusan ini juga ketepikan apa yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia, ia juga menjadi demokrasi lebih kusut,” katanya.

Tambahnya, Pakatan Rakyat (PR) akan memperhalusi dan meneliti keputusan tersebut.

Para penyokong PR bersurai sekitar jam 12.05 tengah hari.


UMNO SUDAH BOLEH TULIS NAMA ATAS PASIR

Bila bercakap dengan mereka berjiwa pembangkang dan anti-establishment, antara perkara paling sering disebutkan ialah ‘kematian demokrasi’ di Malaysia. Benarkah?

Sekiranya ‘demokrasi’ hanyalah sekadar mengadakan pilihanraya (walaupun di sebalik wujudnya pengundi hantu, daftar pemilih yang boleh dipertikaikan, undi pos dan sebagainya yang mencemarkan proses pilihanraya itu sendiri), maka demokrasi bagi ‘puak-puak’ tertentu, terutamanya dalam UMNO-BN yang menguasai kerajaan adalah masih wujud.

Mereka yang lebih cerdik dan sentiasa membuka mata- seluasnya mungkin pula merasakan sudah timbul gejala di mana demokrasi di Malaysia sedang nazak bersama parti yang sentiasa mendabik dada dengan ungkapan “kita adalah sebuah negara demokratik”.

Pendapat mereka ini bersandar kepada hakikat betapa doktrin pengasingan kuasa yang sepatutnya memisahkan kuasa penggubal undang-undang, kuasa badan eksekutif dan kuasa kehakiman, yang merupakan ciri terpenting demokrasi hanya tinggal sebagai sebutan sahaja apabila peristiwa demi peristiwa yang berlaku memperlihatkan kepada umum betapa kerajaan UMNO-BN memiliki kuasa, pengaruh atau cengkaman terhadap ketiga-tiga badan ini.

Dalam pada itu ramai yang merasakan agak lucu (tapi menyusahkan) apabila pegawai kerajaan dan anggota badan penguatkuasa undang-undang tertentu main pukul borang menganggap kerajaan dan parti memerintah itu sama.

Sudah tentu ia tidak berakhir di situ apabila terdapat pemimpin (termasuk pemimpin tinggi) UMNO-BN berkongsi perihal pukul borong ini. Dan sudah tentu lagi amat memalukan apabila lebih daripada 50 tahun menguasai kerajaan tidak faham perkara semudah ini.

Apakah yang dapat kita katakan tentang sifat dan keupayaan minda mereka? Tentu banyak. Inilah antara kebebalan yang menyebabkan mereka yang bertanggungjawab mentadbirkan kerajaan Persekutuan enggan memberikan royal minyak kepada negeri-negeri yang tidak diperintah oleh parti mereka sedangkan perjanjian royalti minyak ditandatangani di antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri tidak kira sama ada kerajaan negeri di perintah oleh parti berlambang dacing, atau bulan atau hatta parti cap kapak sekalipun.

Ini sesungguhnya perkara paling mudah. Anda tidak perlu menjadi professor undang-undang untuk memahami perjanjian seperti ini. Namun kepada pemimpin UMNO-BN perkara semudah ini boleh menjadi perkara sukar dan berbelit-belit.

Tatkala Terengganu diperintah oleh PAS, kerajaan Persekutan menghentikan pemberian royalti minyak dan sebaliknya diberikan sebagai wang ehsan yang disalurkan oleh badan yang bunyinya macam pejabat kerajaan. Maka pelbagai alasan berbelit-belit yang diberikan. Namun bila UMNO-BN kembali memerintah, boleh pula diberikan sebagai royalti pula?

Perihat double standard seperti ini menyebabkan ada orang bertanya. “Jenis otak macam mana yang menterjemahkan perjanjian sekejap boleh sekejap tak boleh, sekejap wang ehsan sekejap royati ini?”

Begitulah juga halnya dengan tuntutan royalti minyak rakyat Kelantan. Apabila kerajaan negeri yang diperintah oleh PAS mendedahkan mengenai perolehan minyak di perairan mereka, maka bertegang uratlah pemimpin UMNO-BN, termasuk pemimpinnya dari kalangan anak rakyat Kelantan sendiri kononnya, tak ada perjanjian Kelantan seharusnya diberikan royalti minyak. Berbelit-belit alasan yang diberikan.

Bila didesak dari kiri dan kanan oleh pemimpin PAS, juga pemimpin kanan UMNO sendiri seperti YBM Tengku Razaleigh Hamzah yang lebih arif tentang perjanjian bersabit royalti minyak, dan rakyat umum Kelantan termasuk yang menyokong UMNO sendiri, akhirnya UMNO-BN, mahu tak mahu terpaksa akur juga. Tetapi bukan royalti minyak tetapi wang ehsan yang tidak setimpal dengan hasil perolehan minyak negeri berkenaan.

Jumlah RM20 juta wang ehsan yang diberikan oleh kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri Kelantan ialah ibarat memberikan wang lima sen kepada orang yang berhak menerima RM20 daripada sejumlah wang RM120 yang diperolehi.

Ada rakyat Kelantan yang tergelak dengan pemberian sebanyak ini, ada yang menangis, mengeluh, menyumpah dan macam-macam lagi. Tapi rakyat Malaysia pula bertanya RM20 juta ini dari perjanjian mana pula sedangkan kata kerajaan UMNO-BN tidak ada perjanjian.

Apakah kerajaan Persekutuan yang diperintah oleh UMNO-BN boleh suka-suka mengeluarkan Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Persekutan atau dana-dana lain di bawah pentadbiran dan kuasa kerajaan Persekutuan hanya kerana di desak berbuat demikian atau kerana mahu memenangi pilihanraya (dengan janji meluluskan projek ini dan itu). Jenis pentadbiran apakah ini?

Sebenarnya tak payahlah cerita tentang 1Malaysia sekiranya kerajaan Persekutan yang ditadbirkan oleh UMNO-BN masih lagi merasakan Kelantan dan negeri-negeri lain yang tidak ditadbirkan oleh parti mereka adalah seolah-olah wilayah asing.

Apakah 1Malaysia hanya boleh wujud hanya apabila semua negeri diperintah oleh UMNO-BN? Apakah ini yang menyebabkan ada pemimpin tertentu UMNO-BN yang berperi-peri mahukan PAS menyertai BN, atau mewujudkan kerajaan perpaduan dengan UMNO?

Apakah pemimpin UMNO tidak faham betapa dalam demokrasi semangat federalisme tidak mengambil kira siapa yang memerintah negeri mana.

Inilah yang disebut oleh Mursyidul Am PAS YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Julai tahun lalu apabila menegaskan beliau mahu BN menjunjung semangat federalism seperti yang kehendaki oleh Perlembagaan Malaysia. Kata beliau, “Saya usulkan hubungan dua kerajaan (negeri dan Pusat) dipulihkan dengan semangat federalisme.”

Tapi malangnya pemimpin UMNO-BN mendapati sukar untuk memahami perkara sebegini mudah. Balik-balik mereka mahukan PAS bersama UMNO (dalam apa juga bentuk) sehingga menyebabkan Nik Aziz merumuskan UMNO dalam keadaan amat terdesak berkelakuan ibarat kisah dalam Hikayat Laila dan Majnun.

Kata Tok Guru lagi, “Nak sangat bersama, sampai orang dah tak mahu pun dia nak jugak, jadi boleh tulis nama atas pasir pun jadilah.”


Oleh:Shirzad Lifeboat

Monday, February 8, 2010

LAGI GAMBAR KONVOI PR DI BIDOR

Sebelum kite menikmati lagi gambo2 yg menarik ni kita cuci mate dulu dan sejukkan hati dengan pokok limau yang comel ni,memang cantikkan....dipekan Bidor bile aje musim tahun baru cina banyak le pokok2 ni mewarnai pekan Bidor.Semuanya untuk dijual.
Kereta yang mengiringi konvoi PR ,dengan membawe ketiga2 bendera parti.
Inilah bas yang membawa semua adun PR menuju ke selatan negeri Perak. Deme nunggu Ustaz Misbah...rupenya dia pi pekene cendol kat bawah pokok...mujo tak kene tingge ustaz...kalu idak tido kat Bidor le.
Ketua Muslimat Tapah Kak Salmah,saje aku suruh dia pose kat pokok limau ni..bagi dia kembali bertenaga nengok pokok limau yg segar ni ,kan ape...jauh lagi nak ronda ni...dengonya pukul 3 pagi baru sampe rumah.
Mereka dengan bangganya mengibarkan bendera PAS di sekitar Pekan Bidor....mule le puak umno ni dengki.....kejap lagi dengo le komen deme.
Datuk Ngeh meninjau buah2 limau yang dijual,mana satu nak beli ye Datuk....banyak beno,tak tau nak pilih mane..last2 beli 2 kotak yg memang cantik buahnya tu..itupun berebut nak bayo dengan Ustaz Abu Bakar.
Semua kedai di Pekan Bidor kami terokai...sambutannya amattttttt le baik dan mereka semuanya amat terkejut,gembira dan pastinya tak menyangka akan dikunjungi oleh pemimpin yg selama ini hanya dilihat di surat kabo dan kekadang di tv aje....
Dikerumuni di kedai memandu .....ni le kedai nak belajo kete yg popular kat Bidor...murah dah mesra rakyat...macam adun2 PR juge le....mesra dan ramah- tamah menyantuni rakyat.
Name lagi Unit Amal,koje deme ni sentiasa aje le beramal tanpa mengharap balasan,menjage lalulintas pun boleh......hari tu polis jadi pemerhati aje le,seronok deme tak yah buat kojekan....
Kami berkonvoi beramai2......menyusuri jalan2 di Pekan Bidor.
Ni anggota polis,mule dia takut nak ambik katenya dia tengah bertugas,tapi si baju kuning tu pun ambik le juge kertas tu dan terus masuk dalam poket...tak kan kene buang koje pulak ye.
Riuh tauke kedai ni sembang...macam dah selalu beno jumpe.....


Alhamdullilah,selesailah sudah kerja2 aku ni,dah masuk 2 hari ngadap komputer....almaklum le berambat dengan koje2 lain juge...namun ianya dapat juge le disiapkan walau tidak le sehebat laman blog2 yg tersohor lagi hebat tu.

Terima kasih atas kerjasama semua petugas2 Unit Amal Tapah,Nisa' Tapah serta kepada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ni.Tanpa kalian semua tak mungkin aku dapat menyiapkan semua ini dengan jayanya.

Sekali lagi terima kasih,tak lupe kepada Blogger Sendiri mau ingat,aku nak simpan gambo tu ye,sibuk nangkap gambo orang ,aku tak begambo langsung....kan ape nak buat kenang2an dihari2 tua yang mendatang nanti.Insyaallah.

KONVOI PAKATAN RAKYAT DI PEKAN BIDOR....LAYANNNNN GAMBO

"Awak speaker Perak tu ya"saya tahu ceritanya,tak sangka dapat jumpa disini"ni alih bahasa le,mat salleh tu punye le teruja dapat jumpe dengan adun PR ni,lame gak deme nyembang,siap mat salleh tu mintak kad pada Datuk Ngeh lagi.
Ustaz Abu Bakar dan YB PR menyantuni tauke kedai jam ni.
CHAIYOO...Nisa' Tapah,you all the best....aku bangga dengan deme ni,mula2 malu le pulak tak pernah buat koje gini tapi Alhamdullilah deme cepat belajo,nanti I belanja you all ye..yg yeop belakang tu numpang sekaki ke?
Meriah dengan ramai ahli DAP Sungkai yang turun padang...sesak jalan kome..
Datuk Ngeh bersalaman dengan pengunjung kedai...Pekan Bidor banyak kedai makan dan penduduknya pun ramai ,kalau nak ronde mau 1 hari juge le baru abih...
Semangat yang gigih lagi istiqamah Ustazah Bariah ,Ketua Muslimat Pas Perak dan Puan Salmah Ketua Muslimat Tapah yg tak pernah letih dan sentiasa tersenyum...inilah contoh mujahidah kita...takkan yg mude pun penat kot...
Encik Usop sangat seronok hari tu...jadi aku ambik gambo ni nak bagi dia tengok...ngape tak dibawa Kak Mon tu sekali..kan lagi seronok dapat couple dengan mem.
Unit Amal yang gigih lagi tak kenal penat,Farid baru2 hari balik dari Yaman tapi terus jalankan tugas yg digemarinya,cuti sampe bulan 3 katanya...
DAP Sungkai ni menanti ketibaan konvoi PR dengan membawa bendera2 PR.
Berkumpul dulu untuk menjelajahi Pekan Bidor.....kita serang(bukan dgn S4 ye) tapi dengan senyuman dan akhlak yang baik lagi berhemah....sambung nanti lagi ye.

Sunday, February 7, 2010

GAMBAR MESRA BERSAMA RAKYAT -PART 3

Anak-anak muda cina ini turut bersama menjamu selera....sedap kari ayam dengan ikan masin lagi.
Warga emas ni memang spoting abih nye,makan dengan tangan tanpa kekok le pulak..fuyoooo.manyak sedap ooooo
Sudah abih tambah lagi ma...nasi manyak lagi....1000 orang mari, mau makan pun boleh.
Tekun beno NYDP Pas Tapah ni,Hj Yusuf Noor dengan laptopnya mendaftar pengundi baru,orang dok sibuk makan dia last sekali baru makan..contoh pemimpin yg baik.
Dah terang periuk ni nampaknya...cukup ke kome oi.....ade lagi spare jangan riso...tambah le lagi,jangan malu...tapi sendiri mau ingat..
Ini nasi manyak sedap o..sapa masak......
Datuk Ngeh sempat balas sms lagi..".kita sudah sampai Tapah ...fuyoo..banyak syok le ini Tapah,makan pun ada...semua ada...
Speaker Perak,YB Sivakumar memang tak lekang dengan senyuman,...cuaca paneh pun dia senyum gak...
Peserta konvoi sedang menjamu selera,makanannya same aje ye,tak de beza pun,sendiri ambik le,....lain le puak tu...meja bulat dok dalam econ lagi...
Banyak gelas tu kan ape cuaca paneh,ayo kene minum banyak,lepas ni nak ronda jauh lagi...kita makan dulu.....
Inilah suasana pada hari semalam,sape yang tak mai tak merase le makan nasi minyak orang Batu Masjid,memang sedap,secukup rase le pulak....kari ayam oleh muslimat Bukit Indah.


TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA WARGA TEMOH DAN TAPAH YANG DATANG MERAIKAN KONVOI PAKATAN RAKYAT.JUMPA DI BIDOR PULAK.....TUNGGUUUUUUUUUU


Related Posts with Thumbnails