SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Saturday, May 9, 2009



"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"


"Orang yang sebenarnya berani ialah mereka yang tak lekas patah hati, tetapi bertahan dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran"


"Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan"

"Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan"


"Kekayaan yang hilang dapat dikejar kembali dengan kerajinan dan jimat cermat. Kesihatan yang hilang boleh direbut kembali dengan ubat-ubatan. Akan tetapi waktu yang hilang pasti tidak akan kembali"

"Manusia tidak dapat mengubah rupa bentuk mukanya, tetapi jika dia mahu, dia boleh mempercantikkan budinya"


"Jika kita bukan pelita yang menerangi malam, memadailah kita menjadi kunang-kunang yang akan menemani malam"


"Sesiapa yang dapat menahan marahnya, padahal dia berkuasa untuk melepaskan marahnya itu maka Allah memenuhi hatinya dengan iman dan rasa aman ketenangan"


"Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa berfikir adalah seribu kebodohan"

Tuesday, May 5, 2009

Sunday, May 3, 2009


Kenangan di Muktamar DMPP di Hill City,Ipoh . Muslimat Tapah menjadi bentara,tengok baju kami,cantikkan, sarah tu sampai tutup-tutup mulut bercakap,kak wati tu nengok sapa lak,terkejut aje rupenya,aku sakit kepala daa.....tak tido





Alhamdulillah,setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan kepada Rabbul Izzati pengusaha cakerawala,selawat dan salam buat Kekasih yang sentiasa dirindui,ahli keluarga Baginda,para sahabat dan tabii,serta umat Islam seluruhnya.


Pertamanya,saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran kegembiraan saya atas kelahiran blog yang saya namakan dmptapah. Terima kasih kepada anakanda saya yang membantu dalam menjadikan impian saya memiliki blog tercapai,begitu juga suami tercinta dan sahabat-sahabat yang disayangi terutamanya Puan Salmah bt. Abdul Latif, Ketua Muslimat Pas Tapah.


Semoga dengan kehadiran blog ini dapat merealisasikan impian saya dan warga DMPT dalam menjalankan tanggungjawab kita terhadap agama,bangsa dan negara. Dan besarlah harapan saya DMPT akan lebih cemerlang dalam mengharungi isu-isu yang lebih besar dan kita semua dapat bekerja dengan lebih efisyen,berkomitmen tinggi dan lebih berketrampilan lagi.


Penghasilan blog ini mungkin tidaklah secanggih atau sehebat blog-blog yang ada,namun saya menerima segala kritikan dan cadangan dari sahabat-sahabat untuk memperbaiki dan menghasilkan sesuatu yang baru dan bernas buat tatapan kita bersama.


Sebagai manusia kita tidak boleh lari dari kesilapan,namun kita boleh membetulnya jika dikelilingi dengan sahabat-sahabat yang sentiasa memberi bimbingan ,dorongan dan kata-kata perangsang bagi menyakini diri sendiri.


Akhirul kalam,memetik kata-kata Zakariya Al Khandawi dalam bukunya "Al-Fadhilah", kita akan sentiasa diuji dan walau apa pun ujian itu jangan sesekali gentar dan takut tapi terimalah keadaan itu dan berusahalah yang terbaik untuk menghadapinya.


Sebagai penutup bicara,hargailah blog ini agar dapat kita menambahkan maklumat diri dan ilmu kita yang cetek dan dapat menampung pada masa akan datang.
Wassalam.....
Muslimat di Bawah Kerajaan Islam Yang Adil
Apabila seorang muslimin atau muslimat berada di bawah sebuah kerajaan islam yang adil,maka hendaklah dia mempertahankan kerajaan itu dari dicerobohi oleh musuh.Hatta kalau diperlukan,hendaklah dia ke medan perang demi mempertahankan Islam dan kerajaan yang adil itu.Hal ini telah dilakukan oleh para muslimat di zaman Rasullullah SAW. At Tarmizi dan Abu Dawud ada meriwayatkan daripada Anas bin Malek RA:
Maksudnya:
"Rasullullah SAW berperang bersama Ummu Sulaim dan beberapa muslimat dari Al Ansar,mereka menyediakan minuman dan mengubat orang yang luka".
(Hadis diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Al-Tirmizi)
Buku sejarah Islam menceritakan kepada kita bahawa seorang muslimat di zaman Rasullullah SAW yang di gelar Ummu Kajah sentiasa menyediakan kelengkapan untuk suaminya kerana menghadiri peperangan Uhud. Di samping itu dia menyediakan kain-kain buruk untuk membalut orang-orang luka dan menyediakan air untuk diberi minum kepada muhajidin.
Melihat kejadian itu suaminya bertanya: "Di mana dua orang anak perempuan kita itu hendak engkau tinggalkan?".Dia menjawab:"Saya tinggalkan mereka bersama-sama ibu saya.Saya juga ingin mendapat pahala jihad". Suaminya syahid di dalam peperangan itu dan dia pulang menjaga anak-anaknya yang yatim itu.
Selain daripada ke medan perang kerana mempertahankan Islam dan kerajaan Islam yang adil, muslimat juga memainkan peranannya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pemimpin negara dan memberi nasihat kepada pemimpin terlanjur. Hal ini dapat kita lihat apabila kita membaca kisah Perdamaian Hudaibiyah.
Terdapat di dalam perjanjian itu butir-butir yang tidak dipersetujui oleh para sahabat tetapi telah diterima oleh Rasullullah SAW . Nabi telah bersetuju bahawa umrah tidak diadakan pada tahun itu tetapi akan diadakan pada tahun berikutnya. Oleh itu Rasullullah SAW memerintah supaya masing-masing menyembelih Dam masing-masing. Tiada siapa yang mahu melaksanakan perintah Rasullullah SAW itu walaupun berkali-kali diperintah oleh Baginda.
Memandangkan hal ini boleh mengundang bahaya,Rasullullah SAW terus masuk ke dalam khemah Ummu Salamah(Ummul-Mu'minin) menceritakan hal itu kepadanya.Ummu Salamah yang bijak dan jauh pandangan itu memberitahu Rasullullah bahawa cara penyelesaiannya ialah Rasullullah sendiri keluar dan jangan bercakap dengan sesiapa jua,menyembelih Damnya dan terus bercukur. Pandangan ini adalah baik dan diterima oleh Rasullullah SAW . Apabila cadangan ini dilaksanakan semua orang mengikut perbuatan Baginda dan selesailah masalah yang dihadapi itu.
Dari buku Muslimat Pembangun Ummah

Friday, May 1, 2009

TENTANG CINTA

"Cinta bukan mengajar kita lemah,tetapi membangkitkan kekuatan.Cinta bukan mengajar kita menghina diri tetapi menghembuskan kegagahan.Cinta bukan melemahkan kudrat tetapi membangkitkan semangat" -HAMKA

Cinta sebahagian daripada fitrah insan,setiap insan ingin dicintai dan menyintai.Bersyukurlah orang yang diberi rasa cinta dan boleh menangani cinta itu dengan waras.Ada juga insan yang menderitai kerana cinta.

"Dijadikan indah pada pandangan manusia,kecintaan kepada wanita,anak-anak,harta yang banyak daripada jenis emas,perak,kuda pilihan,binatang ternak dan sawah ladang.Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah tempat kembali yang baik". (Ali-Imran: 14)

Islam tidak melarang manusia bercinta tetapi ia mestilah bersyarat menghala kepada landasan yang diredhai lagi diberkati. Jauhi cinta yang cenderung kepada maksiat,tidak terkawal,yang lebih cenderung kepada hawa nafsu,yang akan mengakibatkan tergelincir kelembah kehinaan.

Cinta kepada Allah cinta yang teragung, tiada batasannya. Jika sudah mendapatkan rasa manisnya bercinta dengan Allah,tiada lagi cinta lain yang ingin dicari. Bersungguh-sungguhlah mencintai Allah sepenuh hati,menggapai redhanya,mengejar cinta makhluk membuat diri terlena dihanyutkan nafsu dunia.

Ramai yang mengaku cinta pada Allah dan Allah hendak menguji cintanya itu. Namun manusia itu gagal membuktikannya disebabkan sedikit dugaan yang menimpanya. Yakinlah wahai sahabat,kesenangan dan kesusahan adalah bentuk kasih sayang dan cinta Allah kepada hambanya yang beriman.

Berhijrahlah kita mencari cinta yang sejati,yang kekal dan yang penting cinta yang diredhai oleh yang maha esa.

Firman Allah SWT, maksudnya : "..(Walaupun demikian), ada juga antara manusia yang mengambil selain Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya,(memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah, sedangkan orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah...." (Al-Baqarah : 165)

Memiliki cinta Allah seharusnya menjadi kebanggaan individu mukmin lantaran keagungan nilai dan ketulusan insannya.Cinta Allah adalah anugerah tertinggi yang tidak mungkin sesiapa dapat memilikinya kecuali didahului dengan pengorbanan yang mahal.

Related Posts with Thumbnails