SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Monday, January 31, 2011

PAS TERIMA KEKALAHAN DI TENANG


PAS tetap optimis dengan keputusan pilihan raya kecil (PRK) Tenang yang diumumkan semalam walaupun calonnya Normala Sudirman tewas di tangan Mohd Azahar Ibrahim daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 3,707 undi. Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang walaubagaimanapun berkata, keputusan itu tidak akan mempengaruhi PAS untuk terus melakukan perubahan dalam sistem demokrasi negara yang dianggapnya berat sebelah.

Malah beliau berkata PAS akan terus merangka strategi bagi meningkatkan keupayaan gerak kerja dalam setiap pilihan raya akan datang, desakan yang berterusan akan terus dilakukan bagi menuntut pilihan raya yang adil.

“Keputusan pilihanraya ini walaupun tidak menyebelahi kita, tetapi ianya telah menjadi kunci kepada semangat juang kita seterusnya dalam proses untuk kita melakukan perubahan yang menyeluruh dan bermakna dalam sistem demokrasi yang berat sebelah ini.

“Kita akan terus menerus merangka strategi berkesan bagi meningkatkan keupayaan dan kebersamaan gerakerja dalam pilihanraya seterusnya, dan dalam masa yang sama akan melakukan desakan agar pilihan raya yang bebas dan telus dilaksanakan di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Keputusan PRK Tenang semalam menunjukkan bahawa BN masih lagi relevan di kawasan tersebut apabila Azahar berjaya mengekalkan kerusi dengan memperoleh 6,699 undi manakala Normala hanya memperoleh 2,992 undi.

Hadi juga berkata, kempen semasa PRK Tenang dilihat sekali lagi melihatkan taktik BN yang menggerakkan jentera kerajaan dengan bajet yang tidak terbatas, laporan media yang berat sebelah, dan peraturan pilihan raya yang tidak berasaskan suasana pertandingan di lapangan yang sama rata.

Ugutan rasuah projek pembangunan

“Kita sentiasa menegaskan bahawa demokrasi tulen bukan terbatas kepada perubahan cetakan kertas dan kotak undi sahaja, tetapi harus bermula daripada peraturan yang adil, senarai pengundi bersih, media yang bebas, cara berkempen yang bebas dari sogokan, ugutan rasuah projek pembangunan, dan sebagainya.

“Oleh yang demikian usaha menggerakkan (media) massa menerusi saluran parti politik dan NGO akan terus dilaksanakan agar demokrasi yang tulen dapat ditegakkan,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata pembangkang dilihat berjaya menggagalkan usaha BN mencapai majoriti 5,000 undi yang disasarkan sebelum ini.

“Dengan keadaan yang begitu kritikal, dengan hujan lebat dan banjir yang berlaku di kawasan ini, apa jua yang berlaku, saya rasa kita telah gagalkan hasrat BN untuk mendapat majoriti 5,000,” katanya dipetik Bernama.

Ketua publisiti DAP Tony Pua pula berkata secara keseluruhan, BN menang disebabkan jumlah pengundi kaum Melayu yang keluar mengundi lebih ramai berbanding hanya kira-kira 55 peratus pengundi Cina, yang merosot daripada 72 peratus pada pilihan raya umum (PRU) lepas.

“Contohnya di Felda Chemplak, jumlah yang keluar mengundi ialah 88 peratus walaupun dilanda banjir. Saya rasa jika banjir tidak berlaku, jumlahnya lebih tinggi. Memang tidak dapat dinafikan bahawa PAS dan PR (Pakatan Rakyat) telah kehilangan undi orang Melayu, terutama di kawasan Felda,” katanya.

Beliau berkata jumlah undi orang Melayu merosot daripada 18 peratus pada PRU lepas kepada hanya 12 peratus pada PRK ini dan Umno sememangnya pemenang yang jelas.

“Bagi saya, pihak yang kalah teruk masih MCA kerana walaupun semua usaha telah dilakukan, pendirian kaum Cina masih tidak berubah. Selain itu, terdapat isu mengapa ramai pengundi Cina tidak keluar mengundi,” katanya.

1 comment:

joecharlie said...

Alhamdulilah Allah SWT telah tunjukan kebenaran berpihak di Barisan Nasional dan Kebatilan di Pihak PAS .Jazakkalah Khairan diatas doa dan solat hajat kalian semua.SEMUA ALLAH KABULKAN JUGA DOA Kemenangan dipihak kebenaran iaitu Barisan Nasional Ameen.


MUNAJAT MEMOHON BANTUAN ALLAH Di N03 DUN TENANG

MAJLIS BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT...
DIJEMPUT KEPADA SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT KITA BERMUNJAT KEPADA YANG MAHA BERKUASA MEMOHON BANTUAN ALLAH Di N03 DUN TENANG
PADA 29hb JANUARI 2011 HARI SABTU BERMULA DENGAN SOLAT MAGHRIB BERJAMAAH DI SURAU AL HUDA KG KUALA LESONG KUALA KETIL..

1. MEMOHON SUPAYA DTEGUHKAN DAN DIBERI KEKUATAN KEPADA SELURUH PETUGAS JAMAAH di DUN TENANG.
2. DIHINDARKAN DIRI DARI UJIAN BENCANA PETAKA YANG TIDAK DIINGINI.
3. DISELAMATKAN SELURUH PETUGAS DAN PENGUNDI YANG INGIN MELIHAT ISLAM DIJULANG MEMERINTAH.
4. DITHABATKAN & DITEGUHKAN CALON DAN KELUARGA JAMAAH SERTA DILINDUNGI MEREKA

INILAH SUMBANGAN KITA KEPADA SELURUH PETUGAS PAKATAN RAKYAT DI DUN TENANG.... DATANG BERAMAI..

DISERTAKAN JUGA DENGAN TAYANGAN VIDEO DAN SLIDE BERKAITAN PILIHANRAYA KECIL DUN TENANG YANG SEDANG BERLANGSUNG.
Dicatat oleh zairiamir

Related Posts with Thumbnails