SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Saturday, March 13, 2010

SANTAI HUJUNG MINGGU: AMBOI!!!!!! KAYA BENO DEME YE..........

S

Sebut sahaja negara Brunei Darusalam, mesti terlintas yang ia adalah sebuah negara yang kaya dengan limpahan minyak. Kekayaan Brunei Darussalam membolehkan mereka tersenarai antara negara paling kaya di dunia. Bila negara Brunei Drussalam kaya, semestinya individu yang mendapat “tempias” adalah Sultan Brunei sendiri, Sultan Hassanal Bolkiah. Tetapi mengapa dia? Kenapa tidak orang lain? Mesti ada yang tertanya-tanya bukan?

Saya sebenarnya tidak teruja pun dengan kekayaan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah. Inilah yang dinamakan tuah dan rezekinya. Sebabnya, negara Brunei Darussalam mengamalkan konsep monarki mutlak. Inilah sebab musabab, Sultan Brunei boleh jadi kaya-raya. Di bawah konsep monarki mutlak, semua hasil bumi Brunei adalah kepunyaan Sultan.

Bagi pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Unit Petroleum telah dipertanggungjawabkan untuk mengawal kesemua aktiviti-aktiviti minyak dan gas yang dijalankan oleh pemegang konsesi. Ada dua pemegang konsesi yang melaksanakan aktiviti ini, iaitu :

  1. Syarikat Minyak Brunei Shell (syarikat yang dimiliki bersama oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam)
  2. Royal Dutch Shell

Tetapi saya boleh katakan, rakyat Brunei beruntung kerana mendapat Sultan yang prihatin dengan kebajikan rakyatnya. Betul tak orang Brunei? Respon sikit? Pernah dahulu, adik Sultan Brunei sendiri buat hal. Orang suruh tadbir negara dengan betul dan amanah, lain pula dibuatnya.

Putera Jefri yang merupakan menteri kewangan 1986 hingga 1997 telah dipecat dengan selambanya oleh abang kandungnya sendiri iaitu Sultan Hassanal Bolkiah kerana mengelapkan $40billion tabung negara dengan pelaburan-pelaburan yang dianggap meragui. Inilah yang kita hendak. Salah tetap salah, walaupun adik sendiri yang buat “dajal”. Yang pentingnya kepentingan negara. Betul tak?

Satu lagi Sultan Brunei pun boleh tahan tegas dalam pemerintahannya. Ingat tak dahulu, negara Brunei Darussalam pernah dihalang menyertai acara perarakan ketika pembukaan rasmi Sukan Olimpik Beijing 2006? Lepas itu, Sultan Brunei terus rombak kabinet akibat murka. Brunei tidak mendaftar sebarang atlet untuk bertanding di Beijing.


Gambar-gambar Istana Nurul Iman Brunei Darussalam

Kereta Canggih Sultan Brunei – Dauer 962 LeMans

Kereta Canggih Sultan Brunei – Ferrari 550 Spider

Kereta Ferrari ini dibuat khas dan ekslusif untuk Sultan Brunei

Kereta Mercedes-Benz S500

Kereta Mewah Hummer H2

Kereta Mewah Koenig KS8

Kereta Lamborghini LM002

Kereta Land Rover Defender

Kereta mewah Maserati MC12

Kereta Chrysler 300C

Kereta Mercedes-Benz ML55 AMG

Kereta Mercedes Benz ML63 AMG

Kereta Mosler MT900 S

Kereta Canggih Vector M12

Jet Peribadi Sultan Brunei. Serba-serbi emas

Satu lagi Jet Peribadi Sultan Brunei

Friday, March 12, 2010

PAS DICADANG TETAP KUOTA 30 PERATUS UNTUK WANITA

GOMBAK, 12 Mac: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang, Saari Sungib mencadangkan agar PAS turut menetapkan kuota 30 peratus golongan wanita untuk memegang jawatan di peringkat tertinggi parti.

Bercakap dalam satu Wacana Pemberdayaan Wanita anjuran Pusat Komuniti Wanita Hulu Kelang baru-baru ini, Saari juga berkata, adalah sesuatu yang baik jika 30 peratus daripada ahli Majlis Syura Ulama PAS terdiri daripada golongan wanita.

Sambil mengakui sesetengah pandangan dalam Islam bahawa wanita tidak boleh menduduki jawatan pertama dalam negara, namun beliau menyeru agar ulama Islam khususnya dalam PAS menilai semula pandangan itu.

“Walaupun kadang-kadang saya tersekat dengan pandangan dalam Islam bahawa wanita tidak boleh menduduki jawatan pertama ketua pemimpin negara, tapi hari ini dengan pandangan-pandangan yang telah saya semak, saya menyeru agar ulama Islam khususnya dalam parti yang saya dokong, iaitu PAS, menilai semula keputusan dan kedudukan yang mengatakan wanita boleh memimpin dan membuat keputusan, terlibat dalam proses syura dan dalam proses membuat keputusan, tetapi tidak boleh memegang jawatan nombor satu dalam negara atau organisasi.

“Oleh itu saya menyeru bukan sahaja dalam PKR dan DAP, tetapi dalam PAS supaya pelaksanaan 30 peratus ini berakar umbi daripada cawangan, kawasan, dan negeri sehinggalah membolehkan wanita-wanita menduduki pimpinan PAS di pusat sebanyak 30 peratus.

“Saya mencadangkan alangkah cantiknya sekiranya 30 peratus daripada Ahli Majlis Syura Ulama PAS terdiri daripada ulama wanita,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya semua parti dalam Pakatan Rakyat berjaya menghidupkan budaya itu, politik baru boleh disuburkan dengan meneruskan komitmen untuk melaksanakan perubahan di negara ini.

“Kalau budaya ini dapat kita hidupkan, maka kita boleh membawa satu politik baru sekiranya kita berjaya ke Putrajaya. Kita akan terus mempunyai keupayaan dan komitmen untuk menggerakkan satu perubahan di negara Malaysia kerana kita bukan hanya bercakap tetapi beramal dengan memperkasakan dan memberdayakan wanita dalam proses membuat keputusan dan terlibat secara langsung dalam proses membuat keputusan yang kritikal dalam pentadbiran parti,masyarakat, negeri dan negara,” tegasnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin berkata, amat penting untuk golongan wanita memegang jawatan tertinggi di setiap kementerian memandangkan jumlah wanita yang ramai di negara ini.

“Kenapa pentingnya ada wanita yang ramai dalam kementerian atau sebagainya, kerana semua aspek dalam kerajaan kita ini memerlukan pertimbangan ataupun perancangan yang melibatkan orang perempuan.

“Dalam banyak aspek, golongan wanita lebih teliti dan memahami keperluan wanita dalam membuat keputusan. Contohnya dari segi kebajikan dan keselamatan wanita. Pemikiran seperti ini tidak ada dalam kerajaan kita sekarang. Mereka tidak memikirkan tentang keperluan orang perempuan itu,” katanya yang juga Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat.

Seorang lagi panelis, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Haniza Talha pula berkata, masyarakat khususnya kaum lelaki tidak perlu risau apabila Pakatan Rakyat meletakkan 30 peratus golongan wanita untuk menduduki kedudukan di peringkat pembuat dasar dan keputusan kerana ia sebenarnya ia adalah hak wanita yang belum dipenuhi.

Wanita pula, ujar Adun Taman Medan itu, harus lebih bersedia untuk menghadapi situasi demikian dengan memberikan kesedaran kepada golongan lelaki berhubung peranan wanita dalam pembangunan negara.

“Kebanyakan lelaki merasakan apabila kita menyatakan 30 wanita di peringkat membuat keputusan, kit amengambil tempat mereka. Sebenarnya tidak.

“Kita meminta apa yang kita tidak pernah dapat, bukan mengambil hak lelaki. Kita meminta hak kita yang memang ada. Kita bukan minta 100 pertaus, tapi cuma 30 peratus sahaja. Itu pun sudah bergegar dan dianggap menggugat kedudukan lelaki.

“Ini situasi yang kita kena hadapi dan kita kena berusaha menjelaskan kepada masyarakat rasionalnya 30 peratus golongan wanita di peringkat tertinggi ini,” katanya.

Thursday, March 11, 2010

SEKOLAH AGAMA TETAP YANG TERBAIK DAN TERUNGGUL

KOTA BAHRU, 11 Mac: Pelajar-pelajar sekolah agama di Kelantan terus mengungguli pencapaian dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 apabila seorang pelajar mendapat 12A+.

Pelajar terbabit, Ahmad Harith Zabidi Azhar dari Maahad Muhammadi Lelaki itu juga mendapat 2A dan 1A menjadikan pencapaian keseluruhan 15A.

Manakala Habibah Hanan Mat Yusof dari Maahad Muhammad Perempuan pula mendapat 10A+ di mana jumlah keseluruhan subjek (15A).

Pencapaian bagi kedua-dua sekolah tersebut ialah 100 peratus.

Keputusan SPM bagi sekolah bagi Maahad Muhammadi Perempuan diumumkan Pengarah Yayasan Islam Kelantan (Yik), Ahmad Robert Abdul Rahim pagi tadi.

Pengumuman di Maahad Muhammadi Lelaki dilakukan pengetuanya, Azhar Salleh petang ini.

Seramai 385 calon menduduki peperiksan SPM di Maahad Muhammadi Perempuan.

Daripada jumlah tersebut seorang mendapat 15A, 14A (1), 13A (1), 12A (9), 11A (9), 10A (13) dan 9A (22).

Di Maahad Muhammadi Lelaki, seramai 359 pelajar menduduki SPM tahun lepas, di mana keputusan keseluruhan tahun ini meningkat.

Keputusan tersebut iaitu seorang pelajar mendapat 15A, masing-masing seorang mendapat 14A dan 13A, 12A (5), 11A (10), 10A (14) dan 9A (20).

Sementara itu, Habibah Hanan (gambar) yang juga pelajar terbaik Maahad Muhammadi Perempuan mendedahkan rahsia kejayaannya dengan mengikuti kaedah yang digunakan pelajar yang telah berjaya sebelum ini.

“Biasalah kalau ingin berjaya, kita kena ikutilah jejak langkah mereka yang telah berjaya. Saya mengetahui cara belajar Kak Fatimah, Kak Madihah dan Kak Amalina belajar.

“Saya cuba mengikuti cara mereka dan kalau tidak sesuai saya akan membuat kaedah sendiri,” katanya ketika ditemui pemberita.

Beliau mengakui, pelajar cemerlang SPM 2008 peringkat negara, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal sebagai idolanya untuk mencapai kecemerlangan.

Pelajar berasal dari Jalan Bayam, Kota Bharu merupakan anak bongsu daripada 10 beradik. Ayah dan ibunya merupakan pesara guru.

Ditanya ke mana akan melanjutkan pengajian selepas ini, beliau memberitahu akan berbincang keluarga dan guru terlebih dahulu.

“Namun saya minati Fizik, tetapi saya tidak mendapat A+. Selain itu saya juga meminati bidang kehakiman. Bagaimanapun keluarga meminta saya menyambung pengajian dalam bidang perubatan,” katanya.

Tahun lepas Nik Nur Madihah juga dari Maahad Muhammadi Perempuan muncul pelajar terbaik SPM peringkat kebangsaan apabila mendapat 20A.

POLIS 'LAWAT' ANWAR DI PEJABAT PKR

Seramai lima orang pegawai polis tiba di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya pada kira-kira jam 11.30 hari ini untuk merekodkan kenyataan daripada ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tiga pegawai polis yang merakam kenyataannya itu daripada tiga balai berasingan di Pulau Pinang, manakala dua lagi daripada unit cawangan khas Bukit Aman.

Kenyataan Anwar direkodkan di sebuah bilik dengan dinding kaca, di tingkat tiga pejabat berkenaan.

Adalah dipercayai siasatan polis itu berhubung kandungan ucapannya pada beberapa ceramah di Pulau Pinang, bulan lalu.

Siri ceramah itu diadakan bagi mendapatkan sokongan orang ramai kepada Pakatan Rakyat, khususnya PKR ketika Anwar berhadapan dengan perbicaraan kes liwat keduanya.

Pada siasatan polis hari ini, Anwar ditemani oleh dua peguam Yusmadi Yusof dan Sivarasa Rasiah, serta ADUN Pantai Jerejak Sim Tze Tsin.

Wartawan dibenarkan untuk memerhatikan prosiding berkenaan daripada luar bilik tersebut.

Selepas selesai merakamkan kenyataannya, Anwar berkata empat laporan polis dibuat ke atasnya berhubung ucapannya di beberapa ceramah sepanjang tempoh sambutan tahun baru Cina.

Anwar berkata siasatan mengikut Seksyen 112 Akta Polis itu dijalankan atas dakwaan fitnah, hasutan dan mengadakan perhimpunan haram.

"Tiga laporan polis daripada polis sendiri dan satu daripada orang awam," kata Anwar.

Sisatan polis adalah berdasarkan ucapan Anwar yang menyentuh tentang kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu murder case, pembelian kontroversi dua kapal selam, skandal dua pesat pejuang yang kehilangan enjin serta perbicaraan kes liwatnya.

"(Dalam majlis berkenaan) sememangnya kita ada menyebut mengenai pembunuhan Altantuya, kita sebut mengenai komisyen dan rasuah dalam pembelian kapal selam," katanya.

Tiga daripada program berkenaan merupakan acara sambutan Tahun Baru Cina dan juga satu ceramah anjuran DAP.


Ucapan itu dibuat di beberapa tempat di Pulau Pinang -Kepala Batas di Seberang Jaya, Batu Maung di Bayan Baru, Kampung Padang Tembak di Bukit Bendera dan Kubang Semang di Permatang Pauh.

Anwar mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta ahli Umno lain menggunakan polis untuk menakut-nakutkan pemimpin pembangkang.

"Kami bantah sekeras-kerasnya siasatan ini.

"Semua program ini kita jalankan dengan permit (polis).

"(Saya seru) polis supaya jangan diperalatkan ahli politik dan beri tumpuan (membanteras) jenayah.

Ketika ditanya, Anwar berkata beliau tidak mengetahui dengan pasti mengapa polis mengambil tindakan ke atas program di Pulau Pinang sahaja.

"Saya percaya ini disebabkan mereka mahu tunjukkan kerajaan pimpinan Lim Guan Eng di Pulau Pinang itu anti Melayu dan Islam," katanya.

Tambahnya, setakat ini 15 ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri Pakatan Rakyat telah disiasat polis atas perkara yang sama.

KEPUTUSAN SPM 2009

PUTRAJAYA: Seramai 364,046 calon lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berbanding 347,443 pada 2008 dengan 199,155 calon atau 49.6 peratus lulus semua mata pelajaran berbanding 181,419 (47.4 peratus) sebelum itu. Keputusan keseluruhan SPM 2009 peringkat kebangsaan itu diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom pada sidang akhbar di sini, sebentar tadi.

Manakala, seramai 7,987 calon berjaya mendapat gred cemerlang (A+, A atau A-) dalam semua mata pelajaran yang diduduki dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 berbanding 6,277 pada tahun sebelumnya. Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata, daripada jumlah itu, seramai 214 calon sekolah Kementerian Pelajaran berjaya memperoleh gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki.

Menurut beliau, seramai 41 orang merupakan calon persendirian, sekolah swasta dan sekolah-sekolah tajaan agensi selain kementerian.

ZULKIFLI NORDIN NAK SURUH PENYOKONGNYA ANJUR SARKAS!!!!!!!!

KUALA LUMPUR, 10 Mac — Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin, yang dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabtu lepas berkata beliau telah meminta penyokongnya untuk menganjurkan “roadshow” bagi menjelaskan kedudukannya kepada pengundi dan masyarakat di kawasan Kulim-Bandar Baru.

“Setakat ini saya telah menerima sokongan menggalakkan terutama daripada pemimpin kanan dan ulama dari PAS dan pertubuhan bukan kerajaan (NG),” katanya.

Ditanya mengenai masa depan karier politiknya, peguam dan anggota Parlimen yang lantang bersuara itu berkata beliau mungkin menyertai NGO sebagai platform politiknya.

Zulkifli (gambar) berkata selepas pemecatannya banyak parti politik datang kepadanya termasuk Umno, PAS dan beberapa NGO, tetapi beliau belum membuat keputusan mengenai langkah seterusnya, termasuk sama ada akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau mendakwa riwayat parti itu akan berakhir pada bila-bila masa jika kumpulan “firaun kecil” dalam PKR gagal ditangani.

Zulkifli yang membayangkan seorang lagi individu berkualiti akan meninggalkan PKR tidak lama lagi berkata, isu sebenar bukan bilangan pemimpin yang berbuat demikian tetapi kualiti mereka.

“Bukan bilangan, tetapi kualiti mereka yang keluar parti. Anda boleh lihat orang seperti Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) dan bekas Setiausaha Agung parti Datuk Salahuddin Hashim...mereka ini adalah orang-orang yang sangat rapat dengan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tahap integriti mereka tidak boleh dipersoalkan.

“Maksud saya di sini orang yang berkualiti meninggalkan parti, kita tidak mahu kuantiti tetapi kualiti. Saya beri jaminan pada anda, seorang lagi insan berkualiti akan keluar parti tidak lama lagi,” katanya semasa temubual secara langsung NST, di sini hari ini.

Zulkifli juga berkata beliau akan menjadi wakil rakyat Bebas di Parlimen.

Zulkifli, seorang peguam, dipanggil lembaga disiplin parti bagi menjawab isu laporan polis yang dibuatnya terhadap Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dari PAS yang merupakan sekutu PKR, berhubung penggunaan kalimah Allah.

Beliau bagaimanapun bertindak keluar daripada perbicaraan selepas enggan diadili oleh anggota panel bukan Islam. Pada 6 Mac lepas beliau dipecat daripada PKR.

Sebelum itu beliau pernah mendakwa ada kumpulan “firaun kecil” dalam PKR berusaha memastikannya dipecat daripada parti.

Wednesday, March 10, 2010

LEPAS NI SAPE PULAK YANG KENA MASUK TG RAMBUTAN.....

PETALING JAYA, 10 Mac — Anak bekas setiausaha sulit kepada bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menghadapi tuduhan memiliki sebutir bom tangan hari ini diperintahkan oleh Mahkamah Majistret ditempatkan di

Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak setelah laporan perubatan mendapati ketika kejadian tertuduh tidak waras.

Muhammad Ezra Rusli, 28, turut menghadapi dua lagi tuduhan mengugut bapanya Datuk Rusli Adbul Malik, 62, menggunakan sepucuk pistol jenis Glock dan serta tuduhan mengugut mendatangkan kecederaan.

Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan tersebut di sebuah rumah beralamat C2-67 D’Shire Villa, Jalan Camar 4, Kota Damansara, antara pukul 3.30 petang hingga 5 petang, 8 Sept tahun lalu.

Majistret Aishah Hijriah Arshad memutuskan Muhammad Ezra telah melakukan perbuatan sepertimana pertuduhan dan setelah mengambil kira laporan perubatan yang disediakan oleh hospital tersebut, mahkamah berpuas hati bahawa ketika

kejadian tertuduh didapati tidak waras.

Aishah mengeluarkan satu perintah di bawah Seksyen 348(1) Kanun Keseksaan untuk menempatkan Muhammad Ezra di hospital tersebut mengikut perkenan Sultan Selangor.

Keputusan itu dibacakan oleh pendaftar Latifah Ibrahim kerana Aishah sedang bercuti.

Timbalan Pendakwa Raya Choo Hueay Ting hadir untuk pihak pendakwaan dan Muhammad Ezra diwakili peguam Selvi Sandrasegaram. — Bernama


P/S:Pandai beno deme ye,agak2 takut kene di lokap dalam jerigi besi bertahun2 lame..suruh le buat laporan yg deme sakit jiwa masa waktu buat salah....Berlakon le kome..esok2 gile bebeno le.
Mari le kite rame2 lawat dia...tengok gila betul ke atau dibuat2.

Related Posts with Thumbnails