Penceramah yang dinantikan semua bangsa yang hadir malam tu Dato Sri Ir Hj Nizar Jamaludin MB Rakyat,begitu bersemangat menceritakan kisah beliau didalam Parlimen,nampak letih namun tetap hebat sebagai pemimpin yang disanjungi dan disayangi rakyat.
Malam tu pecah rekod,di khabarkan 3 orang penceramah aje,tapi aku kira dah kat 10 orang yang memberi ucapan.....lepas ni jawab le kat SB......
Pengawal lalu lintas yang sentiasa beristiqamah,yang tidak perlu polis lagi,merekalah yang sentiasa beramal ,tanpa gaji lak .....UNIT AMAL TAPAH.
Orang ramai yang membanjiri Tapah Road, bersila lagi best ye........
Ni gambo Shida 'tangkap curi' le.........
Khemah ni dipenuhi oleh kaum Cina dan India yang awal lagi dah mengambil tempat menanti kehadiran MB Rakyat.
Muslimat dan orang ramai yang menanti kehadiran ' Hero Malaysia dan Perak', khemah-khemah di sediakan ,kot hujan namun Alhamdullilah cuaca baik sampai selesai.
SAHABAT2 SEPERJUANGAN
Followers
Monday, June 29, 2009
CERAMAH DATO MAHFUZ OMAR DI BT 3,TEMOH TAPAH
Penceramah utama Dato Hj Mahfuz Omar sedang mengupas isu-isu semasa yang hangat di waktu ini,walau hujan .......
Penceramah-penceramah diatas pentas utama,Saudara Surianarayanan,Saudara Rahim Nordin danYB Teja memberi sepenuh perhatian terhadap ucapan YB Mahfuz.
Peniaga yang hebat dan gigih Sarimah dan Kak Limah,boleh buat bisnes lagi nanti........
Gerai Nasi Lemak Dewan Muslimat......lebih sepuluh jenis lauk boleh dinikmati.
Gerai-gerai jualan turut di datangi pengunjung.......

Thursday, June 25, 2009
UMNO BUAT MESYUARAT KHAS 'KERAJAAN PERPADUAN'- PERCAYA KE....
Apa yang ingin aku ceritakan mungkin dah berlaku kat tempat lain dah,namun cerita ini yang aku kutip berlaku kat kampong aku aje pada hujung minggu yang lalu.Sumber yang shahih ni ya bukan rekaan, ahad baru-baru telah berlangsungnya mesyuarat luar biasa umno cawangan aku,kerana mereka telah diarahkan mengadakan satu perjumpaan ahli untuk membincangkan tentang 'kerajaan perpaduan'. Arahan ini diarahkan oleh salah seorang YB di dun Tapah ini.
Dalam kampong kami ni tak lah besar mana pun, rumah yang ada lebih kurang 150 buah,itu pun campur dengan rumah tinggal,rumah kosong dan rumah sewa. Ahad tu berlangsunglah mesyuarat umno sebanyak 3 cawangan dan sehari sebelumnya 1 mesyuarat telah berlangsung. Mesyuarat- mesyuarat tu berjalan serentak dan jarak antara mereka pun lebih kurang 100 meter je,senang cerita aku namakan tempat A,B,C dan D, jam 2 petang hari dan waktu yang sama. Perasmiannya pun YB yang sama gak.
Punyanya bingung mereka-mereka ini, disebabkan masing-masing ingin menjadi ketua maka ditubuhkan cawangan mereka sendiri dan pengikutnya pun orang yang sama gak.Mesyuarat yang berlangsung 2 petang tu menyaksikan pada hari tu macam hari pengundian, mereka berebut -rebut pergi ke rumah penduduk untuk membawa mereka ke tempat mesyuarat,kereta-kereta disediakan siapa yang awal dapatlah ramai. Rumah yang disahkan bukan ahli mereka ,tak lah mereka' tempuh' pun. Hari tu juga menyaksikan yang tempang berpapah ,yang sakit dan tua di ambil dengan kereta dan motor.
Berlangsunglah mesyuarat mereka ,macam biasalah kata-kata yang tak baik dan maki hamun mulalah keluar,yang paling mereka hentam tentulah PAS dan PKR,dengan semangatnya mereka ni sampai dengar kat orang sekeliling yang kebetulan depan tempat mereka mesyuarat tu ada rumah' spy' aku.
Mesyuarat kali ni, yang hadir di beri cenderahati, di tempat A dapat barang dapur berupa senduk,sudu ,garpu dan banyak le lagi,di tempat B pula di beri gula lebih kurang 3 kilo seorang(ambil berkat kot,bior manis) dan tempat C pulak di beri duit RM5 seorang dan yg D lak bagi makan aje,sebab kurang tarikan dan tak ramai pun.
Satu cerita yang aku dapat dari seorang atuk ni yang pergi, kat tempat B ni,dia pun hairan jugak,selalu tak bagi benda pelik-pelik ni tapi kali ni dapat gula lak.(kalau tak rasuah bukan umno namenya) deme kan biasa koje-koje rupa ni, itu kira tak cukup bajet le lagi kot.
Jenuh gak le orang tua ni pikior,tak kisah le tapi yang aku sedih pun ada(sedih sebab dah tuakan diri pun masih tak sedo diri lagi),nak gelak pun ade,katenya balik dari pada mesyuarat tu dia jatuh moto,tangannya luka dan motonya rosak,nampaknya tak berbaloi le dia dapat gula harga 3 kilo baru RM4.50 dan terpaksa repair moto pulak,dapat luka lagi,tu pun masih tak sedo diri gak.......Kesian ko Pak **
Jadi sekarang kesimpulannya apa yang dapat kita katakan disini, siapakah yang telah cuba memecah belahkan perpaduan orang melayu, lihat ajelah perangai mereka ini yang masih
mengate mereka benar, menyatupadukan orang melayu konon,tapi antara mereka pun berebut nak jadi ketua cawangan,masing-masing nak tunjuk kuasa tapi hakikatnya antara mereka pun berpecah.Cermin-cermin kan lah diri kamu UMNO.....dengo name pun dah getik.
Di Bidor ini PAS hanya satu sahaja, yang akan menyambut ulangtahun ke 10 pada bulan 7 nanti yang rumah kami inilah yang menjadi peristiwa bersejarah itu,di rumah ini ,di kampong ini yang mejoritinya orang umno karat,namun PAS telah mula bercambah dan mendapat tempat di hati warga kampong dan sekitarnya. Kami pun tidak pernah dipinggirkan walau pun di dinding rumah kami tepampang lambang bulan sekian lama. Cuma pandai-pandailah kita menangani situasi dan suasana yang berlaku di persekitaran kita,carilah peluang untuk merapati mereka bukan menjauhi mereka.

Sunday, June 21, 2009
SEBAR-SEBARKAN ......
TARIKH : 24 JUN 2009 (RABU)
MASA : 9.00 MALAM
TEMPAT :
MARKAZ PAS ,KAMPONG BATU 3,
TEMOH,TAPAH
.
PENCERAMAH:
1. YB DATO HJ MAHFUZ B OMAR
NAIB PRESIDEN PAS PUSAT
2. YB V SIVAKUMAR
SPEAKER SAH NEGERI PERAK
3. SAUDARA AMRAN HARUN
PEMBANTU KHAS MB RAKYAT
CERAMAH 2
TARIKH : 25 JUN 2009(KHAMIS)
MASA : 9.00 MALAM
TEMPAT :
RUMAH EN MD NIZAR B ISMAIL
LOT 507 JALAN BESAR, TAPAH ROAD.
PENCERAMAH :
1. YB DATO SERI IR HAJI NIZAR B JAMALUDIN
MENTERI BESAR RAKYAT PERAK
AHLI PARLIMEN BUKIT GANTANG
2. SAUDARA APPLASAMY
PENGERUSI KELAB PENYOKONG PAS TAPAH
3. SAUDARA RICHARD WONG
KELAB PENYOKONG PAS PASIR SALAK
SEMUA LAPISAN MASYARAKAT DI JEMPUT HADIR
DIANJURKAN OLEH PAS KAWASAN TAPAH

Friday, June 19, 2009
KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.
Khutbah ini disampaikan pada 9hb.Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatkah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba , oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dan perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak terhadap isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik berlemah -lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini ,sembah lah Allah,dirikanlah sembahyang lama kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikan zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah "Ibadah Haji" sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalan Taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh tu wahai manusia, sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku,menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah,bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hambaMu.....

Monday, June 15, 2009
UNTUKMU WANITA
Saya minta kepada ALLAH setangkai bunga segar,Dia beri kaktus berduri.Saya minta kupu-kupu,diberinya ulat berbulu.Saya sedih dan kecewa.......Namun, kemudiannya kaktus itu berbunga......indah sekali.Dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang cantik.Itulah jalan ALLAH, indah pada masanya.....ALLAH tidak memberi apa yang kita harapkan,tetapi Dia memberi apa yang kita perlukan.....kadang-kadang kita sedih,kecewa,terluka. Tetapi jauh di atas segalanya,Dia telah mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.
SEKADAR RENUNGAN.......
Carilah hikmah dalam setiap ketentuan ALLAH, supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran,setiap yang susah itu pasti ada kesenangan,setiap kesabaran itu pula pasti ada ganjaran,jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita,tiada siapa yang boleh beri halangan ,namun jika sesuatu itu bukan ditakdirkan untuk kita,pasti tidak akan dapat walaupun sudah dalam gengaman..
UNTUKMU WANITA INSAN YANG DIKASIHI...
PELIHARALAH AURATMU WALAU DIMANA KAU BERADA,JANGAN BIARKAN KEINDAHAN DIRI MU MENJADI TATAPAN LELAKI YANG BUKAN MAHRAMMU
INSAN YANG DIKASIHI...
PELIHARA SOLATMU,TUNDUKKAN PANDANGAN MATAMU DI HADAPAN LELAKI YANG BUKAN MILIK MU. KELAK ENGKAULAH YANG BERTUAH MENJADI TETAMU ALLAH.MOGA-MOGA DIRIMU DISAMBUT PENUH KASIH OLEH BIDADARI SYURGA AINUL MARDHIAH
INSAN YANG DIKASIHI...
BERAKHLAK DARI PANDUAN RASULMU,CONTOHI DAN IKUTINYA. PASTI ENGKAU YANG BAHAGIA.SEJUK MATA MEMANDANG BERCAHAYA DUNIA DENGAN HIASAN WANITA SHOLEHAH SEPERTIMU
INSAN YANG DIKASIHI...
JADIKANLAH DIRI MU SEPERTI PERMATA YANG BERHARGA DI CELAH KACA,IKUTI PERINTAH AGAMA, JAUHI LARANGANNYA. AL-QURAN PANDUAN HIDUPMU,HADITH JADI SUMBER RUJUKANMU
INSAN YANG DIKASIHI...
JANGAN BIARKAN DIRI MU HANYUT DENGAN ARUS KEMODENAN. TANPA BEKALAN ILMU DIDADA. RENUNGILAH MASA DEPANMU,TETAPKAN IMAN DIDADA, MOGA IA KEKAL MENJADI PERISAI BUAT DIRIMU. JANGAN KAIL PANJANG SEJENGKAL LAUTAN DALAM HENDAK DIDUGA
Sunday, June 14, 2009
Saturday, June 13, 2009
Sunday, June 7, 2009
KENANGAN PIMPINAN PAS DI TERATAK KU SEKELUARGA.
Bersama YB Sallehhudin Ayub sewaktu ceramah kat Kg Baru, Ayer Keroh,kaum cina memberi respon yang baik terhadap siri ceramah yang diadakan,gambo tak ambik,sebab SB dah banyak beno yang ambik gambo dan buat rakaman video,tunggu jumpa SB le nak ambik gambonya......
Sebelum nak masuk rumah,sempat gak ustaz Nasha mendongak,heran tengok durian sekeliling rumah,jenis pun macam-macam ade......
Tahniah dari kami Ustaz kerana diberi amanah oleh perwakilan dipilih sekali lagi menjadi Timbalan Presiden Pas Pusat,Insyaallah dalam bulan 10 nanti ni ustaz bolehlah lagi kerumah kerna bunga durian mula berkembang dah..........
Ini YB Ustaz Nasharudin Mat Isa, datangnya juga waktu musim durian,semua ade,pulut durian,jemput durian,bubur durian sampai tak lalu ustaz nak makan .
Gambar ni agak lame juge,tak berape jelas sangat,Hj Mahfuz Omar,sekarang dah Datuk dan Tahniah dipilih ke jawatan Naib Presiden Pas Pusat,ni tengah makan durian ,tu tengah kopek durian,dan inilah kali pertama Datuk Hj Mahfuz makan jemput deroyan,Insyaallah hujung bulan ini beliau akan ke Tapah untuk ceramah umum......
Tuan Haji Muhammad Sabu singgah dalam perjalanan ke ceramah di Tanjong Rambutan(Kg halamanku)dah lupe pun tarikhnya....

Tuesday, June 2, 2009
Gambar Program Puasa Sunat di Pusat Khidmat Masyarakat Tapah.
Alhamdullilah,program penutupan puasa sunat dan mogok lapar untuk pembubaran DUN ,yang dianjurkan PR Negeri dan di minta Kawasan-kawasan untuk meneruskannya pada1 Jun telah selamat direalisasikan pada malam tadi.Dimulakan dengan majlis berbuka puasa dengan juadah ala kadar dan seterusnya ,solat maghrib,Isyak dan solat hajat berjemaah.
Walaupun program ini dibuat dalam bentuk dalaman sahaja,namun sebagai menyahut dan mematuhi arahan dari pimpinan,PAS Tapah telah mengambil kira akan program ini sebagai Wala' kepada pimpinan dengan mematuhi segala arahan yang tidak bercanggah dengan syariat.Kehadiran walau tidak begitu ramai dari pimpinan PR yg dijemput, setengahnya mempunyai komitmen yg lain,namun yang hadir memberi kerjasama yg sebaik mungkin.
Untuk program ini kami hanya dijemput menggunakan sms dalam sehari dua sahaja,namun ini perjuangan yang harus kita lalui,walau kesuntukan masa untuk menjemputnya namun ini semua akan menyerlahkan sikap kita terhadap jemaah yg kita dokongi.Program yang di buat secara dalaman ini sedikit sebanyak akan memberi kekuatan dan keinsafan kepada kita untuk meneruskan perjuangan yang semakin mencabar dalam realiti hari ini.
Mungkin kita tidak berpeluang untuk berarak dijalan-jalan dengan sekatan-sekatan yg banyak dari pihak berkuasa,namun ini adalah salah satu ikhtiar kita dengan memohon dan bermunajat kepada ALLAH semoga masih ada jalan dan ruang untuk membubarkan DUN dan PR kembali menerajui negeri Perak . Insyaallah.
Ketua Penerangan Ustaz Awaludin sedang memberi ucapan yang mengharapkan semua pendokong islam dan PR bermuhasabah terhadap kejadian yg berlaku tanpa menyalahkan antara sendiri,garangnya cikgu Taib tu,suruh berhenti cepat ke.......
Ketua Pemuda Ustaz Shamsul memberi sedikit penerangan dan kata-kata semangat.
Ketua Muslimat Puan Salmah sedang memberikan sedikit kata-kata perangsang demi mengukuhkan ikatan antara ahli-ahli demi melalui detik-detik sukar pada waktu ini.
Antara AJK Kawasan dan Pemuda yang hadir di majlis berbuka puasa dan taklimat malam tadi.
Wakil PKR Tapah Saudara Ridzuan, memberi sedikit ucapan mewakili PKR Tapah .
Antara AJK muslimat yang hadir malam tadi.Muslimat cukup baik memberi komitmen walau dimalam hari waktu program berlangsung.
Saudara Abdul Razak penuh semangat memberi kata-kata semangat kepada ahli yg hadir,macam nak terobang je yop......

Monday, June 1, 2009
Salam perjuangan,
Puasa sunat hari ini 1 Jun 2009 buat warga Tapah serta pendokong Islam dan Pakatan Rakyat,majlis berbuka puasa akan diadakan seperti di bawah:
6.00 ptg-ketibaan para tetamu dan ucapan dari pimpinan Pakatan Rakyat.
7.20 ptg- berbuka puasa,solat maghrib berjemaah,membaca yassin.
8.00 mlm-ucapan dari pimpinan Pakatan Rakyat.
10.00 mlm-majlis bersurai.
Dengan ini Pas Kawasan Tapah menjemput semua AJK Pas Kawasan,Dewan Pemuda,Dewan Muslimat,Ketua-Ketua Cawangan dan Setiausaha serta Pimpinan Pakatan Rakyat di Daerah Tapah untuk menyertai program ini bersama.
Makanan untuk berbuka akan disediakan oleh pihak penganjur.Program akan diadakan di Pusat Khidmat Tapah.

Subscribe to:
Posts (Atom)