SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Sunday, May 8, 2011

UTUSAN MELOYA AKAN DISAMAN

Bishop Antony Selvanayagam mendakwa Utusan Malaysia berbohong kononnya Gereja Katolik Pulau Pinang berperanan dalam konspirasi, didakwa mahu menjadikan individu beragama Kristian sebagai perdana menteri sambil menegaskan, ia akan berunding dengan peguamnya mengenai bakal tindakan perundangan ke atas akhbar tersebut.

Katanya, beliau dan pertubuhan itu tiada tahu-menahu mengenai pertemuan yang Utusan Malaysia dakwa telah diadakan untuk menjadikan perdana menteri daripada kalangan komuniti Kristian dan mengubah status agama rasmi negara ini.

“Laporan itu tidak benar. Tiada pertemuan sedemikian di mana-mana gereja Katolik atau kemudahan di sini. Sebaga biskop, saya pastinya tahu,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi malam tadi.

“Ini laporan palsu,” kata Selvanayagam.

Katanya, tiada mana-mana pihak kecuali The Malaysian Insider yangmenghubungi beliau untuk mendapatkan kesahihan maklumat sebelum menerbitkan laporan tersebut.

Justeru ditanya sama ada beliau bercadang untuk mengambil tindakan ke atas Utusan Malaysia, katanya:

“Dengan segera, buat masa sekarang, saya tidak dapat memberitahu apa-apa. Saya perlu berunding dengan Gereja Katolik dan penasihat undang-undang saya.”

Selvanayagam, yang menjadi biskop sejak 1980 juga menolak dakwaan mengaitkan Gereja Katolik dengan konspirasi politik untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara ini.

“Setahu Gereja Katolik, kami tidak terlibat,” katanya sambil menafikan keras tindakan kumpulan-kumpulan Islam untuk membawa gereja ke dalam kontroversi ini dengan menimbulkan isu pertikaian kalimah “Allah”.

Utusan Malaysia edisi semalam membawa laporan muka depan bertajuk “Kristian agama rasmi”, berdasarkan tulisan dibawa beberapa blogger pro-Umno.

Blog-blog itu menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara untuk menjadikan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri, dengan menunjukkan gambar berbintik-bintik yang didakwa mereka sebagai pakatan rahsia antara DAP dan pastor-pastor di sebuah hotel di Pulau Pinang, Rabu lalu.

Perlembagaan Persekutuan tidak memperuntukkan syarat agama atau kaum bagi seseorang menjadi perdana menteri.

Pertubuhan National Evangelical Christian Fellowship (NECF) bersama Global Day of Prayer, Marketplace Penang dan Penang Pastors Fellowship menegaskan dakwaan terhadap komuniti adalah pembohongan dan telah pun menafikan dakwaan blogger berkenaan malam kelmarin.

Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi juga menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan pertemuan paderi dari seluruh negara, yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan, sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.

Menurut wakil rakyat DAP itu, beliau hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi tersebut sebagai tetamu.

Petang semalam, DAP menolak laporan Utusan Malaysia yang mendakwa parti itu berkonspirasi dengan pemimpin-pemimpin Kristian untuk mengambil alih Putrajaya dan menggugurkan status Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Parti komponen Pakatan Rakyat itu juga mendakwa laporan akhbar milik Umno itu satu pembohongan yang bahaya kepada negara.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menegaskan, pembohongan sedemikian bercanggah dengan konsep 1 Malaysia yang dibawa oleh Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno.

Friday, May 6, 2011

AKIBAT BEBANAN TERLALU BERAT....RIBUAN RINGGIT TERBANG...

http://buletinonline.net/images/stories/berita46/pentasrosmah.JPG-Pentas Rosmah RM250,000, peniaga rugi kerana Najib....???

Kos pentas Pandu Puteri Turun Padang Bersama Masyarakat Nelayan, untuk program isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor, adalah bernilai RM250,000.00

Program yang diadakan pada Sabtu 30 April, di Padang Astaka Seberang Pintasan, Dungun, adalah program berkembar lawatan suaminya, Presiden Umno, Najib Razak, ke Dewan Undangan Negeri (Dun) Manir dan Bukit Tunggal.

Dengan harga pentas yang begitu mahal, Rosmah yang juga adalah Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia kini menjadikan pergerakan sukarelawan itu sebagai pergerakan elit.[Gambar kiri]

Lawatan Najib dan Rosmah itu, didakwa menyebabkan rakyat kerugian beribu-ribu ringgit.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rantau Abang, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani berkata program Rosmah itu adalah program biasa tetapi melibatkan perbelanjaan melampau.

Ia perlu ditegur kerana, katanya, dalam keadaan ekonomi serta kewangan negara yang ‘lemah’ tiba-tiba pemimpin bersikap boros.

“Saya rasa tidak seronok apabila ada sumber mengatakan kos perbelanjaan pentas sahaja hingga mencecah melebih RM200 ribu.

“Jika diambilkira semua kos perbelanjaan yang digunakan wang rakyat untuk program melibatkan isteri PM, Datin Rosmah Mansor itu boleh mencecah RM500 ribu atau RM1 juta,” ujarnya ketika dihubungi






TAK PAYAH LE IKUT ESKAY BUAT SUMPAH LAKNAT

Eskay (tengah) mengangkat sumpah laknat Jumaat lalu di Masjid Al-Amru Al-As, Bandar Baru Sentul. — gambar fail
KUALA LUMPUR, 6 Mei — Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menegaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu melakukan sumpah laknat bagi menafikan dirinya sebagai si pelaku dalam video seks, yang didakwa “Datuk T” Mac lalu sementara isu cabar-mencabar mengenai masih hangat diperkatakan.

Mantan pimpinan Abim, Prof Dr Ashraf Md Hashim berkata, Anwar tidak perlu melayan sumpah laknat kerana sumpah laknat disempurnakan oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dikira tidak sah mengikut syariah Islam.

“Jika mengikut syariah Islam, walaupun Eskay membuat sumpah laknat atas kemahuan sendiri tetapi beliau masih tidak memenuhi syarat sah sumpah seperti dalam Islam di mana sumpah laknat perlu dilakukan di mahkamah, sumpah tersebut mesti mendapat kelulusan mahkamah (hakim) dan mesti disaksikan oleh empat saksi.

“Walaupun Eskay dengan rela hati membuat sumpah laknat, namun beliau tidak memenuhi syarat sumpah laknat menjadi sah seperti yang terkandung dalam syariah Islam,” katanya pada diskusi berkenaan hukum qazaf dan sumpah menurut syariah anjuran Abim, hari ini.

Sebelum ini, Eskay telah mengajak Anwar menyertainya untuk melafazkan sumpah laknat di Masjid Al-Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, jika benar Ketua Pembangkang itu bukan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan seorang wanita asing dalam rakaman videoyang didedahkannya, bulan lepas.

Beliau telah mengangkat sumpah laknat Jumaat lalu dengan memegang al-Quran, mengatakan “Aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang telah dipaparkan pada 21 Februari tahun 2011 dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah dalam kenyataan bersumpah ini, maka Allah akan melaknat akan diriku.”

Selain itu, Ashraf turut berkata, dalam syariah Islam, pendakwaan hanya boleh dilakukan apabila cukup empat syarat iaitu orang yang menuduh, pendakwaan dilakukan di mahkamah, orang yang dituduh perlu hadir dan isu yang dimaklumi dibuat kepada penghakiman. Dalam pada itu, Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia Musa Awang berkata, Anwar berhak menolak sumpah laknat mengenai pelaku video seks.

Katanya, jika mengikut syariat Islam, Anwar tidak perlu melayan sumpah tersebut kerana pada asalnya sendiri tidak betul cara dan tempatnya.

Bagaimanapun kata beliau, secara moralnya pula Anwar perlu balas sumpah untuk mengelakkan moral dirinya tercalar.

Naib Presiden Pencerdasan Ummah (Wadah), Dr Abdul Halim El-Muhammady berkata, sekarang ini berlaku kekeliruan yang ditimbulkan media massa hanya memperkatakan berkenaan prosedur sumpah tetapi bukan subjek sumpah ekoran kenyataan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya yang mengatakan mengenai sumpah mubahalah.

“Sebenarnya dalam syariat Islam, sumpah mubahalah hanya berlaku apabila penuduh dan si tertuduh melakukan sumpah laknat. Sumpah mubahalah juga melibatkan akidah. Oleh itu, jika ada pihak perlu bersumpah dan menyuruh sebelah pihak lagi bersumpah adalah tidak benar.

“Ini sekali gus akan mengelirukan masyarakat dan menjadikan sumpah itu sebagai budaya dalam masyarakat. Jadi, buat apa kita sibuk menyuruh seseorang melakukan sumpah laknat. Sebagai orang Islam, apa yang penting, berserah kepada Allah s.w.t., biar Dia yang menentukan siapa yang bersalah, siapa yang tidak bersalah,” ujarnya.

Beliau menambah, kekeliruan ini juga timbul disebabkan media massa yang mengeluarkan berita tidak kena pada tempatnya.

Mereka hanya mengambil kira prosedur sumpah tetapi tidak mengambil objektif sumpah tersebut.

“Kadang kala orang yang membuat sumpah itu, tidak memahami syariah Islam dan tidak merujuk kepada buku syariah sebelum menyatakan sumpah.

“Jika mereka tidak bersumpah di hadapan hakim, sumpah itu tidak dikira sah. Oleh itu, seharusnya kita jangan bunuh adat Melayu, adat Islam dan hanya mengikut kehendak diri tanpa merujuk kepada yang lebih pakar, “ katanya lagi.

Thursday, May 5, 2011

NAJIB JANGAN JADI TALIBARUT AMERIKA!


http://buletinonline.net/images/stories/berita47/najibtalibarut.gif Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak dengan penuh sedar dan sengaja telah dua kali mengeluarkan kenyataan yang menghina umat Islam seluruh dunia.

Sebelum ini, ketika membuat lawatan ke Turki, Najib telah meminta masyarakat antarabangsa memulau Ikhwanul Muslimin daripada penyusunan kuasa di Mesir kerana katanya Ikhwanul Muslimin menjadi punca keganasan.

Bahkan, lebih terus lagi, Najib mengatakan Ulamak terkemuka dunia, Sheikh Yusof al Qardawi adalah penyokong keganasan.

Pengerusi Asian Federation of Muslim Youth (AFMY), Dato' Ustaz Abu Bakar Chik berkata, Najib sekali lagi menghina umat Islam apabila beliau menuduh as Syahid Osama bin Laden, yang dibunuh tentera Amerika adalah menjadi punca keganasan antarabangsa.

"Najib dengan penuh sedar dan sengaja menghina umat Islam apabila beliau menuduh as syahid Osama bin Laden menjadi punca keganasan antarabangsa,

"sebelum ini beliau telah meminta masyarakat antarabangsa memulau Ikhwanul Muslimin daripada penyusunan kuasa di Mesir kerana katanya Ikhwanul Muslimin menjadi punca keganasan bahkan beliau mengatakan Sheikh Yusof al Qardawi adalah penyokong keganasan,"ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewaat petang semalam, Rabu 4 Mei.

Menurutnya, krisis keamanan dan keselamatan dunia yang berlaku pada hari ini adalah disebabkan oleh dasar Barat dan inperialisme mereka yang mahu menguasai dunia lain.

Barat juga, kata beliau, bersekongkol dengan 'konspirasi Yahudi' dan pelobi-pelobi Kristian untuk menghancurkan bangsa dan agama lain didunia ini, terutamanya Islam.

"Sehingga hari ini krisis keamanan dan keselamatan dunia adalah disebabkan oleh dasar Barat dan inperialisme mereka yang mahu menguasai dunia lain yang mereka anggap menentang kepentingan Barat,

"Konspirasi Yahudi untuk menghancurkan umat Islam telah bersepakai dengan konspirasi pelobi-pelobi Kristian dan dalam usaha mereka meneruskan rancangan perang salib ke atas umat Islam,"jelasnya.

Oleh sebab itulah, beliau yang juga Ahli Jawatankusa PAS Pusat berkata, perjanjian Balfore (1948) yang telah berjaya membawa Yahudi ke Palestin dan membentuk negara haram Israel yang dipimpin oleh Zionis di bawah naungan Amerika Syarikat dan sekutu-kutunya.

Menurutnya lagi, melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), telah dilantik beberapa negara yang mempunyai kuasa 'veto' iaitu, Amerika Syarikat, Great Britain, Rusia dan Perancis untuk meneruskan 'konspirasi Zionis'.

Katanya, AS dan sekutu-kutunya kini menggunakan North Atlantic Treaty Organisation (NATO) melancarkan 'imperialisme baru', dengan menggunakan seluruh kekuatan ketenteraan telah menyerang dan menguasai Afganistan serta Iraq.

Oleh itu, katanya, pendirian Najib yang menuduh secara melulu, tokoh-tokoh yang menentang kezaliman dan kepentingan Barat, menggambarkan sikap beliau yang menentang usaha-usaha menegakkan keadilah sejagat berasaskan ajaran Islam.

Justeru, beliau menyeru umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia, agar berdiri teguh dibelakang gerakan Islam diseluruh dunai bagi menumbangkan kerajaan-kerajaan zalim, yang menjadi tali barut kepada 'Brat dan Zionis'.

"Kita (saya) menyeru kepada umat Islam agar berdiri teguh dibelakang gerakan Islam diseluruh dunai bagi menumbangkan kerajaan-kerajaan zalim yang menghina umat Islam dan menjadi tali barut kepada zionis dan pelobi-pelobi Kristian sedunia.

"AS dan Yahudi adalah kuasa-kuasa durjana yang menguasai polisi Order Baru Dunia (New World Order) dan proses globalisasi yang sedang berjalan hari ini,"tegasnya.

Beliau turut mengajak semua semua bangsa dan agama, memperjuangkan Order Dunia Yang Adil (Just World Order) berteraskan kedamaian sejagat yang dimajukan oleh Islam.

SEMPENA HARI KEBEBASAN MEDIA SEDUNIA-BERI KUASA PENUH PADA MEDIA


http://buletinonline.net/images/stories/berita47/pressfreedom.gifSempena Hari Kebebasan Media Sedunia, DAP menuntut agar Kerajaan Pusat segera memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang memaksa semua penerbitan membaharui permit setiap tahun serta yang memberi kuasa penuh kepada pemerintah untuk menggantung atau membatalkan permit tanpa sebarang alasan kukuh.

Desakan ini bukan sesuatu yang baru. Sejak ia diperkenalkan DAP telah dari awal lagi menentang undang-undang yang zalim ini, sebagaimana tuntutan DAP supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Hasutan turut dibubarkan.

Sebaliknya suatu Akta Kebebasan Maklumat atau Freedom of Information(FOI) harus digubalkan untuk menggantikan undang-undang kejam ini yang tidak relevan lagi dalam dunia tanpa sempadan di mana ekonomi kian berteraskan maklumat dan pengetahuan. Kerajaan negeri Pakatan Rakyat telah mulakan usaha FOI di Selangor dan Pulau Pinang.

Walau pun media arus perdana yang dikuasai oleh BN dan UMNO terus menyerang habis Pakatan Rakyat dengan pelbagai fitnah dan tohmaha, usaha untuk membebaskan media daripada cengkaman pemerintah dan kroni-kroni mereka akan tetap diteruskan.

Memang rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa sukar untuk dihapuskan sama sekali tetapi ia boleh dikurangkan. Di peringkat pentadbiran, kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat termasuk Pulau Pinang telah pun membuktikan ia boleh dikurangkan melalui amalan CAT yang beteraskan cekap, akauntabel dan telus. Maka usaha Pulau Pinang mendapat perhatian dan pujian bukan sahaja daripada Laporan Ketua Audit Negara tetapi juga Transparency International. Lebihan bajet yang paling besar dalam sejarah negeri Pulau Pinang menjadikan Pulau Pinang digelar negeri yang paling baik dalam pengurusan kewangan.

Buat masa ini, usaha-usaha murni kerajaan-kerajaan negeri Pakatan tidak diberi liputan meluas oleh media arus perdana kerana mereka dikuasai oleh UMNO dan parti-parti komponen BN yang menyekat kebebasan media. Ini dibuktikan oleh pemecatan Presiden Kesatuan Wartawan (NUJ) Hata Wahari oleh suratkhabarnya Utusan Malaysia, yang juga majikannya, kerana mengeluarkan kenyataan bahawa Utusan Malaysia tidak seharusnya menjadi lidah pengarang UMNO tetapi harus berdasarkan peristiwa yang berkaitan dengan rakyat.

Adalah dikesali media massa bersedia menjadi alat propaganda kerajaan menuduh parti pembangkang sebagai pengkhianat dan yang pelik ialah fitnah dan tohmahan ini dibuat oleh media massa UMNO atas alasan ia adalah kebebasan akhbar. Seperti yang disebut-sebutkan, "The Devil may quote the Scriptures for its purpose!".

Malah, sejak akhir-akhir ini, ada kalangan media arus perdana termasuk TV3 dan Utusan Malaysia yang tidak peduli kepada kesopanan dan kesusilaan sehingga sanggup menyiarkan bahan lucah sebagai berita semata-mata untuk memburukkan kepimpinan Pakatan Rakyat tanpa sebarang bukti yang sah.

Media yang bebas dapat tegakkan demokrasi, keadilan, kebenaran, dan integriti yang kurangkan rasuah dan penyelewengan. Ini telah dibuktikan dengan perbandingan negara yang mengamalkan kebebasan akhbar juga lazimnya adalah negara yang bersih.

Ini boleh dilihat dalam kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International telah merosot daripada No. 33 pada tahun 2002 kepada No.56 tahun lepas kerana kebebasan akhbar tidak bertambah baik tetapi masih dalam kategori "tidak bebas" mengikut Freedom Without Borders.

Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP

Wednesday, May 4, 2011

YAKIN PAS KEKAL DENGAN PAKATAN-ANWAR

Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan keyakinan penuh terhadap kepimpinan PAS dan percaya parti Islam itu tidak akan meninggalkan Pakatan Rakyat sebagaimana diharapkan oleh Umno dan BN.

Sambil menyifatkan cadangan Umno sebagai usaha terdesak, Anwar (gambar) berkata, PAS yang diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan kekal bersama Pakatan Rakyat daripada menyertai BN.

“Isu ini tidak berbangkit, ia adalah usaha terdesak yang dilakukan Umno... Umno terdesak dan kita yakin dengan kepimpinan PAS dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Saya letakkan kepercayaan penuh, usaha dilakukan Umno itu adalah untuk melaga-lagakan PAS, PKR dan DAP, namun ia tidak akan berlaku,” kata beliau pada sidang media di sini.

Hujung minggu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata PAS patut keluar Pakatan Rakyat jika pun memutuskan untuk tidak menyertai BN.

Beliau mendakwa PAS tidak pernah untung apa-apa pun dalam Pakatan Rakyat, malah mereka hanyalah menjadi alat kepada parti DAP.

Najib berkata pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini misalnya, PAS telah bekerja keras, sebaliknya DAP yang dilihat meraih kejayaan daripada usaha keras mereka.

Bagaimanapun Hadi dan pemimpin-pemimpinan kana menolak pelawaan tersebut.

Ditanya mengenai mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat hari ini, Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, fokus utama adalah merangka strategi besar bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

“Setiap dua minggu kita akan berjumpa untuk merangka strategi besar hadapi pilihan raya umum ke-13 yang mana ia juga akan membincangkan mengenai persediaan Pakatan Rakyat dan dasar bersama kita.

“Selain itu, dalam mesyuarat hari ini kita juga menyentuh soal projek Lynas Corporation, yang mana isu ini telah menjadi isu nasional dan antarabangsa... selain kurang ketelusan dan keputusan berbeza yang dikeluarkan... kita desak kerajaan supaya batalkan projek ini,” katanya.

Sementara itu, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, Pakatan Rakyat akan menggunakan Buku Jingga sebagai alternatif untuk rakyat selepas BN gagal melaksanakan sepanjang 53 tahun ia memerintah.

“Kita bergantung kepada Buku Jingga, yang akan kita gunakan sebagai alternatif untuk menangani isu rakyat walaupun kita disekat melalui media, namun kita percaya ia boleh disampaikan,” katanya.

Tambah Anwar, setakat ini respons yang diberikan rakyat berhubung Buku Jingga amat memberangsangkan.

“Rakyat terima baik Buku Jingga ini walaupun kerajaan memfitnah Pakatan Rakyat sebagai pengkhianat negara dan kawasan ceramah di halang polis,” katanya.


"DATUK T" SEMAKIN TERDESAK???

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengetepikan desakan terbaru “Datuk T” yang menuntut Ketua Umum Pakatan Rakyat itu menjalani ujian poligraf berhubung isu rakaman video seks yang didedahkan Mac lalu.

Ketua Pembangkang itu (gambar) ketika ditanya mengenainya menjawab desakan tersebut sebagai “bukan isu.”

Selain itu, pada sidang media yang diadakan petang ini, Anwar lebih banyak berdiam diri apabila diajukan soalan berhubung rakaman video seks itu.

Sebaliknya persoalan-persoalan yang ditanya wartawan dijawab Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan upacara sumpah laknat ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah “tidak betul” kerana tidak mengikut syariat Islam.

Jumaat lalu, Shazryl, salah seorang “Datuk T” melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru al-As walaupun cuba dihalang penyokong PKR.

Dua lagi “Datuk T”, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim.

“Cara sumpah itu salah, sumpah pakai al-Quran tapi hukum dalam al-Quran tak ikut... sumpah itu tidak terpakai.

“Jadi sumpah itu tak betul, kenapa hukum (dalam al-Quran) tak pakai tapi angkat sumpah pegang al-Quran? Kita nak perintah negara bukan kaitkan dengan individu,” kata Hadi.

Semalam Shazryl berkata beliau bersedia untuk melakukan ujian poligraf bagi membuktikan kebenaran berhubung rakaman video seks yang dikaitkan dengan Anwar.

Bagaimanapun tegas Shazryl, Anwar yang perlu melakukan ujian poligraf selain proses itu perlu disiarkan secara langsung di televisyen.

Ini kerana beliau berkata, tujuan mengenakan dua syarat itu bagi mengelakkan sebarang penipuan dan konspirasi yang mungkin akan timbul jika ujian poligraf itu dilakukan.

Tengah hari tadi, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menegaskan pihaknya tidak akan melayan desakan terbaru “Datuk T” yang mahu Anwar turut melakukan ujian poligraf.

Sambil menyifatkan cadangan tersebut tidak perlu dilayan, Azmin berkata, ketiga-tiga “Datuk T” itu seharusnya didakwa di mahkamah syariah dan dikenakan hukuman qazaf kerana membuat tuduhan fitnah.

Related Posts with Thumbnails