SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Tuesday, July 28, 2009

JANGAN BUAT ROMBONGAN........NANTI TAK SAMPAI

1 Ogos bakal menjelang beberapa hari lagi,satu lagi lakaran sejarah akan tercipta kat negara Malaysia yang di katakan aman makmur,kata raya dan berbilang bangsa ni. Maka seantero negeri pun dah bersiap siaga nak turun dengan gerombolan -gerombolan yang akan memakai pakaian merah hitam,tentu gelap le kat ibu negara Malaysia nanti.

Banyak persiapan yang bakal dibuat nanti,siapkan sepanduk,banner-banner dan tentunya yang penting bekalan 'garam' yang akan menjadi alat penting dalam nak buat perhimpunan yang beso-beso macam ni. Kalau yang dah ade topeng muke tu,elok le di bawa lagi senang nak berarak,tak yah nak lari-lari bila kena sembor nanti.Kan ape ,ni sebagai cadangan aje,untuk persiapan,kan' topi merah ' sentiasa akan bersedia bila diarah nanti,jadi kena le sedia ape yang patut.

Lagi satu ni penting juge,jangan le datang nanti buat rombongan lak,inilah yang terjadi kat perhimpunan PPSMI dulu,yang mana satu bas dari Tapah kena 'blok' kat Jalan Duta dan dibawa ke Balai polis untuk di soal siasat. Diharap tak de yang nak 'sponsor' bas lagi,warga Tapah diharap beringat le,dulu orang dah selesai berdemo baru deme ni dilepaskan dan semuanya kelaparan sampai ke petang tidak diberi makan,jadi ingat-ingat le ye. Ape-ape pun kita naik bas biasa aje le,ambik tiket dari sekarang boleh kot.

No comments:

Related Posts with Thumbnails