SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Thursday, June 9, 2011

LEBIH-LEBIH LE PULAK PEMUDA UMNO NI....DASAR PENAKUT


Pemuda UMNO hari ini membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini berhubung Perhimpunan BERSIH yang dicadangkan diadakan pada 19 Julai nanti.

Turut membuat laporan sama ialah Persatuan-persatuan Peniaga Bumiputera dan Penjaja, Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Sekretariat Hal Ehwal Bandar (Sheb), Persatuan Belia Islam Kepong, dan Persatuan Anak Terengganu (Gertak).
Anggota Exco Pemuda UMNO, Tengku Azman Tengku Zainol Abidin, berkata laporan itu dibuat bagi mengelak berlakunya kekecohan pada perhimpunan itu.

"Dari pengalaman lalu kita tengok perhimpunan Bersih ini bertukar menjadi huru-hara dan merugikan peniaga-peniaga di sekitar Kuala Lumpur. Kalau dahulu, kita buat laporan selepas perhimpunan, tapi sekarang kita buat laporan awal supaya polis mengambil tindakan awal menghalang perhimpunan itu," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua baru-baru ini menyatakan bahawa 60,000 orang akan terbabit dalam perhimpunan itu bagi menuntut kerajaan membuat perubahan pada undi pos dan menggunakan dakwat kekal semasa pilihan raya.

Di Putrajaya, Gerakan Pemuda Prihatin Putrajaya (Gempur) dan Wira Perkasa Putrajaya hari ini meminta rakyat Malaysia khususnya golongan muda supaya tidak terlibat dengan perhimpunan dan demonstrasi Bersih itu.

Pengerusi Gempur Hisamudin Yahaya, berkata perhimpunan itu tidak membawa kebaikan kepada pembangunan negara.
"Pada perhimpunan Bersih yang lepas banyak perkara tidak diingini berlaku antaranya merosakkan harta awam, kesesakan lalu lintas yang teruk, peniaga mengalami kerugian, dan pelancong takut dan rasa tidak selamat," katanya.

Gempur dan Wira Perkasa Putrajaya hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya pada pukul 12.30 tengah hari tadi meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap penganjur perhimpunan itu

No comments:

Related Posts with Thumbnails