SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Tuesday, July 28, 2009

PAS TAPAH : CERIA 2

Ape yang direnung jauh tu En Din.....yang tu Din jugak, jadi DJ sebelah petang lak.

Jamuan tengahari disediakan untuk pengunjung yang datang,kari ayam rendang daging,jelatah semuanya sedap......tambah dah lapo main dengan ayo ujan.

Hadiah-hadiah cabutan bertuah memang hebat,barangan elektrik pensonic kome,hadiah utamanya basikal.

Tak de deme ni tak jadi acara sukan le,Nisa Tapah kalau suruh 'posing' mau aje .........

Pameran juga diadakan tentang aktiviti dan sejarah Pas Tapah, dua orang lelaki India ini sedang melihat dan membaca fakta-fakta yang dipamerkan.

Antara para pengunjung yang hadir,menanti dengan sabar dari pagi lagi.

Ini acara isi air dalam botol untuk para ibu.Abih lenjun deme berebut ayo....


Hari keluarga Pas Tapah yang berlangsung pada hari Ahad lalu telah berakhir dengan baik dan jayanya. Walaupun hujan telah turun awal pagi lagi, program tetap dijalankan juga dibawah khemah yang disediakan.Semangat yang tinggi dan kegigihan para urusetia wajar diberi pujian.

Perasmian telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya Pas Perak Ustaz Hj Abu Bakar b.Hussien pada sebelah paginya. Paginya aku tak dapat hadir, kerana menyiapkan urusan yang lain dahulu,namun aku dimaklumkan Saudara JJ wartawan Harakah ada membuat liputan pada pagi itu. Pada sebelah petangnya Akhbar Sinar juga membuat liputan.

Alhamdullilah,semua telah berjalan dengan baik ,maka selesailah acara tahunan gilang gemilang Hari Keluarga Pas Tapah untuk seisi 2009 ini. Insyaallah diizinkan Allah tahun hadapan kita akan bersua kembali dan akan buat yang lebih 'grand' lagi.Kepada semua yang bersama membantu dari segala segi,baik kewangan,tenaga,pengiklan ,sokongan dan cadangan kami mengucapkan jutaan terima kasih. Hanya ALLAH SWT yang dapat membalasnya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails