SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Monday, March 30, 2015

MESYUARAT AGUNG DEWAN MUSLIMAT PAS TAPAH KALI YANG KE 21

Saf kepimpinan muslimat kawasan bersama perasmi mesyuarat agung pada tahun ini.
Doa dan alunan wahyu disampaikan oleh Ustazah Haslinda bt Ismail.  


Para perwakilan dan pemerhati yang turut hadir dalam mesyuarat agung pada kali ini.



Ketua Muslimat Pas Tapah memberi kata-kata laluan pada majlis tersebut,dengan berharap agar semua kepimpinan dari segenap akar umbi terus beristiqamah dalam melaksanakan agenda parti yang didukungi.Dan terus barharap agar kepimpinan yang akan dilantik pada hari ini akan terus melaksanakan tugas2 yang dipertanggungjawab dan meneruskan program-program parti yang belum terlaksana.

Wakil kawasan Pas tapah Ustaz Abdul Muhaimin b. Abdul Malek dalam ucapannya berharap agar muslimat terus menjalankan kerja-kerja dakwah,berani untuk berhadapan dengan situasi dan senario politik alaf baru.Beliau juga berharap muslimat terus kental dan tabah dalam membantu kerja-kerja parti.
 Perasmi Mesyuarat DMP TAPAH pada kali ini,Ustazah Faatihah bt Dato' Sri Nizar dalam ucapan perasmiannya berharap muslimat terus beristiqamah,terus melaksanakan tugas-tugas parti walau dalam kesibukan tugas2 di rumah,bersama anak2 suami dan keluarga.

Beliau juga berharap cawangan-cawangan terus diperkasakan lagi untuk memastikan dewan muslimat menjadi kuat dan mempunyai ramai petugas-petugas untuk melancarkan perjalanan parti diperingkat dewan dan kawasan.

Harapan beliau juga,agar muslimat menggunakan medium yang betul untuk menyampaikan dakwah dan memastikan penggunaan internet tidak disalahgunakan dan berharap muslimat tidak menyebarkan berita-berita yang tidak pasti dan dangkal.



 Puan Kamarol Noorani dipilih sebagai penerima anugerah "Jasamu dikenang" setelah lama berbakti dan mencurahkan keringat dan pengalamannya dalam Dewan Muslimat Pas Tapah.AllAH sahaja yang dapat membalasnya dan semoga beliau terus istiqamah dalam perjuangan.

Muslimat veteran Pas,Puan Northiah yang banyak memberi sumbangan dalam dewan muslimat tapah,sekian lama mengabdikan diri dalam perjuangan PAS.Moga terus istiqamah dan semoga sihat dan terus membantu kami dalam urusan muslimat khasnya.

Tuesday, December 30, 2014

BANJIR 2014 YANG MEMILUKAN....SEMOGA ALLAH MENGAMPUNI DOSA2 KITA

 Jadikan iktibar atas segala yang berlaku ini sebagai balasan terhadap hamba-hambanya yang masih ingkar dan sudah jauh dengan roh islam.

Banjir besar yang melanda negara kita begitu meruntun hati,kepada kita yang tidak merasainya mungkin tidak  begitu hebat tamparannya namun pada mereka yang mengalaminya tentu amat terasa keperitannya.

Bersamalah kita berdoa untuk ketabahan dan kesabaran mangsa2 banjir,namun  teruskan memberi bantuan dari segi tenaga ,kewangan dan apa jua yang termampu oleh kita.Mereka sangat 2 mengharapkan bantuan dari kita baik dari segi fizikal atau mental.

Semua yang berlaku adalah peringatan Allah terhadap hamba2nya....janganlah kita leka dan lalai dengan  kehidupan duniawi tapi penuhilah hidup kita sentiasa mengingati dan melakukan  kerja2 yang diredhai Allah.Jangan musnahkan alam kita dengan tangan kita sendiri....sesungguhnya perbuatan kita yang buruk akan mendapat balasan yang lebih buruk dari Allah.

Peringatan untuk kita bersama2....bantulah mereka yang memerlukan,mereka telah kehilangan segala2nya,hanya Allah sahaja tempat kita memohon....










Sunday, November 30, 2014

HEBATNYA BIODATANYA....TAPI !!!!




Datuk Dr. Mashitah Binti Haji Ibrahim
 
Datuk Dr. Mashitah binti Haji Ibrahim dilahirkan di Kedah. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultanah Asma, Alor Star dan Sekolah Taufiqiah Pondok Shaikh Yahaya Junaid, Padang Lumat, Kedah. Beliau kemudiannya menyambung pelajaran di Maktab Mahmud, Alor Star dan seterusnya memperolehi Ijazah dari Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 1987. Dalam tahun yang sama juga, beliau meneruskan pengajian Doktor Falsafah dalam bidang Syariah Islamiyyah pengkhususan Tafsir dan Hadis di Darul Ulum, Universiti Kaherah, Mesir. Seterusnya beliau melengkapkan pengajian di peringkat sarjana di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang 'Revealed Knowledge and Heritage' pada tahun 1992. Datuk Dr. Mashitah merupakan pelajar wanita Malaysia pertama memperolehi Ijazah Kedoktoran Kelas Pertama (Syaraf Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) dari salah sebuah universiti terkenal di Mesir, iaitu Universiti Kaherah pada tahun 1997.
Kerjaya :
  • Penceramah / Pendakwah
  • Panel program motivasi dan kekeluargaan Islam Media Cetak dan Elektronik
  • Kini beliau merupakan tenaga pengajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebagai Penolong Profesor di Jabatan Quran dan Sunah Kuliyyah Wahyu dan Sains Kemanusiaan.
Penglibatan Dato’ Dr. Mashitah dalam dakwah bukanlah baru, beliau telah dilatih ibu bapanya sejak berusia 13 tahun lagi. Pada peringkat awal, beliau giat berceramah sekitar Universiti Islam Antabangsa Malaysia (UIAM) sahaja. Kemudian memulakan program motivasi keluarga yang menggabungkan unsur kaunseling, motivasi dan kekeluargaan yang bersifat universal. Kemunculannya di radio Malaysia KL mendapat sambutan dan dari situlah beliau mengembangkan siri dakwahnya melalui program Adikku Sayang, Al Kuliyyah dan Forum Ehwal Islam.
Pada 27/03/2004 beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri.  Beliau mengangkat sumpah pada 31 Mac 2004. Seterusnya, pada 14/02/2006 beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri. Beliau berjaya mengekalkan kedudukan walaupun selepas rombakan kecil kabinet. Beliau juga merupakan Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pahang.
    • Seorang ahli perniagaan wanita yang gigih dengan mengusahakan butik pakaian bercirikan Islam, di Gombak, Selangor.
    Penglibatan Politik
    • Ahli Parlimen Baling, Kedah
    Pingat / Kebesaran
    Sebagai menghargai sumbangan dan jasanya sebagai pendakwah, pada 23/10/2000, beliau telah dianugerahkan pingat Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato’, daripada Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur. Seterusnya pada 22/01/2006 beliau telah dianugerahkan pingat Dato’ Setia DiRaja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Dato’, daripada Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

    Sayangnya insan yang begini hebat telah bertukar .....jauh benar peribadinya dari yang asalnya.....moga beliau mendapat semula rupanya yang asal2 dulu....lembut,berhijab sempurna,fasih tutur kata menyebut ayat2 Allah seperti didalam ceramah2 nya dan program2 ilmiah...











Wednesday, March 19, 2014

WOW....BESTNYA NYOPPING2...

Sempat juge pemimpin no 1 Malaysia ni nyopping2 ye...negara dah kelam kelibut deme laki bini best punye santai....rakyat di kerah solat hajat dan berdoa di masjid dan surau deme dok sedap2 di Pavillion....hebatkan....tapi masih ramai lagi rakyat Malaysia terutama orang melayu yang tak sedo2 diri..bangga bebeno deme dengan pemimpin yang suka berjoli2 ni....   
Only "YESTEDAY" Najib was giving a Press Conference infront of International Media & Press concerning our missing Airlines after over a week searching with fruitless results, with so many people with families worried sick, sad and disappointed.

Yet only TODAY he and wife Rosmah along with their daughter were spotted SHOPPING together around in 'PAVILLION' as if nothing was happening?

WHAT type/kind of Leader/Prime Minister is this? What TYPE of Message is he sending out to the WORLD right now when the WHOLE WORLD has its focus and attention on Malaysia which has only shown its UNprofessionalism and INCOMPETENCE in handling the entire situation?

And there are 'SOME' people whom say I have 'BLIND' hatred towards this Government under UMNO/BN with THESE type of complacent, racist, corrupted, heartless and brainless leaders???

Sorry! This isn't BLIND hatred...cause THIS Government and it's leaders give us every REASON to 'HATE' it!

Sunday, March 16, 2014

OH MALAYSIA.....

Inilah Malaysia...canang satu dunia negara Islam ,tak abis dengan perkara-perkara khurafat ...bermain dengan tikor terbang,buah nyor dan kali ini lebih memeranjatkan apabila ada remaja yang mati akibat dari penyalahgunaan dadah di satu konsert.

Sedang negara dilanda krisis kehilangan pesawat MH370,ada pihak pulak yang sibuk buat konsert,terkinja-kinja dan akibatnya ramai anak-anak melayu yang turut sama dalam konsert  tersebut.

Dalam masa yang sama,ada berdoa dimasjid/surau meminta petunjuk dan pengampunan dari Allah tapi pada masa yang sama juga ada manusia yang mengundang bala dan kemurkaan Allah dengan menganjurkan pesta2 maksiat....


Inilah anak2 melayu yang hilang maruah diri ....ingin bebas dan gembira dikala orang lain menanggung derita....

Friday, March 14, 2014

DIA PULAK NAK MENYAMAN...

Dah le buat kerja syirik dan salah dia pulak nak menyaman...perasan le pulak dia yang betui....tak kan kerajaan tak berani nak ambik tindakan dekat tok bomoh ni kecuali le memang pemimpin2 tu yang nyuruhnya...tak sempat hari ketiga nak keluar 'bangsi hikmat' lak...hihihi

RAJA BOMOH SEDUNIA PUNYA BIODATA...

 Raja Bomoh Sedunia yang secara sukarela tampil ke hadapan untuk membantu pasukan keselamatan mengesan pesawat MH370 yang hilang.
Ibrahim Mat Zin
Nama Penuh: Ibrahim Mat Zin
Umur: 80 Tahun
Warganegara: Malaysia
Gelaran: Datok Mahaguru Ibrahim Mat Zin atau Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP
Pengalaman Bomoh: 50 Tahun
Pekerjaan: Bomoh dan Pengasas Persatuan Seni Silat Gayong Ghaib (PSSGGM)
Kejayaan Karier Bomoh: Kes tragedi Highland Tower serta membatalkan ilmu hitam Mona Fendy agar hakim dapat menjalankan tugas di Mahkamah Temerloh, Pahang.
Fatwa JAKIM: Pihak JAKIM mengesahkan segala perbuatan ritual Ibrahim Mat Zin adalah syirik dan khurafat. Jika dilihat dari sudut alat-alat yang digunakan beliau pula menggambarkan bahawa bahawa Raja Bomoh ini menggunakan unsur khurafat dan tahyul yang ditolak dalam Islam
Kronologi Karier Bomoh: 2004 – Rawatan beliau difatwakan haram oleh JAKIM kerana bercanggah dengan akidah Islam. Rawatan Ibrahim Mat Zin mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat dan penipuan. 2013 – Mendakwa dijemput pemimpin Pakatan Rakyat (PR) agar beliau mampu menilik kemenangan PR pada Pilihan Raya Umum ke tigabelas (PRU-13) 2014 – Muncul di balai ketibaan KLIA bersama beberapa peralatan untuk menjejaki pesawat MH370 yang hilang. Ibrahim Mat Zin mendakwa dirinya dijemput dalam usaha mencari MH370. Menurutnya MH370 hilang akibat tergantung antara tiga buah negara.

HANYA DI MALAYSIA....

Inilah Malaysia...yang nampak terang2 ...tak ada pulak pihak berkuasa nak ambik tahu....setelah laporan di buat baru le JAKIM,JAIS sibuk nak memantau...itu pun terlepas juga...Bila umat islam memohon doa dan bermunajat kepada Allah agar diberi petunjuk ..sibuk le pulak pihak polis nak ambik keterangan....nampak sangat kan?? 



Tuesday, November 26, 2013

KENALI MEREKA YANG MENGHINA HUKUM HUDUD



Ini le pelakon2 sketsa yang menghina islam....aku dah nengok pun lakonan dia orang ni.....fuhhhh...hebatnye menghina islam...

Namun tak de apa2 tindakan yang diambil....tak de pulak ulama2,pak2 mufti,ostad2,tuan guru yang memberi komen atau teguran.....dah terang2 mereka yang berlakon ni menghina hukum hudud....apesal pak menteri diam je??

GANDINGAN HEBAT 2013-2015 .....

Belum terlambat rasanya untuk menyatakan dan melahirkan ucapan jutaan tahniah kepada kepimpinan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Sesi 2013-2015.

Apa2 pun sebagai ahli parti yang agak lama juga berada bersama parti PAS aku amat berbangga dengan pimpinan2 yang lahir dari parti PAS.Ramai antara mereka yang berkelayakan dan mempunyai keupayaan menjadi seorang pemimpin yang berwibawa dan apa yang penting mereka berada dilandasan Islam yang sebenarnya.

Harapan aku dan semua ahli agar PAS terus cemerlang di mata semua masyarakat,pada yang telah dilantik diharapkan dapat menjalankan tugas2 yang telah diamanahkan dengan sempurna,Moga impian kita untuk menakluk Putrajaya akan berjaya bersama dengan gandingan PKR dan DAP.



Saturday, October 12, 2013

JANGAN TERLALU YAKIN...TINGKATKAN USAHA...

  Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan seluruh jentera parti agar tidak memandang ringan berdepan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi N20, Dun Sungai Limau 4 November ini.

Menurut beliau, biarpun atas kertas PAS dilihat selesa dengan majoriti agar besar menerusi kemenangan Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, namun pada PRK kali ini pelbagai kemungkinan boleh berlaku.

"Saya berharap agar semua lapisan pimpinan parti PAS tidak memandang ringan cabaran Umno BN di dalam pilihanraya kecil Dun Sungai Limau nanti.

"Gerak kerja harus dimulakan sekarang, jauhi sikap terlampau yakin. Tingkatkan usaha di tahap maksimum, gantungkan harapan kepada Allah SWT.

"Semua pihak di dalam PAS dan Pakatan Rakyat wajib berwaspada, saya yakin pihak lawan akan menggunakan segala macam usaha untuk menawan kembali kerusi tersebut," katanya menerusi Facebook.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 4 November depan sebagai hari pembuangan undi PRK Dun Sungai Limau sementara penamaan calon pada 23 Oktober.

PRK itu diadakan berikutan penyandangnya, Ustaz Azizan meninggal dunia pada 26 September lalu.

Pada PRU13 Mei lepas, Ustaz Azizan yang mendapat 13,294 undi menang dengan majoriti 2,774 undi menewaskan calon BN, Mohd Fazillah Mohd Ali (10,5204 undi) serta dua calon Bebas, Sobri Ahmad (100) dan Abdullah Hashim (84).

Wednesday, October 2, 2013

DULU2 TAK MACAM NI KE??






 Jawatankuasa Pemilihan Muktamar Tahunan PAS ke-59 menegaskan mereka tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang berkempen secara tidak sihat dalam pemilihan kali ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Asmuni Awi berkata, mana-mana ahli PAS yang didapati melanggar garis panduan dan etika berkempen mungkin boleh dibatalkan kemenangan calon.

Malah katanya, jawatankuasa tatatertib boleh mengambil tindakan sekiranya terdapat aduan daripada pihak yang terancam dengan kempen yang dilancarkan oleh saingannya.

"Kita sedia maklum kempen-kempen giat berlangsung, seseorang itu boleh laporkan kepada kita jika ada pihak yang rasa terkilan, ataupun secara terangan kesalahan dari kaca mata kita sendiri. Kita ambil perhatian," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut hari ini.

Pada pemilihan kali ini, katanya calon dibenarkan mempromosikan diri mereka sama ada bersendirian atau berpasukan bagaimanapun tertakluk kepada bahagian 6 dalam peraturan tersebut.

Bahagian 6 peraturan itu menggariskan; menerbitkan, mengeluarkan, menyiarkan atau mengedarkan dalam apa jua bentuk, sebarang bentuk kenyataan sama ada lisan atau dalam bentuk tulisan atau grafik atau karikatur di dalam apa-apa medium sekalipun, yang mengandungi fitnah, kejian, celaan, sindiran atau apa juga kenyataan palsu sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan tujuan mempengaruhi atau mendorong mana-mana ahli PAS supaya mencalonkan atau tidak mencalonkan atau mengundin atau tidak mengundi mana-mana ahli PAS.

Asmuni turut mengakui sebelum ini PAS tidak pernah mengeluarkan garis panduan berkempen tetapi pada kali ini ramai orang hendak tahu apa yang calon buat dan tidak buat.

"Sebelum ini memang tidak ada, jadi kali ini adalah lebih baik kita benarkan kempen secara sihat, mereka yang dilantik sebagai juru kempen akan memudahkan kita untuk awasi mereka," katanya.

Berhubung borang pencalonan, Asmuni mengingatkan borang pencalonan bagi kawasan yang diisi dan dihantar melalui emel tidak akan diterima kerana setiap borang mesti ditandatangani YDP Kawasan masing-masing.

Asmuni turut mengingatkan kepada mereka yang disenaraikan sebagai calon oleh PAS Kawasan hendaklah mengesahkan penerimaan mereka sebelum atau pada 8 November ini, sebelum jam 5.00 petang.

Manakala katanya, tarikh akhir untuk menghantar borang pencalonan untuk AJK PAS Pusat, Dewan Pemuda dan Muslimat pada 20 Oktober jam 12.00 malam, manakala tarikh tutup pencalonan Dewan Ulamak pada 31 Oktober.

Pemilihan ahli jawatankuasa PAS pusat akan berlangsung pada 22 November depan di Stadium Malawati dan keputusannya akan diumum keesokan harinya.

Manakala, pemilihan sayap-sayap akan berlangsung pada 21 November pada waktu pagi dan keputusan akan diumumkan pada sebelah malam.

Tuesday, October 1, 2013

PAS AKAN PERTAHAN DUN SUNGAI LIMAU


Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkeyakinan dengan kekuatan dan pengaruh yang dibina oleh bekas Adun Sungai Limau, Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak, PAS mampu mempertahankan kerusi Dun berkenaan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) nanti.

Katanya, Ustaz Azizan telah menunjukkan kecemerlangan sejak menjadi Adun tahun 1995 sehingga 2013 dengan mengekalkan kemenangan PAS di kerusi tersebut.

Dalam pada itu, Mahfuz tidak memandang mudah untuk menghadapi Barisan Nasional (BN) apabila melihat faktor-faktor yang dipergunakan oleh parti itu dalam setiap pilihan raya kecil.

"Saya yakin dengan kekuatan yang dilakukan Ustaz Azizan sebelum ini, kecemerlangan yang ditunjukkan membolehkan PAS mengekalkan kemenangan sejak 1995 hingga 2013.

"PAS mampu mempertahankan kerusi tersebut pada PRK kali ini, tetapi dalam masa yang sama ia bukan satu laluan mudah apabila setiap kali berlakunya PRK, BN akan berjanji dengan pelbagai imbuhan kepada pengundi yang boleh mempengaruhi pengundi," jelas beliau pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkeyakinan pengundi di Dun Sungai Limau akan tetap bersama PAS untuk memastikan parti itu terus kekal di kerusi tersebut.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli berkata calon belum diputuskan di peringkat parti dan ia hanya diumumkan apabila hampir hari penamaan calon.

Katanya, calon yang akan dipilih nanti pasti dapat mewarisi kecemerlangan bekas Menteri Besar Kedah sebelum ini.

"Kita akan pastikan calon yang dipilih nanti mempunyai kewibawaan dalam meneruskan tradisi kecemerlangan Ustaz Azizan sepanjang 1995 hingga 2013," kata Ahli Parlimen Kuala Krai itu lagi.

Thursday, September 26, 2013

TAKZIAH




Pemergian bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak ke rahmatullah jam 11:10 pagi tadi merupakan perkhabaran sedih buat dunia politik tanah air.

Menurut Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, arena politik negara kehilangan seorang ahli politik yang berdedikasi dalam menjalankan tugasnya.






"Kita kehilangan besar," katanya ringkas ketika sesi sidang media di bangunan Parlimen hari ini.



Sementara menurut ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali, beliau turut terkesan dengan pemergian Allahyarham Azizan.

"Salam takziah daripada saya, kita hilang satu kekuatan dalam Pakatan Rakyat, semoga roh beliau dicucuri rahmat," katanya.



Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub turut  mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Azizan.

"Beliau seorang pemimpin Pas yang sederhana yang patut menjadi contoh kepada pemimpin pembangkang.

"Seorang yang jujur dan ikhlas dalam perjuangan dan cintakan perpaduan ummah Melayu.

"Pemergiannya merupakan kehilangan seorang tokoh Islam dan Melayu kepada rakyat negara ini," katanya.






Pemimpin Pas yang kami ditemui di Parlimen turut mengungkapkan kesedihan di atas pemergian Allahyarham.

"Kita masih teringat sumbangan beliau yang cukup besar pada kerajaan pada sesi lepas dan kami dikalangan pemimpin Pas ucapkan takziah," kata ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pula berkata, berita pemergian Azizan merupakan suatu khabar yang amat menyedihkan.

"Berita ini amat menyedihkan bagi kami.

"Dalam konteks peribadi ibu saya kenal beliau sejak di England lagi, dalam hal ini, saya berharap keluarga Allahyarham terus diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan," katanya.




Datuk Seri Mahdzir Khalid yang juga merupakan bekas Menteri Besar Kedah turut merakamkan ucapan takziah keluarga Azizan.

"Bagi saya kita sudah kehilangan seorang yang komited kepada perjuangan selama ini.

"Kedah kehilangan seorang tokoh politik walaupun berbeza dari segi parti namun saya kira beliau seorang rakan yang boleh dibawa berunding, untuk pembangunan negeri kedah, katanya.




Azizan, 69, menghembus nafas terakhir di sisi keluarga di wad Unit Rawatan Rapi di Hospital Sultanah Bahiyah, pagi tadi.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Muassasah Darul Ulum, petang ini.

Innalillah...

Saturday, September 21, 2013

~~~INDAHNYA PERJUANGAN ITU~~~

Ketua Muslimat DMP Tapah yg baru...Ustazah  Zurina bt Mohd Isa,moga terus mengemilangkan lagi DMP Tapah dan selamat meneruskan kerja2 dlm memperjuangan Islam bersama saf AJK.
 Antara perwakilan dan pemerhati muslimat yang turut hadir untuk mendengar perkembangan PAS Tapah...

 Anak2 tidak menjadi beban dan halangan untuk muslimat hadir....

 Perwakilan muslimat sentiasa mendengar dan memberi respon terhadap apa juaperbincangan....mudah2an DMP akan terus bergermerlapan dengan kehadiran AJK2 yg baru dan muda....
 Anak2 menjadi pencetus dan kekuatan muslimat untuk terus beristiqamah dlm memperjuangan Islam....

 Khusyuk mendengar penghujahan dari perwakilan2 cawangan2....

Sebahagian AJK DMP Tapah bersama mantan YDP Saudara Rahim Cheng yg telah menerajui selama 2 penggal Pas Tapah...moga beliau terus cemerlang dan berjaya...terima kasih kerna telah memberi khidmat yg terbaik buat PAS Tapah....kami akan meneruskan perjuangan yg panjang dan berliku ini....Insyaallah..
Related Posts with Thumbnails