SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Monday, March 30, 2015

MESYUARAT AGUNG DEWAN MUSLIMAT PAS TAPAH KALI YANG KE 21

Saf kepimpinan muslimat kawasan bersama perasmi mesyuarat agung pada tahun ini.
Doa dan alunan wahyu disampaikan oleh Ustazah Haslinda bt Ismail.  


Para perwakilan dan pemerhati yang turut hadir dalam mesyuarat agung pada kali ini.



Ketua Muslimat Pas Tapah memberi kata-kata laluan pada majlis tersebut,dengan berharap agar semua kepimpinan dari segenap akar umbi terus beristiqamah dalam melaksanakan agenda parti yang didukungi.Dan terus barharap agar kepimpinan yang akan dilantik pada hari ini akan terus melaksanakan tugas2 yang dipertanggungjawab dan meneruskan program-program parti yang belum terlaksana.

Wakil kawasan Pas tapah Ustaz Abdul Muhaimin b. Abdul Malek dalam ucapannya berharap agar muslimat terus menjalankan kerja-kerja dakwah,berani untuk berhadapan dengan situasi dan senario politik alaf baru.Beliau juga berharap muslimat terus kental dan tabah dalam membantu kerja-kerja parti.
 Perasmi Mesyuarat DMP TAPAH pada kali ini,Ustazah Faatihah bt Dato' Sri Nizar dalam ucapan perasmiannya berharap muslimat terus beristiqamah,terus melaksanakan tugas-tugas parti walau dalam kesibukan tugas2 di rumah,bersama anak2 suami dan keluarga.

Beliau juga berharap cawangan-cawangan terus diperkasakan lagi untuk memastikan dewan muslimat menjadi kuat dan mempunyai ramai petugas-petugas untuk melancarkan perjalanan parti diperingkat dewan dan kawasan.

Harapan beliau juga,agar muslimat menggunakan medium yang betul untuk menyampaikan dakwah dan memastikan penggunaan internet tidak disalahgunakan dan berharap muslimat tidak menyebarkan berita-berita yang tidak pasti dan dangkal.



 Puan Kamarol Noorani dipilih sebagai penerima anugerah "Jasamu dikenang" setelah lama berbakti dan mencurahkan keringat dan pengalamannya dalam Dewan Muslimat Pas Tapah.AllAH sahaja yang dapat membalasnya dan semoga beliau terus istiqamah dalam perjuangan.

Muslimat veteran Pas,Puan Northiah yang banyak memberi sumbangan dalam dewan muslimat tapah,sekian lama mengabdikan diri dalam perjuangan PAS.Moga terus istiqamah dan semoga sihat dan terus membantu kami dalam urusan muslimat khasnya.

Tuesday, December 30, 2014

BANJIR 2014 YANG MEMILUKAN....SEMOGA ALLAH MENGAMPUNI DOSA2 KITA

 Jadikan iktibar atas segala yang berlaku ini sebagai balasan terhadap hamba-hambanya yang masih ingkar dan sudah jauh dengan roh islam.

Banjir besar yang melanda negara kita begitu meruntun hati,kepada kita yang tidak merasainya mungkin tidak  begitu hebat tamparannya namun pada mereka yang mengalaminya tentu amat terasa keperitannya.

Bersamalah kita berdoa untuk ketabahan dan kesabaran mangsa2 banjir,namun  teruskan memberi bantuan dari segi tenaga ,kewangan dan apa jua yang termampu oleh kita.Mereka sangat 2 mengharapkan bantuan dari kita baik dari segi fizikal atau mental.

Semua yang berlaku adalah peringatan Allah terhadap hamba2nya....janganlah kita leka dan lalai dengan  kehidupan duniawi tapi penuhilah hidup kita sentiasa mengingati dan melakukan  kerja2 yang diredhai Allah.Jangan musnahkan alam kita dengan tangan kita sendiri....sesungguhnya perbuatan kita yang buruk akan mendapat balasan yang lebih buruk dari Allah.

Peringatan untuk kita bersama2....bantulah mereka yang memerlukan,mereka telah kehilangan segala2nya,hanya Allah sahaja tempat kita memohon....










Sunday, November 30, 2014

HEBATNYA BIODATANYA....TAPI !!!!




Datuk Dr. Mashitah Binti Haji Ibrahim
 
Datuk Dr. Mashitah binti Haji Ibrahim dilahirkan di Kedah. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultanah Asma, Alor Star dan Sekolah Taufiqiah Pondok Shaikh Yahaya Junaid, Padang Lumat, Kedah. Beliau kemudiannya menyambung pelajaran di Maktab Mahmud, Alor Star dan seterusnya memperolehi Ijazah dari Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 1987. Dalam tahun yang sama juga, beliau meneruskan pengajian Doktor Falsafah dalam bidang Syariah Islamiyyah pengkhususan Tafsir dan Hadis di Darul Ulum, Universiti Kaherah, Mesir. Seterusnya beliau melengkapkan pengajian di peringkat sarjana di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang 'Revealed Knowledge and Heritage' pada tahun 1992. Datuk Dr. Mashitah merupakan pelajar wanita Malaysia pertama memperolehi Ijazah Kedoktoran Kelas Pertama (Syaraf Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) dari salah sebuah universiti terkenal di Mesir, iaitu Universiti Kaherah pada tahun 1997.
Kerjaya :
  • Penceramah / Pendakwah
  • Panel program motivasi dan kekeluargaan Islam Media Cetak dan Elektronik
  • Kini beliau merupakan tenaga pengajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebagai Penolong Profesor di Jabatan Quran dan Sunah Kuliyyah Wahyu dan Sains Kemanusiaan.
Penglibatan Dato’ Dr. Mashitah dalam dakwah bukanlah baru, beliau telah dilatih ibu bapanya sejak berusia 13 tahun lagi. Pada peringkat awal, beliau giat berceramah sekitar Universiti Islam Antabangsa Malaysia (UIAM) sahaja. Kemudian memulakan program motivasi keluarga yang menggabungkan unsur kaunseling, motivasi dan kekeluargaan yang bersifat universal. Kemunculannya di radio Malaysia KL mendapat sambutan dan dari situlah beliau mengembangkan siri dakwahnya melalui program Adikku Sayang, Al Kuliyyah dan Forum Ehwal Islam.
Pada 27/03/2004 beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri.  Beliau mengangkat sumpah pada 31 Mac 2004. Seterusnya, pada 14/02/2006 beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri. Beliau berjaya mengekalkan kedudukan walaupun selepas rombakan kecil kabinet. Beliau juga merupakan Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pahang.
    • Seorang ahli perniagaan wanita yang gigih dengan mengusahakan butik pakaian bercirikan Islam, di Gombak, Selangor.
    Penglibatan Politik
    • Ahli Parlimen Baling, Kedah
    Pingat / Kebesaran
    Sebagai menghargai sumbangan dan jasanya sebagai pendakwah, pada 23/10/2000, beliau telah dianugerahkan pingat Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato’, daripada Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur. Seterusnya pada 22/01/2006 beliau telah dianugerahkan pingat Dato’ Setia DiRaja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Dato’, daripada Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

    Sayangnya insan yang begini hebat telah bertukar .....jauh benar peribadinya dari yang asalnya.....moga beliau mendapat semula rupanya yang asal2 dulu....lembut,berhijab sempurna,fasih tutur kata menyebut ayat2 Allah seperti didalam ceramah2 nya dan program2 ilmiah...











Wednesday, March 19, 2014

WOW....BESTNYA NYOPPING2...

Sempat juge pemimpin no 1 Malaysia ni nyopping2 ye...negara dah kelam kelibut deme laki bini best punye santai....rakyat di kerah solat hajat dan berdoa di masjid dan surau deme dok sedap2 di Pavillion....hebatkan....tapi masih ramai lagi rakyat Malaysia terutama orang melayu yang tak sedo2 diri..bangga bebeno deme dengan pemimpin yang suka berjoli2 ni....   
Only "YESTEDAY" Najib was giving a Press Conference infront of International Media & Press concerning our missing Airlines after over a week searching with fruitless results, with so many people with families worried sick, sad and disappointed.

Yet only TODAY he and wife Rosmah along with their daughter were spotted SHOPPING together around in 'PAVILLION' as if nothing was happening?

WHAT type/kind of Leader/Prime Minister is this? What TYPE of Message is he sending out to the WORLD right now when the WHOLE WORLD has its focus and attention on Malaysia which has only shown its UNprofessionalism and INCOMPETENCE in handling the entire situation?

And there are 'SOME' people whom say I have 'BLIND' hatred towards this Government under UMNO/BN with THESE type of complacent, racist, corrupted, heartless and brainless leaders???

Sorry! This isn't BLIND hatred...cause THIS Government and it's leaders give us every REASON to 'HATE' it!

Sunday, March 16, 2014

OH MALAYSIA.....

Inilah Malaysia...canang satu dunia negara Islam ,tak abis dengan perkara-perkara khurafat ...bermain dengan tikor terbang,buah nyor dan kali ini lebih memeranjatkan apabila ada remaja yang mati akibat dari penyalahgunaan dadah di satu konsert.

Sedang negara dilanda krisis kehilangan pesawat MH370,ada pihak pulak yang sibuk buat konsert,terkinja-kinja dan akibatnya ramai anak-anak melayu yang turut sama dalam konsert  tersebut.

Dalam masa yang sama,ada berdoa dimasjid/surau meminta petunjuk dan pengampunan dari Allah tapi pada masa yang sama juga ada manusia yang mengundang bala dan kemurkaan Allah dengan menganjurkan pesta2 maksiat....


Inilah anak2 melayu yang hilang maruah diri ....ingin bebas dan gembira dikala orang lain menanggung derita....

Friday, March 14, 2014

DIA PULAK NAK MENYAMAN...

Dah le buat kerja syirik dan salah dia pulak nak menyaman...perasan le pulak dia yang betui....tak kan kerajaan tak berani nak ambik tindakan dekat tok bomoh ni kecuali le memang pemimpin2 tu yang nyuruhnya...tak sempat hari ketiga nak keluar 'bangsi hikmat' lak...hihihi

Related Posts with Thumbnails