SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Monday, March 30, 2015

MESYUARAT AGUNG DEWAN MUSLIMAT PAS TAPAH KALI YANG KE 21

Saf kepimpinan muslimat kawasan bersama perasmi mesyuarat agung pada tahun ini.
Doa dan alunan wahyu disampaikan oleh Ustazah Haslinda bt Ismail.  


Para perwakilan dan pemerhati yang turut hadir dalam mesyuarat agung pada kali ini.



Ketua Muslimat Pas Tapah memberi kata-kata laluan pada majlis tersebut,dengan berharap agar semua kepimpinan dari segenap akar umbi terus beristiqamah dalam melaksanakan agenda parti yang didukungi.Dan terus barharap agar kepimpinan yang akan dilantik pada hari ini akan terus melaksanakan tugas2 yang dipertanggungjawab dan meneruskan program-program parti yang belum terlaksana.

Wakil kawasan Pas tapah Ustaz Abdul Muhaimin b. Abdul Malek dalam ucapannya berharap agar muslimat terus menjalankan kerja-kerja dakwah,berani untuk berhadapan dengan situasi dan senario politik alaf baru.Beliau juga berharap muslimat terus kental dan tabah dalam membantu kerja-kerja parti.
 Perasmi Mesyuarat DMP TAPAH pada kali ini,Ustazah Faatihah bt Dato' Sri Nizar dalam ucapan perasmiannya berharap muslimat terus beristiqamah,terus melaksanakan tugas-tugas parti walau dalam kesibukan tugas2 di rumah,bersama anak2 suami dan keluarga.

Beliau juga berharap cawangan-cawangan terus diperkasakan lagi untuk memastikan dewan muslimat menjadi kuat dan mempunyai ramai petugas-petugas untuk melancarkan perjalanan parti diperingkat dewan dan kawasan.

Harapan beliau juga,agar muslimat menggunakan medium yang betul untuk menyampaikan dakwah dan memastikan penggunaan internet tidak disalahgunakan dan berharap muslimat tidak menyebarkan berita-berita yang tidak pasti dan dangkal.



 Puan Kamarol Noorani dipilih sebagai penerima anugerah "Jasamu dikenang" setelah lama berbakti dan mencurahkan keringat dan pengalamannya dalam Dewan Muslimat Pas Tapah.AllAH sahaja yang dapat membalasnya dan semoga beliau terus istiqamah dalam perjuangan.

Muslimat veteran Pas,Puan Northiah yang banyak memberi sumbangan dalam dewan muslimat tapah,sekian lama mengabdikan diri dalam perjuangan PAS.Moga terus istiqamah dan semoga sihat dan terus membantu kami dalam urusan muslimat khasnya.
Related Posts with Thumbnails