SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Tuesday, April 13, 2010

UMNO DAH MULA MAIN BONGKAR2!!!!!!

KUALA LUMPUR, 13 April — Barisan Nasional (BN) akan membongkarkan banyak perkara tentang Datuk Zaid Ibrahim yang bakal diturunkan oleh Pakatan Rakyat bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.

“Dalam pilihan raya ini banyak yang kita akan bongkar tentang Zaid Ibrahim ini,” kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis Perjumpaan Antara Pemimpin BN Perlis Bersama Timbalan Perdana Menteri di Kangar hari ini, Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN memberitahu:

“Kita tahu latar belakang Zaid Ibrahim. Tapi bagi kita, siapapun kita boleh hadapi,” katanya.

Sehubungan itu kata Timbalan Presiden Umno ini, orang ramai patut ke Kota Baru jika mahu mengetahui dengan mendalam siapa sebenarnya Zaid.

“Kalau pengundi Hulu Selangor nak tahu latar belakang Zaid Ibrahim pergilah ke Kota Baru dan tengok sendiri, Zaid Ibrahim pernah jadi Ahli Parlimen dan ketua bahagian,” katanya.

Maklumat tidak rasmi menyebut, Zaid, anggota Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat telah dipilih untuk diturunkan di Hulu Selangor kali ini.

Pengumuman rasmi mengenai pemilihan beliau akan dibuat oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat malam ini.

Zaid memenangi kerusi Parlimen Kota Baru pada 2002.

No comments:

Related Posts with Thumbnails