SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Monday, March 19, 2012

NAJIB BERTAMBAH YAKIN DAH????



Najib yakin beno nak merampas negeri2 Pakatan Rakyat ya??Ngape???Kerana Najib dan Umno menganggap rakyat boleh di beli dengan duit,rakyat percaya segala dakyah2 Umno yg di siarkan melalui media2 pencacai mereka.

Tengok ajelah di Perak sudah berapa kali Najib turun untuk,sabtu hari tu berjumpa dengan orang2 asli Tapah...apa lah agaknya yang Najib janjikan untuk mereka???

Takut sangat nampaknya Najib untuk membuat PRU 13 ni....4 kali turun Perak weh...jadi rakyat2 Perak jangan mudah percaya segala tipu muslihat Najib..kepada petugas2 PR di Perak diharap bersedia untuk berperang dangan tentera2 Umno yg terdiri dari badan2 kerajaan dan Umno akan mengunakan apa saja untuk memastikan mereka tetap menang.....



TENGOK AJE LAH APA NAJIB KATA KAN BAWAH NI...............



Seri Najib Tun Razak hari ini berkata beliau yakin dengan keupayaan Barisan Nasional (BN) untuk merampas negeri-negeri yang ketika ini dikuasai pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja lagi.

Perdana Menteri berkata ini berdasarkan kepada sokongan rakyat terhadap kerajaan yang semakin bertambah baik dan penerimaan dasar kerajaan ketika ini yang memberi tumpuan kepada usaha mentransformasikan negara.

Najib, yang juga Pengerusi UMNO Selangor, turut menyuarakan keyakinan bahawa negeri Selangor sendiri akan kembali ke pangkuan BN, selepas pembangkang gagal menunaikan banyak janji di negeri itu.

Katanya beliau bekerja keras untuk memastikan kemenangan BN kerana menurutnya hanya kerajaan BN sahaja yang mampu membawa pembangunan dan pembaharuan berterusan mengikut kehendak dan aspirasi rakyat.

"Asalkan BN menang, negara berjaya, rakyat Malaysia makmur dan negara maju jadi kenyataan, transformasi dapat dilaksanakan, baru dapat buat transformasi besar," katanya di hadapan lebih 20,000 orang yang hadir pada perhimpunan Perdana Menteri Bersama Rakyat di Sekolah Menengah Putra Perdana Puchong, di sini, Ahad.

No comments:

Related Posts with Thumbnails