SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Monday, July 12, 2010

Bala bakal jadi 'agen asing' selepas Anwar - Mahfuz


KUALA LUMPUR, 12 Julai: Penyiasat persendirian (PI) Balasubramaniam mungkin bakal difitnah sebagai agen asing sebagaimana beberapa pemimpin Umno mengfitnah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'agen CIA', kata Datuk Mahfuz Omar.

Naib Presiden PAS itu membuat jangkaan demikian ekoran kesediaan Bala mendedahkan skandal rasuah berkaitan kapal selam Scorprene kepada sekumpulan penyiasat di Direction Centrale de la Police (DNIF), Nanterre Prefacture, 8 malam ini iaitu jam 2 petang waktu Perancis.

"Itulah permainan pemimpin Umno, mereka nak tutup rasuah yang membelit kapal tak boleh selam ini dengan tuduh beberapa individu ini sebagai agen asing.

"Saya percaya Bala ini akan difitnah seperti Datuk Seri (Anwar)," tegas beliau pagi tadi di lobi Parlimen.

Menurut beliau, permainan itu semata-mata untuk mengelirukan rakyat dari melihat isu sebenar - kapal selam Scorpene bernilai EURO1.084 bilion yang dibeli dari Perancis masih menghadapi masalah teknikal hatta tak boleh menyelam.

Katanya lagi, sepatutnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) lebih awal membuka kertas siasatan berhubung skandal pembelian kapal selam yang dikatakan membabitkan Datuk Abdul Razak Abdullah Baginda (bekas panacea Datuk Seri Najib Razak) dan mendiang Altantuyaa Sharibuu (gadis Mongolia yang dibom menggunakan C4).

"Suatu yang memalukan apabila Perancis pentingkan integriti, mereka tak mahu ada dakwaan kononnya ada agen misteri dalam negara mereka amalkan rasuah.

"Suatu yang pelik, SPRM hanya bersedia serah soalan siasatan kepada peguam Bala saja," sindir beliau.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut mempersoal permainan media membunuh karektor Anwar.

"Dua hari lalu, dia fitnah Anwar upah CNN, kemudiannya dia fitnah Anwar 'agen CIA' pula, isunya kalau Anwar 'Agen CIA' hari-hari dia boleh masuk CNN dengan tak perlu bayar sebab CIA bayar," ujar beliau sambil menganggap permainan media yang pro Umno tertentu itu semata-mata bertujuan membendung kebencian rakyat pada kerajaan.

"Dulu masa PKR tak ada, mereka tuduh PAS agen asing, sekarang tuduh Anwar.

Disebabkan itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa CNN mungkin akan menyaman kerajaan Malaysia dan beberapa media terbabit.

"Dia ingat CNN ini macam TV3, itu bukan tuduhan pada Anwar, sebenarnya tuduhan itu boleh mendorong CNN saman media arus perdana (dan) mereka yang terbabit," beliau menambah.

Sedangkan, beliau berkata, suatu firma misteri di Amerika Syarikat sebelum ini terbukti membayar sejumlah wang tertentu pada New York Times demi memastikan isteri kepada Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dimahsyurkan sebagai 'First Lady' dalam akhbar tempatan Amarika Syarikat pada 16 April lepas.

(Gambar: Iklan yang menyatakan Rosmah adalah First Lady Malaysia dalam New York Times...Kalau dia first lady, siapa dia Raja Permaisuri Agung)

Sebelum pada itu, Pengarah Strategik PKR Nasional, Tian Chua mendedahkan bahawa pembekal memberi jaminan untuk memperbaiki kapal selam terbabit sepatutnya tamat pada 25 Jun lalu.

Namun, disebabkan terlalu banyak masalah teknikal, jaminan pembekal dipanjangkan sehingga 25 Mei lalu.

Tambahnya lagi, kos penyelenggaraan kedua-dua kapal terbabit dianggarkan akan terus meningkat dari anggaran yang dibuat oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, iaitu EURO270 juta setahun.

Sehubungan itu, beliau bersama-sama Mahfuz menuntut supaya segera menubuhkan suatu suruhanjaya diraja untuk menyiasat skandal kapal selam yang membazirkan EURO1.34 bilion wang rakyat.

Selasa lalu, Harakahdaily melaporkan bahawa Mahfuz turut mendakwa Bala serta Raja Petra Kamaruddin (pemilik blog Malaysia Today) mempunyai 'kunci peti rahsia' berhubung kes pembunuhan Altantuya.

Friday, July 9, 2010

USUL BAHAS 'DEEPAK, ROSMAH TAJA 'BALA' DITOLAK

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita28/Rosmah-3D-600.jpgDewan Rakyat hari ini menolak usul perbahasan kenyataan peguam Americk Sidhu mengenai dakwaan penyiasat persendirian, P Balasubramaniam mengenai kehidupannya di London disara oleh usahawan permaidani, Deepak Jaikishan atas suruhan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul yang dibawa Ahli Parlimen DAP-Bakri, Er Teck Hwa mengikut Peraturan Mesyuarat Dewan 18 (5) yang menyatakan bahawa hanya satu usul sahaja boleh dikemukakan sebelum mesyuarat ditangguhkan.

Dalam usulnya itu, Er berkata Balasubramaniam sebagai saksi dalam kes perbicaraan pembunuhan Altantuya Shaariibuu lari ke London atas alasan yang tidak diketahui dan menjadi perhatian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk dipanggil soal siasat.

“Penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin yang didakwa melanggar Akta Hasutan 1948 selepas mendedahkan artikel ‘Lets send the Altantuya murders to hell’ turut lari ke sana juga.

"Artikel tersebut telah menceritakan hubungan Perdana Menteri dengan Altantuya Shaariibuu sehingga kes pembunuhan tersebut berlaku yang kononnya Altantuya tahu sangat kes-kes skandal yang melibatkan Perdana Menteri,” tulisnya dalam usul itu.

Menurut Er, kes pembunuhan Altantuya adalah satu isu yang hangat dibincangkan dan kini menjadi bahan gurauan di media antarabangsa sehingga mampu menjejaskan imej negara.

“Sungguhpun kes ini telah selesai dibicarakan di mahkamah, tetapi susulannya ialah kerajaan Mongolia telah menawarkan tajaan sepenuhnya kepada bapa Altantuya, Setev Shaariibuu supaya mengemukakan dakwaan ke atas kerajaan Malaysia yang dikatakan bertangguhjawab atas kematian anaknya.

“Lebih-lebih lagi dilaporkan bahawa pihak media Hong Kong telah merancang untuk menerbitkan satu cerita bersiri mengenai kes pembunuhan Altantunya di seluruh saluran TV dunia yang akan turut memalukan kita,” katanya.

Er juga berkata nama isteri Perdana Menteri yang didakwa sebagai ‘dalang dalam kes pelarian Balasubramaniam yang bersangkutan dengan kes Altantuya’ seperti yang diungkitkan dalam kenyataan Malaysia Today ini disiarkan dalam laman web seluruh dunia, sekaligus mampu memberikan impak yang negatif kepada imej negara.”

“Saya minta dewan membahaskan isu ini untuk menjelaskan kesahihan kenyataan tersebut yang bertujuan untuk mengembalikan kewibawaan negara kita,” katanya.-FMT Blog

LAYARAKYAT PROGRAM BARU KERAJAAN SELANGOR

SHAH ALAM, 8 Julai: Kerajaan Negeri Selangor kini menggunakan pendekatan baru menggabungkan tayangan video penerangan dasar kerajaan negeri dengan kaunter Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) bagi menyampaikan maklumat mengenai produk MES kepada orang ramai.

Program yang dinamakan LayaRakyat itu bakal fokus di tapak pasar malam kawasan luar bandar.

Tumpuan lokasi pertama adalah di pasar malam Daerah Sabak Bernam mulai 6 hingga 24 Julai, jam 7.00 hingga 9.00 malam.

Pihak urusetia akan menayangkan video di atas layar putih mengenai dasar kerajaan negeri dan membuka kaunter pendaftaran serta penerangan program Merakyatkan Ekonomi Selangor, khususnya Tabung Warisan Anak Selangor, Skim Mesra Usia Emas dan Hadiah Anak Masuk IPT.

“Kaedah ini membolehkan maklumat dasar kerajaan negeri disampaikan kepada masyarakat umum dengan tepat dan cepat, serta menggalakkan orang ramai mengambil bahagian secara aktif dalam setiap program kebajikan yang dijalankan,” kata Pengarah Penerangan Selangor, Dr Badrul Amin Baharom ketika melancarkan projek LayaRakyat di pasar malam Sungai Besar, semalam.

Badrul juga memaklumkan, bagi pendaftaran Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) kini telah membuka syarat baru kepada kelahiran sempadan di mana bayi yang lahir di sempadan seperti Perak, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan serta ibu bapa bermastautin selama lima tahun di daerah yang bersempadan dengan Selangor layak memohon untuk bayi mereka.

Katanya, di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim amat prihatin terhadap kebajikan rakyat.

Tambahnya, pelbagai program rakyat telah dilaksanakan bagi memastikan kesejahteraan rakyat terjamin, khususnya golongan miskin di mana hasil negeri dapat dinikmati oleh rakyat.

“Oleh itu program LayaRakyat turun ke padang bertemu dengan rakyat agar rakyat dapat memahami dasar-dasar kerajaan negeri dengan baik. Program ini akan dilaksanakan secara berterusan di daerah-daerah lain selepas ini,” ujarnya.

Beliau berharap rakyat dapat memberikan sokongan berterusan yang tidak berbelah bagi kepada kerajaan Pakatan Rakyat yang mentadbir Selangor.

Tuesday, July 6, 2010

ADA BERANI KE NAJIB???

Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendedahkan kepada umum segala maklumat mengenai cadangan penyambungan kontrak di antara Malaysia dengan firma khidmat komunikasi, APCO Worldwide.

Beliau berkata, kerajaan harus mendedahkan perkara itu secara telus, bukan dibuat secra senyap-senyap seperti sebelum ini.

"Saya mencabar Datuk Seri Najib untuk secara terbuka mengemukakan maklumat berkenaan dengan cadangan penyambungan kontrak ini.

"Kita sedia maklum ikatan kerjasama yang pertama itu terdedah setelah ketua pembangkang mendedahkannya di Parlimen ini," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau yang juga Setiausaha Agung PKR turut mendesak kerajaan menyatakan butiran terperinci mengenai nilai penyambungan kontrak berkenaan serta skop tugas firma berkenaan.

"Berapakah nilai kontrak untuk penyambungan kontrak ini yang akan diberikan oleh kerajaan dan apa pula bidang tugas APCO dalam meneruskan perkhidmatan mereka kepada Malaysia?" soalnya.

Selain itu, beliau mahu kerajaan menyatakan secara jelas mengenai kejayaan yang telah dicapai oleh negara ketika menggunakan khidmat APCO sehingga memerlukan ianya disambung.

"Saya juga mendesak kerajaan mengemukakan laporan berkaitan kejayaan apakah yang telah dicapai hasil guna khidmat APCO.

"Kita mendesak Perdana Menteri bersemuka secara terbuka, telus dan bertanggungjawab apakah rasional yang munasabah untuk meyakinkan rakyat Malaysia bahawa penggunaan khidmat APCO ini merupakan satu yang benar-benar bermanfaat kepada rakyat dan negara seluruhnya terutamanya terhadap keselamatan maklumat negara dan sebagainya," katanya.

Katanya juga, kerajaan seolah-olah langsung tidak menjaga sesitiviti umat Islam apabila bertindak menyambung khidmat APCO yang secara jelas ada kaitan dengan Zionis Israel.

"Apakah kerajaan langsung tidak memikirkan sensitiviti umat Islam yang bencikan Israel?" soalnya.

Kerajaan sebelum ini didakwa meluluskan penyambungan kontrak APCO setahun lagi bermula bulan lalu.

Tindakan itu sekaligus menimbulkan bantahan daripada Pakatan Rakyat yang mahu khidmat syarikat berkaitan Israel itu ditamatkan.

Sunday, July 4, 2010

Perjuangan Sedunia untuk Palestin

Pernah dengar pasal kapal Rachel Corrie yang akan belayar untuk menghantar bantuan ke Gaza...

Ni cerita asal usul nama kapal berkenan....


Perjuangan Sedunia untuk Palestin



http://www.lookleftonline.org/wp-content/uploads/2010/04/Screen-shot-2010-04-02-at-22.59.57.png

Pada 30 Mac 2010, sebuah kapal seberat 1800-tan telah dibeli melalui lelongan di Dundalk, Ireland dgn harga 70,000 pound sterling oleh Gerakan Pembebasan Gaza (Free Gaza Movement).

Ianya telah diperbaiki dan diperlengkapkan untuk pelayaran ke Gaza.

Kapal itu dinamakan
Rachel Corrie.

Siapakah Rachel Corrie?

http://pikirancerah.files.wordpress.com/2009/03/rachel-corrie.jpg

Rachel Aliene Corrie (April 1979 - March 16, 2003) adalah seorang warga Amerika dan ahli International Solidarity Movement (ISM).

http://www.friendskorner.com/forum/photopost/data/500/rachel_corrie.gif

Dia telah dibunuh dengan kejam oleh Tentera Yahudi Laknatullah ketika percubaan menghalang jentolak Zionis meruntuhkan rumah saudara kita penduduk Palestin yg bernama Samir Nasrallah di Semenanjung Gaza.

http://www.aqplink.com/imagenes_aqp/tierra/rachel_corrie/rachel-corrie5.jpg

Pihak Yahudi yang terkenal dengan sifat yg keji telah menafikannya tetapi bukti dan saksi telah berjaya menunjukkan memang dia telah dilanggar dan dengan sengaja.

http://www.palestinefacts.org/images/corrie_before.jpg
Sebelum dilanggar


http://www.palestinefacts.org/images/corrie_after.jpg
Selepas dilanggar



Menurut akhbar Corrie dan rakan-rakan beliau bertindak menjadi Perisai Manusia. Beliau yang mengambil cuti setahun dari pengajiannya di Evergreen State College telah ke Palestin untuk menyertai Intifada ke 2.



http://arastiralim.com/wp-content/uploads/2007/01/rachel_corrie_memorium.jpg

Beliau telah meninggal dunia akibat cedera parah akibat tekanan melampau pada dada yg menyebabkan tulang rusuk, tulang belakang, skapula dan dorsal spinal column, paru2 kanan koyak dengan pendarahan teruk di kaviti pleural.

http://anikakhan.files.wordpress.com/2008/07/rachel-corrie-flag-shrouded.jpg

Dia dilanggar oleh Bulldozer Yahudi sebanyak 2 kali, ya 2 kali dan Yahudi masih mengatakan ianya kemalangan.

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/d/d5/Rachel_Corrie_memorial_pics.jpg/150px-Rachel_Corrie_memorial_pics.jpg


Friday, July 2, 2010

Tragedi Perak bukti LA dari Peguam Negara tidak adil

V.Sivakumar


Malaysia mengamalkan pemerintahan demokrasi yang bercorak federalisme yang berat sebelah. Ini merupakan satu lagi kecacatan yang amat ketara dalam Perlembagaan Pesekutuan. Autonomi yang luas diberikan kepada kerajaan persekutuan manakala kerajaan negeri pula dicekik dalam ruangan yang sempit. Ketidak seimbangan kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri ini menjadikan politik Malaysia kucar-kacir dan tidak tentu hala.

Kerajaan pusat menggunakan segala kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang lain untuk terus menindas kerajaan negeri. Kerajaan-kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat menghadapi ancaman yang hebat dan bertubi-tubi. Kerajaan Pusat menggunakan kekuasaan yang ada padanya untuk membuli kerajaan negeri yang serba kekurangan dan tidak dilindungi oleh undang-undang sepenuhnya.

Kerajaan Pusat menempatkan tiga orang Ex-Officio di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Mereka ini terdiri daripada Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri. Ketiga-tiga pegawai utama ini adalah lantikan persekutuan. Walaupun gaji mereka ini dibayar oleh kerajaan negeri, tetapi kesetian mereka adalah tertumpu kepada kerajaan pusat yang mengawal sepenuhnya jawatan dan insentif yang lain. Ketiga-tiga pegawai ini berkhidmat sebagai tali barut kerajaan pusat di setiap negeri.

Ex-Officio ini akan menyalurkan semua maklumat-maklumat kerajaan negeri kepada Kerajaan Pusat. Dalam kata lain, kerajaan negeri tidak dapat berfungsi secara bebas. Segala tindak-tanduk dan rancangan kerajaan negeri boleh disalurkan oleh ex-officio in kepada kerajaan pusat yang cuba merisik maklumat- maklumat ini untuk kepentingan politiknya.
Ini bermakna, semua rahsia-rahsia kerajaan negeri akan diketahui oleh kerajaan pusat. Maklumat-maklumat atau keputusan-keputusan yang dibuat dalam Maljis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan sampai kepada pengetahuan kerajaan pusat dalam sekelip mata. Kerajaan negeri pula terpaksa beroperasi dalam keadaan yang cukup bahaya dan ketakutan kerana ada musuh dalam selimut.

Federalisme seperti ini tidak menjamin demokrasi yang tulen. Pengubahssuaian kepada sistem federalisme kita harus dikaji semula dan diperbaiki. Kerajaan negeri seharusnya diberi autonomi yang cukup untuk mentadbir negeri dengan baik dan tidak dikawal dan diancam oleh kerajaan pusat.

Saya amat bersetuju dengan pandangan Profesor Aziz Bari, Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa yang menyarankan supaya kerajaan Pakatan Rakyat menggantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri dengan memilih orang-orang yang taat kepada kerajaan negeri dan bukannya tali barut kerajaan pusat. Cadangan ini mempunyai nas kerana ketiga-tiga pegawai kerajaan tertinggi ini boleh menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk melumpuhkan sesebuah kerajaan negeri.

Sebagai contoh, penglibatan dan komitmen yang diberikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan Penasihat Undang-undang Negeri Perak kepada Barisan Nasional Perak dan kerajaan pusat merupakan punca kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Perak. Kerajaan Pusat menggunakan ex-officio ini untuk merancang satu konspirasi politik menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Perak. Peranan Ex-Officio ini digunakan sepenuhnya oleh kerajaan pusat untuk mendapatkan maklumat dalaman dan melemahkan kestabilan kerajaan negeriPenglibatan Ex-Officio dalam menggulingkan kerajaan Perak yang diberi mandat oleh rakyat tidak dapat dinafikan.

Oleh yang demikian, kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat seharusnya menggunakan kemelut negeri Perak sebagai satu pedoman dan mengambil segala langkah berjaga-jaga dan mengantikan orang-orang yang bekerja sebagai tali barut kerajaan pusat. Kerajaan –kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat tidak boleh khilaf sekali lagi dan perlu memberi perhatian yang serius dalam hal ini. Adalah mudah untuk mentadbir negeri dan melaksanakan polisi-polisi Pakatan Rakyat jika Ex-Officio yang dilantik ini adalah tediri daripada pihak yang neutral. Mereka ini seharusnya memahami konsep neutraliti dan berpegang kepada prinsip tersebut dan tidak mengikut telunjuk dan meringkuk kepada arahan kerajaan pusat .

...Penulis adalah Ahli Dewan Negeri Kawasan Tronoh yang juga bekas Speaker DUN Perak yang diketepikan.

KITA TUNGGU KISAH ULAMA MUDA SETERUSNYA

MOHD HOSNI MUBARAK

Di sini saya menegaskan yang mana saya menafikan dakwaan oleh Datuk Seri Shahidan Kasim, Fathul Bari dan Fadlan yang saya tidak diundang. Memang saya diraikan bersama-sama ulama yang lain, yang dikatakan 40 orang masuk Umno. Tak ada dibagitau sebelum itu majlis khas serah borang Umno jangan masuk, dan akhirnya saya dibenarkan masuk kerana dakwaannya saya beria-ria nak bersalam dengan PM, kata Shahidan. Saya menegaskan dakwaan Datuk Seri Shahidan itu tipu.

Dalam pengetahuan saya, yang mana hebat diperkatakan oleh media arus perdana sejumlah 40 ulama muda masuk Umno saya minta kepada Fathul Bari dan Fadlan buktikan, benar atau tidak sejumlah 40 ulama muda masuk Umno malam hari tu. Saya rasa tak cukup pun 40 orang, dalam anggaran 20 orang lebih je. Tapi kenapa dicanang dalam media 40 orang. Kalau tak termasuk saya dan kawan-kawan saya, kenapa kami disuruh berbaris dan bersalam dengan PM Datuk Seri Najib dan terus diumumkan, inilah dia barisan ulama muda masuk Umno.

Saya minta dan mengharap sahabat-sahabat barisan ulama yang lain kalau rasa dirinya tertipu dan teraniaya mari sama-sama bersama saya. Kita tunjukkan dan tegaskan pendirian kita mana golongan ulama, bukan golongan yang boleh dipermain-main dan dikotak katikkan oleh Umno dan Barisan Nasional.

Dari angka 100 turun 40. Itulah bilangan ulama yang menyertai Umno Jumaat lalu . Tak mengapalah bilangannya kurang 60 tetapi hakikatnya memang ada ulamak yang masuk Umno Jumaat lalu.

Menurut akhbar Utusan:

Wakil kumpulan ulama, Dr. Fadlan Mohd. Othman, 35, berkata, penyertaan mereka bertujuan untuk bekerjasama dengan parti itu dalam perkara yang berkaitan keagamaan dan kerohanian.

Baguslah jika itu niat mereka. Siapa pun tidak berhak menyekat mana-mana individu memilih dan menyertai mana-mana parti politik. Dengan penyertaan mereka ini ternyata aspek keagamaan dan kerohanian tandus dalam Umno, maklumlah Umno bukan sebuah badan siasah yang meletakkan Islam sebagai agenda perjuangannya.

Yang terbukti sampai hari ini mempertahankan agenda perjuangan Islam adalah PAS. Sama ada dalam keadaan menang atau tidak memerintah satu negeri pun itulah dasar dan matlamat perjuangan PAS dari dahulu sehingga hari ini dan insya Allah sampai bila-bila. Saya akui saya belum mengisi borang ahli PAS disebabkan saya belajar dan masih menumpukan pengajian dan menyambung peringkat master tetapi saya tahu matlamat dan perjuangan PAS.

Mengapa mereka tidak menyertai PAS?

Salah seorang jurucakap itu mengatakan PAS dah ramai ulama. Bagi saya mungkin Umno nampak lebih gagah, punya kuasa besar, memegang tampuk pemerintahan peringkat pusat. Maka sudah pastilah mengambil kira perhitungan dunia, Umno lah pilihan terbijak tambah kebanyakan mereka punya jawatan dalam kerajaan. Sekurang-kurangnya masa depan mereka terjamin. Anak-anak mereka nanti mudah nak dapat bantuan. Keluarga mereka juga. Mengapa mengambil jalan susah, megapa mahu pikul risiko,mengapa cari nahas?

Rasulullah s.a.w. ditawarkan menjadi raja, ditawarkan kedudukan, isteri yang cantik-cantik, hidup senang dan mewah, tetapi Rasulullah memilih untuk terus menerajui perjuangan ini kerana mengharapkan redha Allah swt.

Saya memetik ucapan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang dibukukan dalam: Islam – Fikrah, Harakah dan Daulah, lebih 30 tahun lalu sempena Sambutan Abad ke 15 Hijrah di Kuala Terengganu:

Sebab Rasulullah s.a.w. menolak semua tawaran itu ialah yang pertama kerana golongan-golongan jahiliyah yang dipimpin oleh Abu Jahal itu mensyaratkan Rasulullah s.a.w. iaitu:

Wahai Muhammad awak boleh menerima jawatan menjadi raja. Awak boleh menerima harta. Awak boleh menerima pangkat. Syaratnya awak hendaklah mendiamkan diri terhadap kemungkaran, jahiliyah, kekufuran yang berlaku di Makkah ini. Awak nak sembahyang, bersembahyanglah. Nak berpuasa, puasalah. Nak tawaf di Kaabah, tawaflah. Nak mengerjakan haji, kerjakanlah haji. Tapi kami minum arak jangan ganggu. Kami berjudi jangan ganggu. Kami menyembah berhala jangan ganggu. Kami melakukan kufur dan jahiliyah jangan ganggu.

Semoga banyak perkara berkaitan keagamaan dan kerohanian dapat diterapkan dalam Umno melalui penyertaan kawan-kawan kita itu. Kita ucapkan kepada Fathul Bari dan Fadlan selamat mencuba dan semoga berjaya dalam Umno. Ramai ahli dan penyokong PAS mencabar ulama muda yang menyertai Umno supaya menghapuskan budaya rasuah/politik wang, budaya berjuang untuk projek, budaya untuk kepentingan diri sendiri yang sudah menjadi darah daging dalam Umno selama ini.

Selain itu mereka juga mahukan ulama muda mengubah perlembagaan Umno dan dasar perjuangan Umno dari nasionalis dan pragmatis kepada dasar Islam. Dan juga jangan lupa, ulama muda mesti dapat mengubah seluruh pemimpin Umno supaya komited dengan tuntutan agama khususnya bab menutup aurat dan akhlaq.

Seperti kemasukan ulama-ulama sebelum ini seperti Datuk Pirdaus, Imam Besar Masjid Negara, mana menghilang sekarang ini saya tak tau? Tuan-tuan tahu ke mana dia pergi? Yusof Nor, Hamid Othman, Nakhaie Ahmad, Hamid Zainal Abidin, Abdullah Md Zin, Mashitah, Jamil Khir dan lain-lain mereka hanya duduk dalam Umno/Barisan Nasional (BN) dan tidak boleh hendak berbuat apa.

Kalau ulama dan ustaz yang terkenal tidak mampu mempengaruhi sebarang keputusan yang diambil oleh kerajaan di semua peringkat macam mana dengan ulama muda 40 orang ni. Mampukah mereka mengubah Umno/BN? Kita tunggu dan lihat apa akan jadi dengan Fathul Bari dan Fadhlan.


Related Posts with Thumbnails