SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Wednesday, May 4, 2011

"DATUK T" SEMAKIN TERDESAK???

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengetepikan desakan terbaru “Datuk T” yang menuntut Ketua Umum Pakatan Rakyat itu menjalani ujian poligraf berhubung isu rakaman video seks yang didedahkan Mac lalu.

Ketua Pembangkang itu (gambar) ketika ditanya mengenainya menjawab desakan tersebut sebagai “bukan isu.”

Selain itu, pada sidang media yang diadakan petang ini, Anwar lebih banyak berdiam diri apabila diajukan soalan berhubung rakaman video seks itu.

Sebaliknya persoalan-persoalan yang ditanya wartawan dijawab Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan upacara sumpah laknat ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah “tidak betul” kerana tidak mengikut syariat Islam.

Jumaat lalu, Shazryl, salah seorang “Datuk T” melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru al-As walaupun cuba dihalang penyokong PKR.

Dua lagi “Datuk T”, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim.

“Cara sumpah itu salah, sumpah pakai al-Quran tapi hukum dalam al-Quran tak ikut... sumpah itu tidak terpakai.

“Jadi sumpah itu tak betul, kenapa hukum (dalam al-Quran) tak pakai tapi angkat sumpah pegang al-Quran? Kita nak perintah negara bukan kaitkan dengan individu,” kata Hadi.

Semalam Shazryl berkata beliau bersedia untuk melakukan ujian poligraf bagi membuktikan kebenaran berhubung rakaman video seks yang dikaitkan dengan Anwar.

Bagaimanapun tegas Shazryl, Anwar yang perlu melakukan ujian poligraf selain proses itu perlu disiarkan secara langsung di televisyen.

Ini kerana beliau berkata, tujuan mengenakan dua syarat itu bagi mengelakkan sebarang penipuan dan konspirasi yang mungkin akan timbul jika ujian poligraf itu dilakukan.

Tengah hari tadi, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menegaskan pihaknya tidak akan melayan desakan terbaru “Datuk T” yang mahu Anwar turut melakukan ujian poligraf.

Sambil menyifatkan cadangan tersebut tidak perlu dilayan, Azmin berkata, ketiga-tiga “Datuk T” itu seharusnya didakwa di mahkamah syariah dan dikenakan hukuman qazaf kerana membuat tuduhan fitnah.

No comments:

Related Posts with Thumbnails