| KEPALA BATAS, 25 Sept: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan dakwaan yang telah dibuat oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican semalam yang mendakwa Kerajaan Negeri menggunakan wang dari sumber judi Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang untuk program miskin tegar.
Guan Eng berkata, sejumlah 90 peratus dari mereka yang tergolong dalam miskin tegar adalah masyarakat Melayu. Namun begitu, katanya harus diketahui bahawa baki sebanyak 10 peratus lagi adalah di kalangan masyarakat bukan Melayu dan bukannya beragama Islam. "Jumlah yang kita gunakan untuk masyarakat bukan Islam tidak harus dipertikaikan. Manakala bagi masyarakat Islam kita sedia maklum apa yang baik untuk mereka dan apa pula yang sebaliknya. "Oleh kerana itu, maka usaha Umno memburukkan kerajaan negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat (PR) ini sebenarnya tidak akan menjadi nyata kerana rakyat sudah tahu dan faham mengenai usaha mereka untuk menjatuhkan serta mencalarkan imej kerajaan negeri," katanya. Menurut beliau lagi, jika sebelum ini Umno melalui Reezal juga telah menuduh kerajaan negeri menggunakan wang dari sumber judi untuk pemberian RM100 kepada warga emas dan tidak menjadi kenyataan setelah dinafikan dengan fakta, kini mereka beralih pula kepada wang kepada penerima miskin tegar. Kata Lim lagi, adalah tidak munasabah untuk Kerajaan Negeri memberi sumbangan dari sumber judi kepada masyarakat Islam di negeri ini. "Kita juga tahu apa yang boleh dan tidak boleh untuk diberikan sebagai sumbangan kepada masyarakat Islam. Oleh kerana itu janganlah Umno menjadikan isu ini sebagai modal politik mereka walaupun hendak mencari semula pengaruh yang hilang. "Umno sepatutnya malu dengan kenyataan ini kerana merekalah sebenarnya yang menguasai kepimpinan Kerajaan Pusat bersama Barisan Nasional (BN) yang meluluskan kesemua lesen judi yang ada di seluruh negara ini. "Bak kata pepatah menepuk air ke dulang terkena muka sendiri. Inilah umpama yang patut saya nyatakan kepada Umno dan BN yang cuba mencari kesalahan PR sejak kita mula memenangi pilihan raya 2008 yang lalu sehinggalah ke hari ini," tegasnya lagi. Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan program 'Pembersihan Pantai Antarabangsa' di Pantai Robina, Teluk Air Tawar, Butterworth pagi tadi. |
SAHABAT2 SEPERJUANGAN
Followers
Sunday, September 26, 2010
UMNOLAH YANG PATUT MALU.....
Saturday, September 25, 2010
CARTOON-O-PHOBIA TETAP DILANCAR.......
| KUALA LUMPUR, 25 Sept: Meskipun tanpa kehadiran Zunar, majlis pelancaran buku Cartoon-O-Phobia tetap diteruskan di Dewan Perhimpunan Cina-Selangor (KLSCAH) malam tadi dengan dirasmikan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.
Fazlina dalam ucapannya mewakili Zunar mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyokong dan peminat Zunar yang setia memberikan sokongan terhadap perjuangan Zunar mendidk rakyat melalui karya-karya kartun beliau. "Zunar sebelum ini sudah berbincang dengan saya apa yang akan dicakapkan pada malam ini. Belaiu kata pada saya, beliau tidak mahu sentuh pasal politik tapi cuma mahu cakap pasal perjuangan beliau melalui media yang nampaknya sangat ditakuti. "Zaman Tun (Abdul) Razak dahulu adalah fear of comunist tapi zaman (Datuk Seri) Najib ini fear of cartoonist," katanya disambut dengan gelak tawa hampir 200 orang yang memenuhi dewan. Fazlina yang hadir ditemani peguam, Fadiah Nadwa Fikri turut membacakan pesanan Zunar yang dihantar melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) kepadanya petang semalam. "Tangkapan ini tidak akan mengubah pendirian saya untuk membongkar penyelewengan dan korupsi kerajaan malah tindakan ini mengesahkan tajuk buku (Cartoon-O-Phobia) bahawa kerajaan takut dengan kartun. "Mereka boleh kurung badan saya tapi mereka tidak boleh kurung otak saya," kata Zunar dalam sms yang dibaca Fazlina. Sementara itu, Nizar dalam ucapan perasmiannya menyifatkan tindakan pihak polis menyerbu dan merampas buku-buku Zunar serta menahannya untuk disoal siasat sebagai menunjukkan 'kekartunan' mereka. "Apabila pihak polis bertindak begini dan mahu mengharamkan buku kartun Zunar, ini merupakan satu tindakan yang menujukkan 'kekartunan' mereka. "Adakah negara ini mahu kembali ke zaman 30 hingga 40 tahun ke belakang? Kalau mereka haramkan buku ini pun, orang tetap boleh dapat daripada pelbagai sumber khususnya daripada internet," kata Nizar yag juga ahli Parlimen Bukit Gantang. Nizar secara berseloroh mencadangkan agar istilah Cartoon-O-Phobia dimasukkan ke dalam Wikipedia agar rakyat mengetahui maksudnya bahawa kerajaan takut pada kartun. "Kita mintak buat Wikipedia Cartoon-O-Phobia supaya bila kita tengok sahaja, kita boleh tahu apa maksudnya. "Kita jugak secara senyap dan lembut berterima kasih kepada (Datuk Seri) Hishammuddin kerana turut mempromosikan buku ini, daripada orang tak tahu, jadi tahu mengenai buku ini," katanya yang turut disambut dengan gelak tawa hadirin. Menurutnya juga, Umno Barisan Nasional mula menyedari bahawa zaman kegemilangan mereka bakal berakhir dan mula melakukan tindakan untuk mengugut rakyat terutanya golongan muda yang mula menyokong Pakatan Rakyat. "Ramai rakyat Malaysia khususnya golongan muda menyokong Pakatan Rakyat. Mereka mahu supaya perubahan besar dan mereka sedar di atas kezaliman yang berlaku di negara kita hasil buatan Umno Barisan Nasional dan mereka dapat kesedaran itu melalui kartun-kartun yang dilukis Zunar. "Umno sekarang ini berada dalam suasana akhir hayat. Hayat dia tinggal nyawa-nyawa ikan. Biasanya manusia ini kalau dia sampai ke tahap akhir hayat, dia akan buang tabiat dan buat sesuatu yang melucukan," katanya. Turut berucap malam tadi, ketua editor laman web Malaysiakini, Steven Gun. Dalam pada itu, setakat awal pagi tadi, Zunar yang ditahan kira-kira jam 4.30 petang semalam telah dibawa ke tujuh balai polis. Beliau dibawa ke balai polis Brickfields, Ibu Pejabat Polis (IPD) petaling Jaya, Serdang, Puchong, Bukit Puchong, Sepang, dan akhirnya ke KLIA. Zunar ditemani peguamnya, Latheefa Koya. Pagi ini, beliau dibawa ke Mahkamah Majistret Sepang untuk mendapat perintah tahanan reman. Dalam serbuan di pejabatnya semalam, polis telah merampas sebanyak 66 naskhah Cartoon-O-Phobia yang sepatutnya dibawa ke majlis pelancaran itu. Walaupun orang ramai yang hadir tidak boleh mendapatkan buku itu di majlis pelancaran malam tadi, mereka tetap membuat pesanan daripada kakitangan pejabat Zunar yang membuka kaunter di luar dewan. |
Thursday, September 23, 2010
SAMBUTAN HARI RAYA PAS TAPAH
MASA:9.30 PAGI
TETAMU JEMPUTAN:
YB WONG KAH WHO
(ADUN CANNING MERANGKAP KETUA DAPSY PERAK)
SAUDARA CIKGU AHMAD IDZAM B. AHMAD
(TIMB. PENGERUSI LAJNAH BURUH PAS PUSAT MERANGKAP PENGERUSI IKATAN ANAK PERAK DI PERANTAUAN)
SEMUA MASYARAKAT DI JEMPUT HADIR.
Tuesday, September 21, 2010
HAPUSKAN SEMUA KUMPULAN 'GANGSTER'
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu pihak Polis menumpukan usaha membanteras gangterisma secara menyeluruh dan bukannya tertumpu pada kaum India sahaja seperti yang dipinta oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah.
Jika pihak Polis mengikut kehendak emosi Murugiah, masalah gangterisma tidak akan selesai kerana ia bukan wujud kalangan kaum India sahaja. Kenyataan Murugiah dengan sendiri memberikan gambaran buruk tentang masyarakat India dan ini tidak sewajarnya dilakukan oleh beliau sebagai seorang Menteri.
Gejala gangterisma ini harus dihapuskan hingga ke akar umbi termasuk kalangan VIP dan ahli Politik yang melindungi mereka. Kumpulan gangster ini ada di mana-mana dalam negara kita. Dalam pilihanraya pun mereka boleh muncul seperti serangan yang berlaku ke atas Markas Pemuda PAS ketika Pilihanraya Kecil Bagan Pinang.
Beberapa kawasan di Lembah Klang dikenali oleh masyarakat umum sebagai kawasan gangster seperti di kawasan Chow Kit, Jalan Pasar dan Jalan San Peng, Jalan Petaling dan Brickfield di Kuala Lumpur manakala di Selangor, kawasan Puchong dan Klang cukup ditakuti kerana menjadi sarang gangster dan Ah Long.
Pemantauan dan siasatan terperinci untuk menghapuskan kumpulan-kumpulan ini yang sebahagiannya terlibat dengan jenayah berat termasuk membunuh, menculik, menyiksa dan menyerang mangsa mereka.
PAS berharap agar pihak Polis dapat menjalankan tugas mereka dengan jujur dan tidak terbabit sama dalam memberikan perlindungan atau bersubahat dengan kumpulan gangster ini. PAS mahu satu jaminan daripada pihak Polis tentang keselamatan rakyat keseluruhannya.
Negara ini sudah cukup terkenal sebagai negara transit dadah, pemerdagangan orang dan juga penyeludupan barang serta penjenayah. Dan amat merisaukan jika dalam negra sendiri gangterisma dibiarkan berleluasa. Hapuskan mereka tanpa mengira gangster India, Cina atau Melayu kerana tiada bangsa dan agama yang membenarkan kewujudan kumpulan samseng dalam komuniti mereka.
Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
Thursday, September 16, 2010
PENYELARASAN SUBSIDI: MENGAPA HARGA TIKET BAS NAIK?
Kerajaan Umno/ Barisan Nasional memberi jaminan dengan berjanji, penyelarasan subsidi yang berlaku pada 15 Julai lalu tidak membebankan rakyat.
Timbalan Perdana Menteri dipetik media Perdana 16 Julai berlata penyelarasan subsidi ke atas beberapa bahan keperluan termasuk gula dan petrol yang diumumkan oleh kerajaan akan disusuli dengan pemantauan bagi memastikan tidak ada pihak mengambil kesempatan.
Menurut Muhyidin, kenaikan harga beberapa barangan seperti gula dan petrol ekoran pengurangan subsidi masih mampu diserap oleh peniaga.
"Apa-apa tindakan yang diambil kerajaan untuk melaraskan subsidi juga dilihat tidak membebankan rakyat secara keterlaluan kerana sebahagian besar barangan yang dijual masih dikawal oleh kerajaan,” katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Setiu, Terengganu.
Namun 'cakap kosong' dan 'janji politik' pemimpin No;2 Umno itu kini jelas.
Setelah dua bulan berlakunya penyelarasan subsidi, ternyata kerajaan BN benar-benar mendahulukan rakyat, dengan harga hampir semua barang dan perkhidmatan yang diperluan oleh rakyat, meningkat.
Beberapa penumpang perkhidmatan bas ekspres yang ingin menuju ke beberapa destinasi tanah air sempena Aidilfitri baru-baru ini terkejut dengan kenaikan harga tiket antara lima hingga sepuluh peratus bagi setiap perjalanan.
Pengguna, Mohd Danish Fauzi,21 berkata, syarikat pengangkutan awam tersebut telah menaikkan harga tiket sebanyak RM3 berbanding harga biasa.
“Untuk perjalanan ke Kuala Lumpur, harga biasa adalah antara RM33, tetapi sekarang apabila saya beli tiket untuk balik raya, ia naik kepada RM36.
“Kenaikan harga tiket dikatakan untuk menampung kos perkhidmatan, perkara ini tidak sepatutnya dibebankan kepada pengguna,” kata penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun itu.
Noreezah Asyikin Mohd Yehasan, 18, berkata, sebagai anak orang miskin yang terpaksa menampung kos perbelanjaan tinggi ketika belajar di pusat pengajian tinggi, kenaikan sebanyak RM3 itu amat besar bagi mereka.
“RM3 kami sudah boleh makan sepinggan nasi goreng. Jadi, bagi kami yang masih lagi belajar dan segala perbelanjaan ditanggung keluarga, jumlah itu agak besar,” katanya sebagaimana dilaporkan Sinar Harian
Thursday, September 9, 2010
SALAM AIDILFITRI DARI DMP TAPAH

Sempena Aidilfitri yang akan datang esok,saya dan semua AJK DMP Tapah ,Perak ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua sahabat-sahabat seperjuangan dan kepada semua kenalan-kenalan dimana sahaja anda berada.
Kemaafan di pohon jika ada terkasar bahasa,tercuit rasa dan terkilan dihati.Sesungguhnya tiada jua terniat di hati untuk menyakiti atau mencari kesalahan .Apa jua yg terkandung di blog ini hanyalah sebagai tatapan dan info untuk semua lapisan masyarakat.
Sekali lagi salam Aidilfitri dan maaf dihulurkan,moga disambut dengan penuh keikhlasan.
Friday, September 3, 2010
NAMPAK BENO JAHILNYA UMNO......
|
Di masa sama, kebijaksanaan dan keikhlasan PAS menerangkan kedudukan sesuatu isu berlandaskan ilmu Islam yang sebenar akhirnya berjaya menambat hati rakyat negara ini menjadikan parti itu sebagai alternatif kepada Umno/BN. “Rakyat seluruh negara menunggu dengan penuh harapan agar PAS menerajui dan mendidik mereka dengan ilmu Islam, yang sentiasa membawa sinar kebenaran yang tak boleh dipertikaikan,” tegas Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub. Beliau menyatakan demikian di dalam ceramahnya di Dewan Haji Salleh, Alor Lintah, dekat sini malam tadi. Turut berucap di majlis ceramah itu ialah Setiausaha Politik kepada Presiden PAS, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar. Menurutnya, para pemimpin PAS telah menunjukkan kematangan dan kebijaksanaan yang amat mengagumkan masyarakat, terutama kalangan bukan Islam, dalam menangani beberapa isu berkaitan Islam dan Melayu kebelakangan ini. “Kita tidak mudah melatah, bukan macam para pemimpin Umno yang bagaikan hilang akal, dibantu surat-suratkhabar yang dikuasai mereka memainkan isu-isu agama secara ekstrem dan mengapikan isu perkauman yang sempit secara tidak bertanggungjawab,” katanya. Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian merujuk manipulasi yang terlampau oleh para pemimpin Umno dan media kroninya dalam isu-isu terkini berkaitan agama. Paling baru ialah isu seorang khatib mendoakan kesejahteraan untuk Ketua Menteri Pulau Pinang dan isu dua wakil rakyat bukan Islam memasuki surau dan masjid di Selangor. Beliau mempersoalkan apa rasionalnya Umno terlalu memainkan isu berkenaan, sedangkan ia bukan sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Beliau membawakan contoh dan bukti bahawa perkara sama telah dilakukan oleh para pemimpin bukan Islam dari komponen BN sendiri. “Sebaik saja berita ini tersiar, pagi-pagi esoknya seorang bekas wakil rakyat BN di Johor telefon saya. Dia kata, ‘YB, this is too much (ini sudah melampau). Saya dulu pun masuk masjid, buat ucapan dalam masjid di kawasan saya. Umno tak kisah pun,” Salahuddin menceritakan luahan kecewa bekas wakil rakyat BN itu. Beliau merujuk isu Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang memasuki Surau al-Huda di Kajang, yang dijadikan bahan utama media arus perdana baru-baru ini. Isu itu dimanipulasi sepenuhnya oleh para pemimpin BN dan media kroninya, bukan sahaja di atas dakwaan penghinaan terhadap Islam, malah turut dijadikan bahan menyerang pendirian PAS berhubung isu agama. Hadir sama Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, Datuk Husain Awang dan Yang Dipertua PAS Kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad. |
