SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Tuesday, November 29, 2011

AMARAN DARI MAJLIS PEGUAM UNTUK PENTADBIRAN NAJIB


Ahli-ahli Majlis Peguam berarak ke bangunan Parlimen berhubung isu Rang Undang-undang Perhimpunan Aman pagi tadi.


Majlis Peguam memberi pentadbiran Najib amaran bahawa ia akan terus “mengetuk pintu Parlimen” jika Rang Undang-undang Perhimpunan Aman diluluskan tanpa perbincangan membabitkan rakyat.

Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee menggesa kerajaan mempertimbangkan rang undang-undang alternatif yang dikemukan oleh pihaknya atas alasan akta yang digubal kerajaan tidak adil dan mengenakan syarat keterlaluan.



“Majlis Peguam akan terus mengetuk pintu Parlimen jika rang undang-undang ini dijadikan akta dalam bentuk yang semasa,” kata beliau pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Lim bercakap kepada pemberita selepas mengetuai perarakan beratus peguam yang menyertai kempen Walk for Freedom anjuran Majlis Peguam sebagai petanda memproses Rang Undang-undang Perhimpunan Aman digubal pentadbiran Najib.

Beliau bersama sembilan wakil dari Majlis Peguam dibenarkan memasuki kawasan Parlimen dan kemudian ke bahagian lobi untuk menyerahkan rang undang-undang alternatif kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong dan satu surat rayuan menggesa kesemua wakil rakyat mengundi dengan bijak.

“Kami bukan antikerajaan atau propembangkang. Kami antiketidakadilan dan antiperkara yang tidak berperlembagaan.

“Kami hanya prokeadilan dan prokeluhuran undang-undang. Kami sentiasa memberi kerjasama kepada kerajaan,” kata Lim kepada Liew ketika menyerahkan memorandum kepada kerajaan.

Terdahulu, pagi tadi kwasan Taman Tasik Perdana menjadi tumpuan polis dengan beratus peguam bersiap sedia untuk berarak ke bangunan Parlimen untuk mengemukakan memorandum kepada Rang Undang-undang Perhimpunan Aman.

Polis mengisytiharkan perhimpunan itu sebagai haram.

Ketika itu Lim menggesa agar diadakan jawatankuasa pilihan khas bagi menggubal Rang Undang-undang Perhimpunan Aman.

“Kami telah dirunding oleh Peguam Negara beberapa minggu lalu mengenai Rang Undang-undang Perhimpunan Aman tetapi versi yang dibentangkan (di Parlimen) sangat berbeza,” kata Lim.

No comments:

Related Posts with Thumbnails