SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Tuesday, June 2, 2009

Gambar Program Puasa Sunat di Pusat Khidmat Masyarakat Tapah.

Alhamdullilah,program penutupan puasa sunat dan mogok lapar untuk pembubaran DUN ,yang dianjurkan PR Negeri dan di minta Kawasan-kawasan untuk meneruskannya pada1 Jun telah selamat direalisasikan pada malam tadi.Dimulakan dengan majlis berbuka puasa dengan juadah ala kadar dan seterusnya ,solat maghrib,Isyak dan solat hajat berjemaah.

Walaupun program ini dibuat dalam bentuk dalaman sahaja,namun sebagai menyahut dan mematuhi arahan dari pimpinan,PAS Tapah telah mengambil kira akan program ini sebagai Wala' kepada pimpinan dengan mematuhi segala arahan yang tidak bercanggah dengan syariat.Kehadiran walau tidak begitu ramai dari pimpinan PR yg dijemput, setengahnya mempunyai komitmen yg lain,namun yang hadir memberi kerjasama yg sebaik mungkin.

Untuk program ini kami hanya dijemput menggunakan sms dalam sehari dua sahaja,namun ini perjuangan yang harus kita lalui,walau kesuntukan masa untuk menjemputnya namun ini semua akan menyerlahkan sikap kita terhadap jemaah yg kita dokongi.Program yang di buat secara dalaman ini sedikit sebanyak akan memberi kekuatan dan keinsafan kepada kita untuk meneruskan perjuangan yang semakin mencabar dalam realiti hari ini.

Mungkin kita tidak berpeluang untuk berarak dijalan-jalan dengan sekatan-sekatan yg banyak dari pihak berkuasa,namun ini adalah salah satu ikhtiar kita dengan memohon dan bermunajat kepada ALLAH semoga masih ada jalan dan ruang untuk membubarkan DUN dan PR kembali menerajui negeri Perak . Insyaallah.






















Ketua Penerangan Ustaz Awaludin sedang memberi ucapan yang mengharapkan semua pendokong islam dan PR bermuhasabah terhadap kejadian yg berlaku tanpa menyalahkan antara sendiri,garangnya cikgu Taib tu,suruh berhenti cepat ke.......


























Ketua Pemuda Ustaz Shamsul memberi sedikit penerangan dan kata-kata semangat.






















Ketua Muslimat Puan Salmah sedang memberikan sedikit kata-kata perangsang demi mengukuhkan ikatan antara ahli-ahli demi melalui detik-detik sukar pada waktu ini.





















Antara AJK Kawasan dan Pemuda yang hadir di majlis berbuka puasa dan taklimat malam tadi.

























Wakil PKR Tapah Saudara Ridzuan, memberi sedikit ucapan mewakili PKR Tapah .




















Antara AJK muslimat yang hadir malam tadi.Muslimat cukup baik memberi komitmen walau dimalam hari waktu program berlangsung.






















Saudara Abdul Razak penuh semangat memberi kata-kata semangat kepada ahli yg hadir,macam nak terobang je yop......

No comments:

Related Posts with Thumbnails