SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Friday, June 19, 2009

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.

Khutbah ini disampaikan pada 9hb.Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatkah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba , oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dan perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak terhadap isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik berlemah -lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini ,sembah lah Allah,dirikanlah sembahyang lama kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikan zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah "Ibadah Haji" sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalan Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh tu wahai manusia, sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku,menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah,bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hambaMu.....

Monday, June 15, 2009

UNTUKMU WANITA



Saya minta kepada ALLAH setangkai bunga segar,Dia beri kaktus berduri.Saya minta kupu-kupu,diberinya ulat berbulu.Saya sedih dan kecewa.......Namun, kemudiannya kaktus itu berbunga......indah sekali.Dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang cantik.Itulah jalan ALLAH, indah pada masanya.....ALLAH tidak memberi apa yang kita harapkan,tetapi Dia memberi apa yang kita perlukan.....kadang-kadang kita sedih,kecewa,terluka. Tetapi jauh di atas segalanya,Dia telah mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.


SEKADAR RENUNGAN.......

Carilah hikmah dalam setiap ketentuan ALLAH, supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran,setiap yang susah itu pasti ada kesenangan,setiap kesabaran itu pula pasti ada ganjaran,jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita,tiada siapa yang boleh beri halangan ,namun jika sesuatu itu bukan ditakdirkan untuk kita,pasti tidak akan dapat walaupun sudah dalam gengaman..


UNTUKMU WANITA INSAN YANG DIKASIHI...

PELIHARALAH AURATMU WALAU DIMANA KAU BERADA,JANGAN BIARKAN KEINDAHAN DIRI MU MENJADI TATAPAN LELAKI YANG BUKAN MAHRAMMU

INSAN YANG DIKASIHI...


PELIHARA SOLATMU,TUNDUKKAN PANDANGAN MATAMU DI HADAPAN LELAKI YANG BUKAN MILIK MU. KELAK ENGKAULAH YANG BERTUAH MENJADI TETAMU ALLAH.MOGA-MOGA DIRIMU DISAMBUT PENUH KASIH OLEH BIDADARI SYURGA AINUL MARDHIAH

INSAN YANG DIKASIHI...


BERAKHLAK DARI PANDUAN RASULMU,CONTOHI DAN IKUTINYA. PASTI ENGKAU YANG BAHAGIA.SEJUK MATA MEMANDANG BERCAHAYA DUNIA DENGAN HIASAN WANITA SHOLEHAH SEPERTIMU

INSAN YANG DIKASIHI...


JADIKANLAH DIRI MU SEPERTI PERMATA YANG BERHARGA DI CELAH KACA,IKUTI PERINTAH AGAMA, JAUHI LARANGANNYA. AL-QURAN PANDUAN HIDUPMU,HADITH JADI SUMBER RUJUKANMU

INSAN YANG DIKASIHI...

JANGAN BIARKAN DIRI MU HANYUT DENGAN ARUS KEMODENAN. TANPA BEKALAN ILMU DIDADA. RENUNGILAH MASA DEPANMU,TETAPKAN IMAN DIDADA, MOGA IA KEKAL MENJADI PERISAI BUAT DIRIMU. JANGAN KAIL PANJANG SEJENGKAL LAUTAN DALAM HENDAK DIDUGA

Sunday, June 7, 2009

KENANGAN PIMPINAN PAS DI TERATAK KU SEKELUARGA.

Bersama YB Sallehhudin Ayub sewaktu ceramah kat Kg Baru, Ayer Keroh,kaum cina memberi respon yang baik terhadap siri ceramah yang diadakan,gambo tak ambik,sebab SB dah banyak beno yang ambik gambo dan buat rakaman video,tunggu jumpa SB le nak ambik gambonya......


Sebelum nak masuk rumah,sempat gak ustaz Nasha mendongak,heran tengok durian sekeliling rumah,jenis pun macam-macam ade......


Tahniah dari kami Ustaz kerana diberi amanah oleh perwakilan dipilih sekali lagi menjadi Timbalan Presiden Pas Pusat,Insyaallah dalam bulan 10 nanti ni ustaz bolehlah lagi kerumah kerna bunga durian mula berkembang dah..........


Ini YB Ustaz Nasharudin Mat Isa, datangnya juga waktu musim durian,semua ade,pulut durian,jemput durian,bubur durian sampai tak lalu ustaz nak makan .



Gambar ni agak lame juge,tak berape jelas sangat,Hj Mahfuz Omar,sekarang dah Datuk dan Tahniah dipilih ke jawatan Naib Presiden Pas Pusat,ni tengah makan durian ,tu tengah kopek durian,dan inilah kali pertama Datuk Hj Mahfuz makan jemput deroyan,Insyaallah hujung bulan ini beliau akan ke Tapah untuk ceramah umum......

Tuan Haji Muhammad Sabu singgah dalam perjalanan ke ceramah di Tanjong Rambutan(Kg halamanku)dah lupe pun tarikhnya....

Tuesday, June 2, 2009

Gambar Program Puasa Sunat di Pusat Khidmat Masyarakat Tapah.

Alhamdullilah,program penutupan puasa sunat dan mogok lapar untuk pembubaran DUN ,yang dianjurkan PR Negeri dan di minta Kawasan-kawasan untuk meneruskannya pada1 Jun telah selamat direalisasikan pada malam tadi.Dimulakan dengan majlis berbuka puasa dengan juadah ala kadar dan seterusnya ,solat maghrib,Isyak dan solat hajat berjemaah.

Walaupun program ini dibuat dalam bentuk dalaman sahaja,namun sebagai menyahut dan mematuhi arahan dari pimpinan,PAS Tapah telah mengambil kira akan program ini sebagai Wala' kepada pimpinan dengan mematuhi segala arahan yang tidak bercanggah dengan syariat.Kehadiran walau tidak begitu ramai dari pimpinan PR yg dijemput, setengahnya mempunyai komitmen yg lain,namun yang hadir memberi kerjasama yg sebaik mungkin.

Untuk program ini kami hanya dijemput menggunakan sms dalam sehari dua sahaja,namun ini perjuangan yang harus kita lalui,walau kesuntukan masa untuk menjemputnya namun ini semua akan menyerlahkan sikap kita terhadap jemaah yg kita dokongi.Program yang di buat secara dalaman ini sedikit sebanyak akan memberi kekuatan dan keinsafan kepada kita untuk meneruskan perjuangan yang semakin mencabar dalam realiti hari ini.

Mungkin kita tidak berpeluang untuk berarak dijalan-jalan dengan sekatan-sekatan yg banyak dari pihak berkuasa,namun ini adalah salah satu ikhtiar kita dengan memohon dan bermunajat kepada ALLAH semoga masih ada jalan dan ruang untuk membubarkan DUN dan PR kembali menerajui negeri Perak . Insyaallah.






















Ketua Penerangan Ustaz Awaludin sedang memberi ucapan yang mengharapkan semua pendokong islam dan PR bermuhasabah terhadap kejadian yg berlaku tanpa menyalahkan antara sendiri,garangnya cikgu Taib tu,suruh berhenti cepat ke.......


























Ketua Pemuda Ustaz Shamsul memberi sedikit penerangan dan kata-kata semangat.






















Ketua Muslimat Puan Salmah sedang memberikan sedikit kata-kata perangsang demi mengukuhkan ikatan antara ahli-ahli demi melalui detik-detik sukar pada waktu ini.





















Antara AJK Kawasan dan Pemuda yang hadir di majlis berbuka puasa dan taklimat malam tadi.

























Wakil PKR Tapah Saudara Ridzuan, memberi sedikit ucapan mewakili PKR Tapah .




















Antara AJK muslimat yang hadir malam tadi.Muslimat cukup baik memberi komitmen walau dimalam hari waktu program berlangsung.






















Saudara Abdul Razak penuh semangat memberi kata-kata semangat kepada ahli yg hadir,macam nak terobang je yop......

Monday, June 1, 2009

Salam perjuangan,

Puasa sunat hari ini 1 Jun 2009 buat warga Tapah serta pendokong Islam dan Pakatan Rakyat,majlis berbuka puasa akan diadakan seperti di bawah:


6.00 ptg-ketibaan para tetamu dan ucapan dari pimpinan Pakatan Rakyat.
7.20 ptg- berbuka puasa,solat maghrib berjemaah,membaca yassin.
8.00 mlm-ucapan dari pimpinan Pakatan Rakyat.
10.00 mlm-majlis bersurai.


Dengan ini Pas Kawasan Tapah menjemput semua AJK Pas Kawasan,Dewan Pemuda,Dewan Muslimat,Ketua-Ketua Cawangan dan Setiausaha serta Pimpinan Pakatan Rakyat di Daerah Tapah untuk menyertai program ini bersama.

Makanan untuk berbuka akan disediakan oleh pihak penganjur.Program akan diadakan di Pusat Khidmat Tapah.
Related Posts with Thumbnails