|
Timbalan ketuanya, Mohd Munir Ali berkata ini bersandarkan kepada kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak di Kota Bharu baru-baru ini. “Adakah mereka masih diberikan peluang bertanding atas nama Bebas atau bersediakah Barisan Nasional (BN) yang sudah mempunyai calon tersendiri memberikan ruang kepada mereka bertanding atas tiket BN?” ujarnya dalam satu kenyataan. Tambahnya, persoalan yang akan timbul adalah, jika BN bersedia memberikan mereka bertanding atas tiket BN untuk kali ini bermakna kerusi yang telah diperuntukkan kepada komponen BN di kerusi-kerusi tersebut yang telah termaktub akan berubah sama sekali. Katanya, sudah tentu tuntutan kepada kerusi atas nama Bebas ini akan menimbulkan banyak masalah kepada BN sebenarnya. Beliau juga cukup hairan dengan dakwaan yang sangat dangkal daripada Adun Bebas yang mengatakan akan terus berkhidmat kepada seluruh rakyat walaupun tidak lagi bersama parti semasa bertanding di dalam PRU ke-12 dahulu. “Sebenarnya kenyataan sumbang Adun Bebas ini hanyalah bertujuan untuk melepaskan diri mereka bersama dengan janji-janji atau keistimewaan yang sedang mereka perolehi,” ujarnya. Beliau berkata, rakyat sebenarnya tidak akan mudah tertipu dengan alasan-alasan dangkal tersebut bagi menghalalkan tindakan mereka untuk keluar parti menjadi Bebas, dan membolehkan mereka mendapat keuntungan sebenar di atas pengkhianatan terhadap kepercayaan rakyat terhadap mereka. |
SAHABAT2 SEPERJUANGAN
Followers
Friday, June 18, 2010
PRU 13 NANTI TAK MERASE LE KATAK2 NI....
Thursday, June 17, 2010
Kelantan Fiesta: Pemuda PAS kecam sikap Umno
KOTA BHARU, 17 Jun: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) kesal dan mengecam sikap yang ditunjukkan oleh Umno negeri di bawah kepimpinan Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menjelang majlis perasmian Kelantan Fiesta 2010 malam tadi.
Ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, pihaknya mendapat maklumat yang diyakini bahawa Umno Kelantanlah yang bertanggungjawab untuk tidak membenarkan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menyampaikan ucapan pada majlis tersebut.
Katanya, ini telah melanggar persetujuan yang dibuat melalui rundingan lebih awal bahawa Menteri Besar Kelantan selaku tuan rumah akan menyampaikan ucapan di majlis yang akan disempurnakan oleh Yang Maha Mulia Pemangku Raja itu.
Selain itu, ujarnya sikap penganjur Red Carpet yang mengambil sikap menggantung sepanduk menguar-uarkan kempen 1Malaysia dan Perdana Menteri secara tidak langsung membelakangkan Pemangku Raja.
Ekoran daripada sikap Umno dan penganjur Kelantan Fiesta 2010 itu, beliau yang juga Adun Mengkebang berkata, Menteri Besar Kelantan membatalkan hasrat untuk hadir dan kerajaan negeri menarik diri daripada menjadi penganjur.
Beliau menambah, di dalam masa yang sama Pemangku Raja juga memaklumkan tidak dapat hadir dan akhirnya Perdana Menteri sendiri membatalkan hasrat untuk hadir dan bergegas pulang ke Kuala Lumpur jam 10.30 malam.
“DPPNK hairan dengan sikap Umno yang begitu takut dengan ucapan yang akan disampaikan oleh Menteri Besar Kelantan,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau mempersoalkan atas sebab apakah mereka terlalu bimbang untuk mendengar ucapan tersebut atau adakah Umno bimbang kerana mereka sedar mereka telah melakukan banyak kesalahan termasuklah melesenkan judi sukan dan menafikan royalti minyak sebagai hak rakyat Kelantan.
Tambahnya, DPPNK difahamkan jumlah kehadiran penonton sangat mengecewakan pada malam tersebut.
“Ini sepatutnya menjadi pengajaran kepada Umno bahawa rakyat Kelantan masih teguh bersama kepimpinan YAB Menteri Besar dan menolak sikap politiking keterlaluan sehingga tidak menghormati Kerajaan Negeri Kelantan selaku tuan rumah,” katanya lagi.
Justeru, tambahnya DPPNK berpandangan perlunya sikap berhati-hati dalam menjalinkan sebarang kerjasama dengan kerajaan Pusat di dalam apa jua penganjuran program agar insiden seperti itu tidak berulang.
SEORANG TERLIBAT YANG LAIN PUN KENA TEMPIAS.....
KUALA LUMPUR, 17 Jun: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengecam tindakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menggunakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk mengugut mahasiswa Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) agar tidak terlibat dengan sebarang kempen pilihan raya.
Kecaman itu berikutan tindakan KPT mengeluarkan arahan kepada PTPTN untuk menahan permohonan seluruh mahasiswa baru sesi 2010/2011 Kuis untuk mendapatkan pembiayaan PTPTN akibat keterlibatan seorang mahasiswa tahun tiga kampus itu, Ahmad Shukri Kamarudin dalam kempen pilihan raya Hulu Selangor April lalu.
Arahan kepada pihak PTPTN itu dikeluarkan oleh Pegawai Khas Menteri KPT, Suhaimi.
Bercakap dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini, wakil SMM, Mohd Riedzuan Othman berkata, SMM menyifatkan tindakan KPT itu bukan sahaja merupakan satu ugutan dan penganiayaan terhadap institut pengajian tinggi swasta (IPTS) tersebut dan kepada mahasiswa khususnya bahkan ia juga dilihat sebagai satu tindakan zalim terhadap mahasiswa.
"SMM merasakan bahawa tindakan KPT dan PTPTN yang menahan permohonan pembiayaan PTPTN kepada seluruh mahasiswa baru Kuis ini bukan sahaja merupakan satu ugutan dan penganiayaan terhadap IPTS tersebut dan kepada mahasiswa khususnya bahkan ia juga dilihat sebagai satu tindakan zalim terhadap mahasiswa,” katanya.
Selepas Mohd Shukri didapati terlibat dalam kempen pilihan raya di Hulu Selangor, PTPTN menerusi Ketua Eksekutifnya, Wan Ahmad Wan Yusoff telah mengeluarkan satu surat tunjuk sebab kepada pihak pengurusan Kuis dengan pemakluman tindakan untuk menahan permohonan seluruh mahasiswa baru Kuis yang dianggarkan berjumlah hampir 1,500 orang untuk mendapatkan pembiayaan PTPTN sehingga penjelasan yang memuaskan diperoleh.
SMM turut mempersoal tindakan KPT yang membabitkan seluruh mahasiswa semata-mata disebabkan seorang mahasiswa Kuis didapati terlibat dalam kempen pilihan raya, lebih-lebih lagi tidak mendapatkan penjelasan daripada mahasiswa yang didakwa terlibat itu.
"SMM juga melahirkan rasa dukacita dengan tindakan Menteri KPT yang mengeluarkan arahan kepada pihak PTPTN untuk menahan permohonan pembiayaan PTPTN kepada seluruh mahasiswa baru Kuis semata-mata disebabkan seorang mahasiswa Kuis telah didapati terlibat dalam kempen pilihan raya Hulu Selangor yang lepas tanpa mendapatkan penjelasan yang penuh daripada mahasiswa tersebut terlebih dahulu," katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria yang merupakan bekas pimpinan mahasiswa Universiti Malaya, menggesa KPT mengambil serius perkara yang dibangkitkan itu dengan menarik semula arahan yang dikeluarkan kepada PTPTN.
Tegasnya, KPT tidak seharusnya menggunakan PTPTN untuk tujuan mengugut mahasiswa sebaliknya menyerahkan kepada pihak universiti kepada mahasiswa tersebut sekiranya didapati benar-benar bersalah.
"Saya bangkitkan masalah ini di Parlimen untuk perhatian menteri. Bagi saya tindakan ini satu kezaliman dan penganiayaan kerana PTPTN merupakan satu agensi memberikan pembiayaan kepada mahasiswa. Biarlah apa yang berlaku di peringkat pelajar diselesaikan oleh pihak universiti, bukan dengan cara ugutan begini," tegasnya.
Wednesday, June 16, 2010
Bahana Judi; Penoreh Miskin Jadi ‘papa kedana’
SETIU – Kegiatan judi yang berluasa menyebabkan kehidupan seorang penoreh getah yang miskin, di kampung Merbau Menyusut, dekat sini, bakal menjadi papa kedana.
“Nasi sudah menjadi bubur”, itulah pepatah yang paling sesuai dipadankan dengan kisah Othman Mohamad, 42, akibat menjadi seorang ‘penagih’ judi nombor ekor.
Beliau yang mempunyai enam anak, juga menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum ini.
Namun apabila ‘perangai buruk’nya yang melanggar perintah ugama itu diketahui oleh pihak JKM, bantuan yang diterimanya sejak Oktober tahun lalu dihentikan baru-baru ini.
Kini, Othman hanya bergantung kepada pendapatan hasil menorehnya kerana Skim Bantuan Persekutuan (bantuan kanak-kanak) sebanyak RM450 sebulan, tidak lagi diterimanya.
Mengulas kisah Othman, Ketua Penerangan PAS Setiu, Dr. Azman Ibrahim berkata, sebab itulah ugama Islam mengharamkan judi dan PAS sebagai parti yang mengamalkan syariat Islam, mendesak kerajaan mengharamkan semua bentuk judi.
Beliau turut menyelar pengakuan Mantan Perdana Menteri yang bersetuju dengan pengeluaran lesen judi bolasepak.
”Sebagai negarawan, dan sebagai seorang yang mengaku Islam, Tun Mahathir tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian,
”kenyataan tersebut boleh menimbulkan kekeliruan tentang hukum ‘haram’ judi kepada orang Islam umumnya,
”bahkan boleh menyebabkan terhakisnya ‘aqidah’ beliau sendiri,”katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, kisah Othman yang dipaparkan dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini sepatutnya menjadi tauladan dan panduan kepada pemimpin negara, dalam menentukan dasar tentang ‘judi’.
Katanya, walaupun mungkin ia membawa pulangan yang lumayan kepada negara, namun judi terbukti, dalam kes Othman, memusnahkan kehidupan manusia.
Pada 6 Mei lalu, dilaporkan akhbar perdana, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein berkata kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.
Pada 11 Mei, Menteri Kewangan, yang juga Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak
secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.
Kelmarin, 14 Jun, di Kuala Terengganu, Tun Dr. Mahathir menyatakan beliau bersetuju dengan tindakan kerajaan mengeluarkan lesen judi itu.
Ketika bercakap kepada pemberita, beliau berkata, langkah kerajaan mengeluarkan lesen judi sempena pertandingan bola sepak Piala Dunia hendaklah diterima secara terbuka untuk membendung kegiatan itu daripada berleluasa.
"Mungkin pendapat saya berbeza sedikit dengan orang lain. Sama ada lesen judi dikeluar atau tidak, judi tetap berlaku di negara kita kerana orang-orang Cina memang suka berjudi.
"Jadi kalau dia berjudi tanpa lesen, tidak ada satu cara untuk kita menentukan perjudian itu tidak berleluasa. Ini kerana judi tidak haram bagi orang Cina, tetapi haram bagi orang Islam dan orang Islam jangan berjudilah. Kalau mereka didapati berjudi tangkaplah mereka," katanya ketika ditanya mengenai lesen untuk menjalankan judi bolasepak di Malaysia selepas berucap pada program Melayu Bangkit di sini Isnin.
NAJIB 'TINJAU' KERAJAAN KELANTAN?
Mereka membuat andaian iitu apabila beberapa hari lalu pegawai kerajaan persekutuan difahamkan dari Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dilihat mereka memasuki restoran Mutiara Corner bersebelah pejabat berkenaan.
Seorang saksi yang mahu dikenali sebagai Mohamad mendakwa, Perdana Menteri akan minum pagi di kedai terbabit bagi memperlihatkan sikap mesranya sebelum merasmikan Ar Rahn milik Bank Islam berhampiran kompleks Mara di Jalan Datuk Pati.
Telahan itu dibuktikan lagi apabila jalan Datuk Pati ditutup kepada sebarang lalu lintas sejak pagi lagi.
Pihak polis pula memasang tali keselamatan di kawasan berkenaan dan kelihatan begitu ramai anggota polis termasuk berpakaian biasa mundar mandir di lokasi terbabit.
Orang ramai juga berada di restoran berkenaan untuk menanti kehadiran Najib ke kawasan yang dipenuhi penyokong PAS.
Bagaimanapun ketika kenderaan membawa perdana menteri tiba kira-kira jam 11 pagi tadi, kereta itu dan rombongannya tidak singgah di kedai berkenaan, sebaliknya terus ke lokasi tempat perasmian Ar-Rahn.
Andaian "Najib datang ke pejabat PAS Kelantan" akhirnya menjadi kenyataan apabila beliau tiba-tiba muncul selepas majlis perasmian Ar Rahn. Turut kelhatan bersamanya Datuk Seri Mustapa Mohamad dan Menteri Pelancongan, Datuk Ng Yen Yen.
Sebelum itu ketika tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra perdana menteri disambut dengan banner Gerakan Bertindak Rakyat Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) yang menuntut Najib membayar royalti RM2 bilion kepada Kelantan.
"Perdana Menteri datang berhampiran pejabat Perhubungan PAS Kelantan dengan dikawal ketat anggota polis," kata seorang lelaki separuh umur yang sejak pagi berada berhampiran restoran Mutiara Corner.
Seorang lelaki separuh usia pula mendakwa orang ramai yang sejak pagi lagi berada di kedai makan berkenan diminta keluar menjelang jam 12 pagi sebelum ketibaan Najib.
Hanya beberapa meja yang terletak di kaki lima restoran sahaja dibenarkan pelanggan berada di situ.
Menurutnya, pegawai JPP yang mengatur kehadiran perdana menteri ke restoran berkenaan hanya mahu membayar meja yang diduduki Najib sahaja.
"Keadaan itu mengejutkan kerana tindak tanduk tersebut tidak mencerminkan 1Malaysia. Ini memberi gambaran perdana menteri hanya membayar pesanan makanan di meja yang ditempah sahaja sedangkan meja lain dibiarkan," kata seorang pelanggan.
Pusat bandar Kota Bharu terutamanya di lokasi berhampiran Jalan Datuk Pati sesak teruk pagi tadi memandangkan pegawai dan kakitangan kerajaan persekutuan dikerah hadir majlis perasmian Ar Rahn Bank Islam.
Banyak kenderaan yang ditulis perkataan Kementerian Dalam Negeri berada di lokasi terbabit. Selain itu kenderaan pelbagai agensi kerajaan pusat turut memenuhi ruang kiri kanan jalan.
Seorang pegawai dari Machang memberitahu beliau dan rakan-rakan sekerja dikerah hadir ke majlis tersebut.
Selain itu ada guru membebel panjang kerana dipaksa hadir ke majlis berkenaan sedangkan mereka sibuk dengan kenduri kendara di rumah.
Sebelum datang ke Jalan Datuk Pati, perdana menteri difahamkan berehat di Hotel Renaisance setelah tiba di Kota Bharu.
Kawasan hotel lima bintang berkenaan kelihatan begitu ramai anggota keselamatan. Kehadiran helikopter yang mundar mandir di udara membingitkan lagi suasana.
Petang ini Perdana Menteri dijangka hadir ke sebuah wat Siam di Jubakar Darat di Tumpat pada majlis bersama rakyat berbilang kaum.
Menurut sumber, pada majlis itu Najib difaham akan menyampaikan cek berjumlah ratusan ribu kepada pengurusan wat Siam untuk membina sebuah menara loceng bagi kegunaan penganut agama Buddha.
Manakala pada malam ini, perdana menteri akan hadir pada majlis perasmian karnival Kelantan Fiesta 2010 di Stadium Sultan Mohammad Ke IV.
Menurut kenyataan media Redcarpet Worldwide Sdn Bhd, Kelantan Fiesta akan diramikan Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra.
Turut dijemput Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Fiesta berkenaan dianjurkan bersama MITI dan kerajaan negeri Kelantan.
Kehadiran presiden Umno ke Kelantan melengkapkan Kota Bharu menjadi tumpuan tiga parti utama di negara ini iaitu PKR dengan Kongres Nasional pada akhir Mei lalu dan muktamar PAS yang berakhir Ahad lepas.
Dan hari ini Presiden Umno juga memilih Kota Bharu sebagai lokasi lawatan kerjanya.
"Najib ke Kota Bharu kemungkinan bagi mengikut jejak Anwar Ibrahim dan Ustaz Hadi yang berkampung di sini, baru-baru ini," kata seorang pemerhati politik.
Tuesday, June 15, 2010
PAS haramkan semua bentuk perjudian, Mahathir dan Umno jangan prejudis pada Cina
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan komentar Tun Mahathir Mohamad berhubung dengan isu judi yang dihalalkan oleh Kerajaan Umno-BN. Tuduhan beliau bahawa PAS hanya mengharamkan judi bola sahaja adalah suatu fitnah yang jelas dan isu judi bukanlah isu politik seperti apa yang beliau fikirkan. PAS menolak dan mengharamkan semua aktiviti judi dinegara ini dan bukan melibatkan perjudian bola sahaja.
PAS jauh berbeza dengan Umno. Umno telah perintah negara selama 12 penggal, namun belum ada usaha dilakukan bagi menghapuskan judi. Selepas PAS memerintah, Kelantan berjaya menutup premis-premis judi. Di Kedah usaha menghapuskan judi berjalan secara berperingkat, begitu juga dengan Selangor dan Pulau Pinang yang diperintah Pakatan. Kita serius untuk menghapuskan judi dan mendidik rakyat ke arah kehidupan yang bebas dari maksiat.
Rakyat juga tahu, bahawa lesen perniagaan judi diluluskan oleh Kerajaan Pesekutuan, bukan Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri hanya meluluskan lesen premis dan iklan yang kebanyakannya diperolehi oleh tokey judi semasa zaman pemerintahan BN.
Mahathir sebenarnya dibayangi dosa-dosanya yang meluluskan judi dinegara ini semasa pemerintahannya dan rakyat akan terus mengingati beliau sebagai tokoh pemimpin yang memimpin negara dengan duit hasil judi. Beliau mungkin berfikir, Jika beliau tidak menyokong dasar Najib hari ini, pastinya orang-orang dalam Kerajaan akan mengutuk beliau kerana selama ini beliaulah orang nombor satu yang membantu membangunkan industri judi dalam negara ini.
PAS juga amat kesal kerana beliau masih bersikap prejudis kepada masyarakat Cina dinegara ini yang dalam pemikiran beliau dianggap sebagai kaum yang suka berjudi. Beliau hadir dan berucap dalam perhimpunan 'Melayu Bangkit' di Kuala Terengganu semalam dan mencipta prasangka buruk terhadap orang Cina. Perkara ini tidak wajar kerana masyarakat Cina juga bukanlah masyarakat yang suka berjudi, dan ucapan beliau ini adalah satu penghinaan.
Tabiat judi ini adalah masalah yang dicipta dalam masyarakat bagi melalaikan mereka. Dan Kerajaan mengambil kesempatan dari golongan yang tidak berilmu ini dengan mengeluarkan lesen bagi mengaut untuk hasil perjudian.
Sewajarnya Kerajaan memberikan pendidikan kepada rakyat, memberikan maklumat dan berusaha memerangi gejala judi dalam masyarakat sama macam memerangi gejala dadah.
Bila judi diharamkan maka rakyat juga tidak akan berani berjudi. Aktiviti judi haram perlu dilihat sama seperti sindiket pengedaran dadah dan hukuman berat wajib diberikan kepada penganjur aktiviti judi. Rakyat perlu diberitahu akan keburukan judi ini dan mengajak mereka bersama-sama memerangi judi.
Kerajaan harus menjadi Kerajaan yang membantu membina rakyat dan masyarakat ke arah yang lebih positif dan proaktif, bukannya menjadi kerajaan yang meruntuhkan akhlak rakyat.Jika kerajaan BN dikekalkan, maka sampai bila pun
masyarakat dinegara ini akan terus dipersendakan dengan dasar-dasar yang tidak progreasif dan hilang sifat holistiknya.
Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
Thursday, June 10, 2010
ANGKARA YAHUDI LAKNATULLAH
The bellow photos are not a Movie Shooting or Celebrating a festival with crackers... its a school in Gaza .. this is the current situation of the innocent people in Gaza !
Make sure you read till last to know what is white phosphorus! and the effect!
( UNRWA SCHOOL IN BEIT LAHIA, GAZA , PALESTINE )